Isnin, 28 Julai 2008

14. KHUTBAH EIDIL FITRI 1428H

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :
وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون
Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Eidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga ketibaan hari kemenangan ini dapat disambut dengan sebaiknya mengikut apa yang telah diajar oleh Islam dengan sama-sama menghiasi kemuliaan hari raya dengan ibadat dan menjauhi maksiat. Sebulan penuh Ramadhan kita sama-sama mendidik nafsu agar tunduk patuh kepada Allah sehingga kita pada hari ini insya Allah dibersihkan oleh Allah daripada kotoran dan najis dosa. Adakah bijak jika kita kembali mengotori diri kita dengan dosa noda yang merugikan dengan berlalunya Ramadhan. Tindakan ini seumpama orang yang sudah cuci bersih tetapi bertindak bodoh terjun semula ke dalam lubang najis yang kotor. Adakah cerdik jika sebulan Ramadhan lalu, kita berjaya mengawal nafsu sebaliknya bila datangnya hari raya maka nafsu pula yang mengawal kita ke arah kejahatan. Sikap ini seperti seorang yang telah berjaya menangkap binatang buas tetapi bertindak bahaya dengan kembali melepaskannya untuk menerkam diri sendiri. Adakah hebat setelah berjaya melatih diri dengan memperbanyakkan amal ibadat sepanjang Ramadhan sehingga hati berjaya dijauhkan daripada sifat tercela tetapi bila datangnya hari raya maka amal ibadat semakin kurang sedangkan dosa maksiat semakin bertambah. Perbuatan ini tidak lebih daripada seorang yang baru sembuh daripada penyakit tetapi melakukan suatu perbuatan yang kurang waras dengan bertindak memakan racun untuk kembali sakit. Akhirnya Eidil Fitri dijadikan hari memuja nafsu syahwat sehingga laungan tahmid, tasbih dan takbir dianggap sebagai lagu hari raya bukannya suatu perkara yang mesti dihayati bersama dalam mendekatkan diri kepada Allah.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sempena menyambut Eidil Fitri ini, marilah kita sama-sama muhasabah menghitung diri bagaimana hasil tarbiah Ramadhan yang baru lalu samada berjaya melahirkan kita sebagai umat bertaqwa atau sebaliknya. Berjayakah kita memilki 4 ciri utama taqwa sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :
التَّقْوَى هُوَ الخَوْفُ مِنَ الجَلِيْلِ وَالرِّضَا بِالقَلِيْلِ وَالعَمَلُ بِالتَّنْزِيْلِ وَالاسْتِعْدَادِ لِيَوْمِ الرَّحِيْلِ
Maksudnya : Taqwa ialah : [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi
Sekiranya ramai umat Islam bukan sahaja berjaya puasa perut malah kaki, tangan, mata, mulut, telinga, kemaluan dan hati dengan melakukan suruhan Allah disamping menjauhi tegahanNya nescaya masalah kerosakan aqidah dan akhlak di kalangan umat Islam sendiri dapat dibendung. Jika musuh Islam cuba sedaya mungkin dalam merosakkan umat Islam terutama generasi muda selaku pelapis kepimpinan negara maka kita wajib menyelamatkan generasi muda ini dengan agama. Kita wajib kembali memperkasakan tugas ibubapa dalam mendidik anak-anak agar tunduk pada ajaran Islam sehingga dapat diselamatkan daripada tarikan yahudi, Kristian, Majusi dan ajaran sesat yang lain. Jika ibubapa hanya setakat beri makan minum sahaja kepada anak-anak maka seganas-ganas harimau di hutan pun tahu memberi makan kepada anaknya. Kita mahu anak-anak kita lulus dalam peperiksaan di dunia, lulus periksa di alam kubur dan seterusnya lulus periksa di padang mahsyar nanti. Kita tidak mahu mengulangi hasil yang menakutkan sebagaimana kajian Kementerian Pendidikan pada tahun 2002 di mana 24 ribu calon PMR tingkatan 3 seluruh negara tidak mampu mengucap 2 kalimah syahadah. Suatu kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperakui peranan agama dalam menangani masalah sosial apabila statistik menunjukkan pelajar agama dan keluarga yang faham serta amal agama lebih rendah terlibat dengan masalah sosial berbanding pelajar yang tidak belajar agama dan keluarga yang jahil agama. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan kefahaman agama dan mengamalkannya dalam kehidupan barulah kita selamat di dunia dan akhirat
Ingatlah suatu amaran Allah dalam ayat 59 surah Maryam :
فخلف من بعدهم خلف أضاعوا الصلوة واتبعوا الشهوت فسوف يلقون غيا
Maksudnya : Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsunya maka mereka kelak akan menemui kesesatan

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 6 surah Loqman :
ومن الناس من يشترى لهو الحديث ليضل عن سبيل الله بغير علم ويتخذها هزوا أولئك لهم عذاب مهين
Maksudnya : Dan ada di antara manusia, orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan yang menyesatkan dirinya dan orang ramai daripada agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang ilmu pengetahuan. Dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai bahan ejekan. Merekalah merupakan orang-orang yang akan menerima azab yang menghinakan
Didikan Ramadhan juga mengasuh diri kita untuk rapat dengan al-Quran serta menyemarakkan lagi jihad dalam melaksanakan seluruh sistem al-Quran. Kita begitu bimbang akibat ada menteri dan mereka yang mempermainkan agama menyebabkan bala daripada Allah semakin bertambah sehingga rakyat semakin tertekan akibat kos hidup semakin tinggi dan suasana sekitar semakin tidak selamat. Kenyataan seperti hukum Islam supaya potong tangan terhadap pencuri tidak menjamin kurangnya kecurian sebaliknya ia boleh diselesaikan dengan usaha kerajaan menyediakan banyak pekerjaan terhadap rakyat di mana rakyat yang mempunyai pekerjaan tidak lagi mencuri, tidak salah membuka aurat semasa bersukan kerana penonton tidak melihat kepada badan atlit sebaliknya melihat kepada permainan mereka, tidak perlu campur adukkan antara agama dan budaya atas alasan di Mesir pun tidak difatwa tentang haramnya tarian gelek dan sebagainya.
Ketakutan yang paling besar bagi umat Islam yang cintakan agama ialah masalah murtad di mana hasil suatu kajian ilmiah pada tahun 1999-2000 di sekitar Lembah Klang sahaja menunjukkan bagaimana 20 ribu yang murtad maka gelombang itu terus menggila tanpa sekatan perundangan yang sepatutnya apabila 6 tahun kemudian sebagaimana yang disebut oleh mufti Perak pada tahun lepas bahawa jumlah murtad meningkat 2000 peratus kepada 250 ribu orang seluruh negara malah orang murtad lebih berani bangun menyatakan murtad mereka sekarang ini.Kes Lina Joy contohnya begitu menghina dan menggugat kedudukan umat Islam kerana keputusan mahkamah hanya tidak membenarkan perkataan Islam dibuang daripada kad pengenalan sedangkan Lina Joy yang murtad tidak diambil apa-apa tindakan sewajarnya. Kita juga bimbang dengan suatu kajian yang mendapati secara purata 46 peratus remaja negara ini terlibat dengan zina atau 35 orang remaja setiap hari terlibat dengan jenayah zina. Kes jenayah semakin bertambah dan menggerunkan apabila kajian dari tahun 2003 hingga 2006, ia meningkat sebanyak 45.1 peratus iaitu 200 ribu kes lebih pada 2006. Jenayah kekerasan turut terbilang kepada 85.8 peratus iaitu 42 ribu kes lebih pada 2006. Begitu juga terbilang dalam kes rogol sebanyak 65.8 peratus dengan purata 6.7 orang wanita dirogol setiap hari. Kes kematian adik Nurin Fazlin binti Jaziman yang dibunuh dengan kejam dan ditinggalkan dalam beg oleh manusia yang berhati binatang ketika umat Islam sedang berpuasa Ramadhan antara contoh jenayah yang sedang mengancam keselamatan rakyat. Sebuah syair arab ada menyebut: Demi umur kamu, dunia atau negeri tidak akan sempit dengan ramai penduduknya tetapi dunia atau negeri menjadi sempit akibat perangai buruk penduduknya.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Setiap penyakit biasanya ada puncanya. Antara punca penyakit sosial ini adalah sikap jahil dan jauh daripada ajaran Islam ditambah lagi dengan pintu-pintu ke arah kerosakan ini dibuka luas oleh kerajaan hasil pendedahan konsert hiburan melampau, pergaulan bebas, arak, disko serta program yang merosakkan daripada media cetak dan elektronik. Rancangan tv sendiri disifatkan ‘sampah’ oleh Profesor Diraja Engku Aziz di mana sampah inilah yang sedang meracuni pemikiran dan kelakuan ganas anak-anak sehingga mengenepikan agama. Setelah 50 tahun merdeka, rakyat bukan semakin bebas daripada budaya barat malah terus dijajah oleh pemikiran dan cara kehidupan penjajah. Malah undang-undang warisan British yang disifatkan oleh Ketua Hakim negara sebagai ketinggalan zaman turut menjadi antara punca kepada kegagalan dalam membina insan yang mulia. Jika para ulama’ dan pejuang kemerdekaan berjaya menghalau keluar tubuh penjajah maka kita pada hari ini sebagai umat yang cintakan keamanan dan kebahagian wajib menghalau keluar system penjajah dengan kembali melaksanakan seluruh system Islam dalam negara. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat
Semuanya ini tidak mampu dilaksanakan oleh pemimpin yang jahil dan tidak berminat kepada system Islam. Ingatlah bahawa pemimpin yang wajib kita pilih ialah orang yang mampu bukan setakat membina jambatan di dunia tetapi yang paling penting mampu membawa kita untuk selamat ketika meniti titian siratal mustaqim di akhirat nanti. Imam al-Ghazali ada berpesan bahawa sebodoh-bodoh manusia ialah sesiapa yang menjual akhiratnya dengan dunia orang lain iaitu dia sendiri tidaklah kalut dengan dunia tetapi sentiasa mempertahankan orang yang gila dunia. Kita mesti mengelak daripada terlibat dengan rasuah dalam memilih pemimpin kerana amaran dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:
.... وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ
Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 166 dan167 surah al-Baqarah :
إذ تبرأ الذين اتبعوا من الذين اتبعوا ورأو العذاب وتقطعت بهم الأسباب وقال الذين اتبعوا لو أن لنا كرة فنتبرأ منهم كما تبرءوا منا كذلك يريهم الله أعمــلهم حسرت عليهم وماهم بخـــرجين من النار
Maksudnya : Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : " Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami". Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Islam terus diperangi oleh kuffar samada melalui serangan fizikal atau pemikiran. Kini Kementerian Pertahanan Amerika telah menubuhkan pusat pemikiran khas (Raind Cooporation) bagi mengkaji hala tuju Islam dan bagaimana kehendak penduduk Islam sendiri. Akhirnya Amerika mengakui bahawa 2 halangan besar dalam menghancurkan Islam ialah Kota Mekah dan al-Quran. Oleh itu Amerika cuba mencari Islam yang tidak menentang mereka antaranya pengiktirafan Islam Hadhari oleh ketua pengganas Dunia Presiden Bush. Kegagalan Islam Hadhari sebagaimana yang telah diperingatkan oleh seorang ulama’ Mesir pada tahun 1982 lagi di mana beliau menyatakan bahawa Islam Hadhari merupakan suatu usaha dalam mencari kemajuan kebendaan semata-mata tanpa menghiraukan aqidah, syariah dan akhlak rakyat. Akhirnya benda yang disangka ubat rupanya racun berbisa, ia umpama jerat yang sedang menunggu mangsa yang berjaya ditipunya

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Sabtu, 26 Julai 2008

13. KHUTBAH EIDIL ADHA 1427H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ......
فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 272سورة البقرة :
ليس عليك هدئهم ولكن الله يهدي من يشاء وماتنفقوا من خير فلأنفسكم وماتنفقون إلا ابتغاء وجه الله وماتنفقوا من خير يوف إليكم وأنتم لاتظلمون
Maksudnya : Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah S.W.T) maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah S.W.T. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedangkan kamu sedikitpun tidak akan dianiayai.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,
Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga anugerah hari raya yang amat bermakna ini dapat kita penuhi dengan amal ibadat dalam mendekatkan diri kita kepada Allah. Antaranya bagi mereka yang mampu digalakkan agar menunaikan ibadat korban dengan menyembelih binatang di mana dagingnya disedekahkan untuk golongan yang memerlukannya. Ini dapat menambahkan lagi semangat persaudaraan dan kerjasama dalam meringankan bebanan golongan yang susah. Semoga anugerah hari raya turut digunakan dalam merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di mana kita pada hari ini dapat merasakan hubungan ini semakin lama semakin longgar dan jauh walau pun kemudahan pengangkutan dan perhubungan semakin mudah dan canggih. Jika pada masa kita ini ramai yang sudah tidak kenal ahli keluarga terdekat kerana sibuk dengan urusan harian apatah lagi pada masa yang akan datang jika usaha dalam merapatkan kembali hubungan sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh ayah dan datuk kita sebelum ini tidak disuburkan semula. Sama-samalah kita ambil iktibar daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim :
قال الرسول  : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya : Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Ibadat korban yang dibuat sempena hari raya ini mengingatkan kita tentang arahan Allah agar nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail setelah dewasa yang menggambarkan kepada kita semua tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh baginda berdua dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak bicara. Pengorbanan suci ini digambarkan oleh Allah melalui ayat 103-107 surah as-Sooffat :
فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين إن هذا لهو البلؤا المبين وفدينه بذبح عظيم
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.
Sikap tunduk dan patuh kepada setiap arahan Allah melayakkan nabi Ibrahim menjadi Khalilullah. Oleh itu sempena mengingati pengorbanan besar nabi Ibrahim ini maka tanyalah diri kita tentang sejauh manakah tahap kepatuhan kita kepada arahan Allah dalam kehidupan seharian. Adakah cukup setakat menyatakan dengan lidah bahawa kita ini benar-benar beriman dan taat kepada Allah dan rasulNya sedangkan perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya yang kita gunakan masih lagi jauh daripada petunjuk wahyu. Adalah begitu amat malang jika hanya mengaku hamba Allah tetapi tidak mahu tunduk kepada sistem al-Quran. Adalah suatu penipuan yang nyata apabila mendakwa diri pejuang Islam tetapi mendewa-dewakan system manusia dengan mengepikan system Islam. Jika kita sebagai pemimpin, tanyalah sejauh manakah kita menunaikan amanah dalam melaksanakan system al-Quran. Jika kita sebagai ibubapa, tanyalah diri kita tentang sejauh manakah kita sendiri mengikut petunjuk wahyu dan bagaimana dengan anak-anak kita adakah amal ibadat, cara pemakaian, pergaulan mereka telah mengikut panduan yang telah digariskan oleh agama atau sebaliknya. Kita yakin anak-anak yang terjebak dengan dadah, zina, mat rempit dan sebagainya mempunyai ibubapa. Adakah ibubapa mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dalam mengawal anak-anak ini sebelum rosak atau membiarkan sahaja mereka rosak. Keadaan bertambah parah apabila ibubapa melenting bila ditegur dan dinasihatkan oleh masyarakat tentang masalah anak-anak mereka. Ubahlah sikap agar kita mampu mengubah keadaan yang lebih sihat dan aman bersuluhkan panduan wahyu dengan mengenepikan hasutan nafsu.

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Kita sebagai umat Islam yang mengaku tunduk patuh kepada Allah wajib menjaga 5 asas Maqasid Syari’iyyah iaitu 1] menjaga agama dengan menjauhkan syirik dari segi penyembahan benda dan sistem [2] menjaga keselamatan nyawa sendiri dan orang lain [3] menjaga akal fikiran daripada dirosakkan dengan dadah, arak dan sebagainya [4] menjaga keturunan dengan menghindari zina [5] menjaga harta benda daripada dirosakkan. Apabila asas yang digariskan oleh agama ini dapat dijaga dengan sebaiknya maka akan lahirnya sebuah masyarakat yang aman sejahtera di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika ia dilanggar atau dicabuli maka sesebuah keluarga, masyarakat, negeri dan negara akan berada dalam suasana yang terancam. Betapa malangnya apabila masalah murtad dalam negara terus berlaku tetapi tiada tindakan sewajarnya diambil bagi menangani masalah yang paling serius ini atas alasan menjaga hak asasi manusia sedangkan orang yang murtad secara jelas melanggar hak Allah yang lebih besar bahayanya. Bila ramai umat Islam yang terpengaruh dengan istilah hak asasi manusia yang ditaja oleh musuh Islam kaki pembunuh dan penceroboh hak orang lain sehingga lupa kepada hak Allah yang lebih besar dan penting maka selagi itulah Islam dihina oleh penganutnya sendiri. Kita begitu sedih apabila masalah perebutan mayat terus berlaku dan kali ini pemimpin negara sendiri terus mengeluarkan kenyataan meminta pihak Peguam Negara (AG) campur tangan dalam menentukan status agama A Rayappan sehingga ia dikuburkan cara Kristian walau pun masih ada jalan untuk mendakwanya masih Islam. Malah tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak mendaftarkan status Islam dalam kad pengenalan A Rayappan membuka jalan kepada akhbar The Star dan The Sun dalam membangkitkan isu tercatat perkataan Kristian dalam kad pengenalan A Rayappan sedangkan bila dilihat keadaan sebenar tidak tercatat sebagaimana yang didakwa.
Jika masalah murtad gagal ditangani apatah lagi masalah ajaran sesat seperti yang terbaru masalah Rufaqa’ yang didakwa cuba menghidupkan amalan Arqam yang telah diharamkan. Begitu juga dengan pengakuan seorang wanita yang dulu pernah mengaku sebagai imam Mahdi dan kini sebagai rasul wanita. Ajaran sesat ini sukar dibanteras sekiranya pemimpin sendiri terus memberi kebebasan kepada puak Islam Liberal, Islam plural, anti hadis dalam menyesatkan masyarakat Islam. Fahaman pemisahan agama dengan politik turut menjadi antara punca utama kepada berleluasanya ajaran sesat ini. Begitu juga apabila adanya fatwa yang diputuskan oleh majlis fatwa dilanggar oleh pemimpin sendiri seperti sambutan di hadapan Tugu Negara pada Hari Pahlawan yang jelas dihukum sebagai suatu amalan syirik.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Atas nama hak asasi manusia juga adanya umat Islam sendiri yang bangun menentang penguatkuasaan oleh kerajaan Kelantan terhadap jurujual wanita yang berpakaian tidak senonoh. Ketika musuh Islam di beberapa buah negara di Eropah seperti Belgium, Perancis, Belanda, Denmark dan lain-lain sedang berusaha menelanjangkan wanita Islam, mengapakah kita yang berada dalam sebuah negara majority umat Islam turut bersekongkol dengan musuh Islam untuk terus membiarkan wanita Islam berpakaian menjolok mata. Adakah arahan berpakaian menutup aurat akan menambahkan lagi masalah rogol dan zina dalam masyarakat. Tidak cukup lagikah kita dengan jumlah pasangan yang berzina sebelum kahwin dalam negara ini lebih kurang 50 peratus. Baru-baru ini pula kita dikejutkan dengan kajian yang menunjukkan dalam negara kita ada 4000 orang pelacur kanak-kanak. Lupakah kita kepada cadangan bekas Perdana Menteri Britain Gladstone pada awal penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan katanya : “ Untuk menghancurkan kekuatan Islam, mestilah dibuang dahulu hijab daripada muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah membawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan mungkar”. Malah kakitangan kerajaan di timur China dilaksanakan peraturan larangan memakai seksi di pejabat. Jika orang bukan Islam lebih ke hadapan dalam cara pemakaian yang baik dan selamat mengapa masih ramai wanita Islam sendiri masih berfikiran kolot dan ketinggalan zaman sehingga sanggup mengenepikan amaran Allah S.W.T dan rasul antaranya sebuah hadis nabi daripada Abu Hurairah yang berbunyi :
قال الرسول  :صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ البَقَرِ يَضْرِبُوْنَ ِبَها النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاتٌ مَائِلاتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ البُخْتِ المَائِلَةِ لايَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلايَجِدْنَ رِيْْحَهَا وَاِنَّ رِيْْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةٍ كَذَا وَكَذَا - رواه مسلم
Maksudnya : Ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang aku tidak sempat melihat mereka kerana belum ada pada zamanku. Pertama, golongan penguasa yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, golongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menghayun-hayunkan bahunya. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga sedangkan bau wangi syurga itu sudah tercium daripada perjalanan yang sangat jauh daripadanya
Renungilah firman Allah dalam ayat 164 surah al-A’araf :
وإذ قالت أمة منهم لم تعظون قوما الله مهلكهم أو معذبهم عذابا شديدا قالوا معذرة إلى ربكم ولعلهم يتقون
Maksudnya : Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata :” Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah S.W.T akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?”. Lalu mereka menjawab:” Agar kami mempunyai alasan terlepas daripada tanggungjawab kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….
فرمان الله تعالى دالم أية 37سورة الحج :
لن ينال الله لحومها ولادماؤها ولكن يناله التقوى منكم كذلك سخرهالكم لتكبروا الله على ماهدئكم وبشر المحسنين
Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Kita bakal menyambut ketibaan tahun baru 2007 Masihi esok di mana biasanya ia disambut dengan pelbagai cara yang membelakangkan ajaran Islam. Tidak cukup lagikah dengan banjir besar dan pelbagai jenis bala daripada Allah untuk menyedarkan kita agar kembali kepada Islam. Sebagaimana ibadat puasa untuk melahirkan umat bertaqwa begitulah juga dengan ibadat korban yang digalakkan untuk kita lakukan pada hari ini dan hari-hari tasyriq. Orang bertaqwa sentiasa mengorbankan harta, tenaga dan masanya untuk Islam termasuk dalam membantu saudara yang susah. Oleh itu kita gunakanlah peluang dengan kedatangan hari raya ini untuk membantu saudara kita terutama yang dilanda banjir untuk sama-sama merasai kemeriahan hari raya. Ingatlah bahawa sedikit harta dunia yang kita sedekahkan bakal dibalas dengan anugerah yang jauh lebih besar di akhirat nanti
Sempena kedatangan Eidil Adha juga kita mesti sama-sama berusaha dalam membantu saudara seagama kita di tempat-tempat yang lain terutama negara yang dilanda penjajahan baru seperti di Afghanistan, Iraq dan sebagainya. Sempena berada pada hari yang mulia ini juga kita mengutuk tindakan bacul Amerika Syarikat yang memperkudakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menekan pembangunan nuklear Iran sedangkan mereka terus membiarkan Israel membangunkan senjata nuklear. Begitu juga tindakan tidak bertamadun Israel yang bertindak membantu parti Fatah yang kalah sebelum ini dengan menyalurkan pelbagai bantuan dalam menggulingkan kerajaan HAMAS pilihan rakyat Palestin. Tiada siapa yang boleh diharapkan untuk membantu saudara seagama yang sedang menderita melainkan umat Islam yang benar-benar tunduk dan patuh kepada Allah. Tidak rugi memperjuangkan Islam walau pun terpaksa melalui pelbagai penderitaan dan kesusahan. Sebaliknya amat rugi jika bertindak bacul melawan Islam walau pun kadang-kadang banyak kesenangan dan kemewahan ditawarkan oleh musuh Islam. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia di dunia dan akhirat

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khamis, 24 Julai 2008

12. KHUTBAH EIDILFITRI 1427H

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ ....
فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah :
يـأيها الذين ءامنوا مالكم إذا قيل لكم انفروا فى سبيل الله اثاقلتم إلى الأرض أرضيتم بالحيـوة الدنيا من الأخرة فما متـع الحيـوة الدنيا فى الأخرة إلا قليل
Maksudnya : Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu apabila diseru :” pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) maka kamu rasa keberatan dan (lebih suka duduk menikmati kesenangan ) di tempat masing-masing. Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?. (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit berbanding dengan nikmat kesenangan di akhirat nanti.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Eidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga ketibaan hari kemenangan ini dapat disambut dengan sebaiknya mengikut apa yang telah diajar oleh agama Islam. Jangan kita cemari laungan takbir membesarkan Allah dengan mendewa-dewakan hawa nafsu sehingga mengenepikan panduan wahyu. Jangan kita kotori laungan tasbih menyucikan Allah dengan perkara yang memuja ideologi dan sistem yang bercanggah dengan Islam dalam kehidupan seharian. Jangan kita rosakkan laungan tahmid memuji Allah dengan amalan maksiat derhaka kepada Allah pada hari raya yang sepatutnya dijadikan hari ibadat. Jangan biarkan laungan kemenangan yang diucapkan hanya setakat diucap dimulut sedangkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah jauh berbeza kerana kita terus dijajah dan dikongkong oleh pemikiran dan cara hidup yang bercanggah daripada Islam. Ingatlah bahawa hari raya yang dianugerahkan kepada umat Islam bukan berbentuk adat dan budaya sebaliknya ia adalah suatu anugerah berharga yang wajib kita hidupkannya dengan amal ibadat bagi merapatkan diri kepada Allah. Hari raya bukan hari untuk menderhakai Allah dengan maksiat seperti hiburan melampau, pergaulan bebas, membazir, mendedah aurat dan sebagainya. Jadikanlah hari raya di dunia sebagai permulaan kepada kegembiraan di atas kejayaan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan yang baru lalu sebelum kita meraih anugerah hari raya yang lebih berharga di akhirat. Janganlah kita hanya sekadar menjadi umat yang menyuburkan hari raya di dunia dengan maksiat sehingga tidak mampu lagi mengecapi nikmat syurga di akhirat nanti.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah :
قال الرسول  : بَادِرُوْا بالأعْمالِ فِتَنًا كَقَطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيَمْسِى كَافِرًا أَوْ يَمْسِى مُؤْمِنًا وَ يُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيْعُ دِيْنَهُ بِعَرَضِ مِّنَ الدُّنْيَا
Maksudnya: Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat kelam. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau seseorang yang masih beriman di waktu petang kemudian pada esok paginya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit daripada mata benda dunia.
Kegembiraan menyambut Eidil Fitri, jangan melupakan kita kepada proses tarbiah yang begitu berharga yang diterima sepanjang Ramadhan lalu sehingga menjadi orang yang rugi akibat tidak berubah diri menjadi umat terbaik walau pun telah ditarbiah. Sepatutnya didikan Ramadhan dapat melahirkan kita sebagai umat yang sentiasa jinak dan sayang kepada masjid dengan terus menghidupkannya tanpa mengira waktu dan ketika. Jangan biarkan masjid semakin kosong dan anak muda semakin liar daripada masjid sedangkan dalam masa yang sama pihak Kristian terus berusaha menarik anak muda kita untuk dimurtadkan sebagaimana sebuah gereja di ibu negara yang menjamu secara percuma anak muda kaki lepak setiap hari Jumaat. Agama lain terus bersungguh dalam menghidupkan gereja dan kuil mereka maka adakah kita umat Islam hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Adakah kita masih boleh duduk senang bila mendengar kenyataan mufti Perak bahawa lebih kurang 100 ribu masyarakat India Muslim telah murtad. Laporan pihak polis pula menyatakan bagaimana 13-14 ribu belia terlibat dengan hiburan memuja syaitan terutama black metal manakala 13-14 ribu lagi menjadi pengikut ajaran sesat ayah Pin. Umat Islam di negara ini turut diasak oleh pihak yang cuba menggugat kedudukan Islam sebagai agama perlembagaan dengan mempertikaikan hak keistimewaan agama Islam. Malah golongan anti Islam itu cuba menggunakan kes murtad seorang Melayu iaitu Lina Joy untuk mencabut keistimewaan Islam daripada perlembagaan negara. Adakah kita rela melihat Islam dihina dan dipijak-pijak oleh musuh Islam. Jika kita umat Islam yang bermaruah maka bangkitlah dalam menentang kebiadapan musuh Islam ini. Kita beri amaran keras kepada golongan anti Islam ini agar jangan cuba bermain api dengan umat Islam. Sarang tebuan jangan dijolok nanti buruk padahnya. Kami sanggup bermandi darah daripada membiarkan Islam disanggah. Biar bercerai nyawa daripada badan namun kesucian Islam tetap kami pertahankan.

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 26 surah al-Fussilat :
وقال الذين كفروا لا تسمعوا لهذا القرءان والغوا فيه لعلكم تغلبون
Maksudnya : Dan berkatalah orang-orang kafir itu : “ Janganlah kamu mendengar al-Quran itu dengan bersungguh-sungguh. Buatlah hiruk pikuk terhadapnya agar kalian dapat mengalahkan orang-orang yang beriman”
Didikan Ramadhan juga mengasuh diri kita untuk rapat dengan al-Quran serta menyemarakkan lagi jihad dalam melaksanakan seluruh sistem al-Quran. Jauhi sikap golongan yang menjauhi al-Quran sebagaimana seorang ulama’ mengatakan bahawa 5 jenis manusia yang dianggap berhijrah atau menjauhi al-Quran ialah apabila : [1] dia tidak mahu mendengar dan beriman kepada al-Quran [2] dia hanya beriman dan membaca al-Quran sahaja tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya [3] dia tidak mahu mendalami dan memahami maksud al-Quran [4] dia tidak menjadikan al-Quran sebagi ubat penyembuh terhadap pelbagai penyakit hati [5] dia tidak mahu menggunakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian
Kita mesti ingat bahawa musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. Lihatlah apa yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini di mana betapa ramai umat Islam yang buta al-Quran dan agama sehingga pihak Kristian mengambil peluang dengan menyebar terjemahan Bible dalam Bahasa Melayu dan Al-kitab dalam Bahasa Arab bukan sahaja melalui internet malah secara luaran. Sebelum ini, Kristian telah lama meletakkan Bible di bilik-bilik hotel dalam menyebar ajaran mereka. Begitu juga dengan penyebaran secara percuma komik bertajuk 'Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan' yang memuatkan kisah yang bertentangan dengan Islam di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Malah ada juga maklumat tentang wujudnya usaha untuk menubuhkan persatuan agama lain di sekolah-sekolah menengah yang berperanan seperti Persatuan Agama Islam di mana ia akan dijadikan suatu cara penyebaran Kristian dan agama lain kepada pelajar Islam diperingkat sekolah lagi sebagaimana yang telah pun berlaku di kampus-kampus. Apabila orang bukan Islam sedang giat bergerak adakah kita hanya mampu melihat. Bangunlah wahai umat Islam! Cegah sebelum parah, sekat sebelum merebak, bangkit sebelum tersepit.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:
ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموت والأرض ومن فيهن بل أتينـهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون
Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.
Tiada ubat yang paling mujarab dalam mengubati hati dan anggota zahir melainkan al-Quran. Umat Islam punah aqidahnya dan musnah akhlaknya bila jauh daripada ajaran al-Quran. Musuh Islam telah lama sedar dan tahu bahawa bila umat Islam menjauhi al-Quran maka penjajahan terhadap pemikiran dan system kehidupan umat Islam akan terus berlangsung dengan mudah. Bila hati jauh daripada cahaya al-Quran menyebabkan ramai umat Islam mencari perkara yang bercanggah daripada Islam bagi menenangkan hati yang menyebabkan mereka terlibat dengan najis dadah, arak dan hiburan melampau yang merupakan antara senjata musuh Islam dalam merosakkan umat Islam. Kita berasa terhina dan malu jika benarnya dakwaan bahawa masyarakat Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi iaitu 75 peratus yang tikam ekor sekarang ini merupakan orang-orang Melayu sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah majalah.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Kita mesti ingat kepada amaran Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Huzaifah :
قال الرسول  : لَتَأْمُرَنَّ بِالمَعْرُوْفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ المُنْكَرِ أَوْ لَيُوْشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ
Maksudnya: Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau jika tidak nescaya siksaan Allah boleh jadi akan menimpa kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah agar siksaan itu dihentikan maka permohonan kamu tidak diterima lagi.
Kegagalan dan tiada kesungguhan dalam tugas amar makruf nahi mungkar telah menyebabkan aqidah umat Islam semakin punah dan akhlak semakin parah. Kita dapat rasakan bagaimana masalah jenayah di kalangan pelajar sekolah dan mat rempit semakin teruk sehingga membabitkan keganasan dan pembunuhan. Semua pihak wajib bersatu bermula daripada ibubapa yang mesti memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat ini, pihak masyarakat mesti bekerjasama untuk membendungnya dan yang paling penting pihak kerajaan wajib menutup lubang yang mendorong golongan muda ini daripada dirosakkan melalui ketegasan undang-undang disamping menapis siaran tv, akhbar, majalah serta menghentikan aktiviti hiburan melampau dan program yang bercanggah dengan Islam. Banyakkan program tarbiah ke arah mengisi ilmu agama dan kemahiran kepada golongan ini agar mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna bukannya memberi masalah kepada negara. Gunakanlah program seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan sebagainya dengan memperbanyakkan modul agama dalam memulihkan akhlak golongan muda ini. Begitu juga dengan sistem pendidikan negara mesti diberi penekanan yang lebih kepada sukatan pengajian agama sehingga pelajar tidak lagi memandang agama adalah suatu yang boleh diketepikan. Kita bimbang jika semakin ramai pelajar yang bukan sahaja tidak pandai sembahyang malah tidak mampu mengucap 2 kalimah syahadah. Golongan yang kosong asas agama inilah yang kebanyakannya bermasalah berbanding yang faham dan amal agama. Yang rosak wajib dibaiki, yang elok wajib dijaga

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Kegagalan umat Islam dalam menghasil, menyebar dan memanfaatkan ilmu menyebabkan kita gagal menguasai pendidikan sedangkan al-Quran menyuruh kita agar menguasai ilmu. Menurut suatu data kajian menunjukkan perbezaan yang jelas berkenaan kadar celik huruf antara umat Islam dengan Kristian. Kadar celik huruf dalam dunia Kristian berada hampir 90 peratus dengan 15 buah negara yang majority penduduknya Kristian memiliki kadar celik huruf sebanyak 100 peratus. Sedangkan negara yang majoriti Islam hanya memiliki kadar celik huruf sebanyak 40 peratus sahaja dengan tiada langsung data yang mencatatkan kadar celik huruf 100 peratus. Mundurnya umat Islam bila masyarakatnya ditimpa penyakit jahil serta malas yang merbahaya. Pesan Sayyidina Ali bahawa punca utama kejahilan itu ialah malas dan penyelak yang menghalang daripada mendapat nikmat juga ialah malas. Jika orang barat yang celik huruf mengkaji Islam sehingga ramai yang peluk Islam sedangkan masyarakat kita yang buta agama pula mudah sahaja murtad daripada Islam. Oleh itu ubahlah diri kita agar menjadi umat berilmu yang bersungguh dalam melaksanakannya sehingga kita berjaya serta bahagia di dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 11 surah Al-Ra’du :
…… إن الله لايغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم ……..
Maksudnya : …. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan mereka…….
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali Imran :
إن ينصركم الله فلا غالب لكم وان يخذلكم فمن ذا الذى ينصركم من بعده وعلى الله فليتوكل المؤمنون
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu maka tiada lagi orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu (dengan tidak memberi pertolongan) maka siapa lagi yang dapat menolong kamu selain daripada Allah sesudah itu. Oleh itu hanya kepada Allah sahajalah orang beriman berserah diri

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Kita dapat lihat bagaimana kekejaman zionis yahudi yang membunuh ribuan rakyat Lubnan dalam masa 34 hari di mana akhirnya pengganas dunia yang dianggap mempunyai tentera dan senjata yang paling canggih di dunia terpaksa berundur dengan penuh kehinaan. Bila musuh Islam yang takut mati berdepan dengan pejuang Islam yang cintakan mati syahid maka biasanya musuh akan kalah dengan penuh kehinaan. Musuh Islam memang boleh dikalahkan walau sehebat mana pun persenjataan mereka dengan syarat hati umat Islam mesti bersatu atas wadah Islam dan melaksanakan segala syarat kemenangan. Sekiranya umat Islam sendiri tidak yakin dengan Islam, takut pada mati, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akhirat, takut kepada musuh Islam lebih daripada takut kepada Allah ditambah dengan perbalahan sesama sendiri maka bagaimana kemenangan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dapat dicapai. Kalahnya musuh Islam kerana mereka berada dalam kesesatan tetapi sekiranya umat Islam sendiri hidup dalam dosa maksiat maka bagaimana kita mahu mencapai kemenangan di dunia dan akhirat. Sekiranya musuh Islam gila kuasa dan harta hanya berdepan dengan pemimpin umat Islam yang hanya tahu berseronok membilang harta dan menjaga kuasa maka selagi itulah rakyat akan ditindas tanpa pembelaan sewajarnya. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sempena berada pada hari kemenangan juga marilah kita sama-sama mengutuk dan mengecam kebiadapan Ketua Gereja Kristian Katolik Sedunia kerana menghina nabi Muhammad s.a.w yang dituduh pengganas, tidak berperikemanusiaan dan menyebar Islam melalui mata pedang. Begitu juga tindakan bacul sebuah parti di Denmark yang menganjurkan pertandingan melukis gambar yang menghina nabi Muhammad s.a.w dan Islam selepas rakyat negara yang sama pernah melakukan terkutuk yang sama sebelum ini. Kita memberi amaran keras kepada golongan biadap ini bahawa kita sanggup mati daripada membiarkan nabi dan Islam dimaki. Biar nyawa melayang asalkan kemuliaan nabi dan Islam terus dipertahankan.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Ahad, 20 Julai 2008

11. KHUTBAH EIDIL ADHA 1426H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ...... فرمان الله تعالى دالم أية 37سورة الحج :
لن ينال الله لحومها ولادماؤها ولكن يناله التقوى منكم كذلك سخرهالكم لتكبروا الله على ماهدئكم وبشر المحسنين
Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,
Kedatangan 10 Zulhijjah disambut dengan laungan takbir membesarkan Allah, laungan tasbih menyucikan Allah serta laungan tahmid memuji Allah oleh seluruh umat Islam menandakan tibanya hari raya Eidil Adha yang dipanggil hari raya haji kerana pada masa ini umat Islam yang diberi peluang oleh Allah menjadi tetamuNya di Mekah sedang menunaikan ibadat haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Ia juga digelar dengan hari raya korban kerana umat Islam yang mempunyai kemampuan sama-sama menyembelih binatang bagi menyempurnakan ibadat korban yang merupakan antara amalan sunat yang digalakkan oleh Islam. Kedua-dua ibadat ini samada haji atau korban mengingatkan kita semua kepada pengorbanan dan perjalanan hidup nabi Ibrahim sekeluarga. Ketika menyoroti ibadat haji itu sendiri dan tempat-tempat yang mesti dilalui oleh jemaah haji dalam menyempurnakan ibadat itu maka kita dapati ia banyak mengimbas kembali tentang perjalanan hidup nabi Ibrahim sekeluarga terutama berkaitan pembinaan Ka’abah, sai’e antara Sofa dan Marwah, melontar di Mina dan sebagainya. Begitu juga dengan ibadat korban menyembelih binatang mengingatkan kita tentang arahan Allah agar nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail setelah dewasa yang menggambarkan kepada kita semua tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh baginda berdua dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak bicara. Pengorbanan suci ini digambarkan oleh Allah melalui ayat 103-107 surah as-Sooffat :
فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين إن هذا لهو البلؤا المبين وفدينه بذبح عظيم
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Islam) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم أية 36 سورة الأحزاب
وما كان لمؤمن ولامؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمرا أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالا مبينا
Maksudnya : Dan tidaklah patut bagi mukmin lelaki dan tidak juga perempuan apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain berkenaan urusan mereka. Dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulNya maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata
Tujuan utama ibadat korban ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah. Kisah pengorbanan yang berakhir dengan pembunuhan antara Qabil dan Habil menunjukkan bagaimana ciri-ciri korban yang diterima oleh Allah. Begitu juga dengan pengorbanan suci nabi Ibrahim yang tunduk menunaikan perintah Allah S.W.T agar menyembelih anaknya nabi Ismail. Malah dari segi hukum feqah kita dapati bukan kesemua jenis binatang boleh dijadikan binatang korban ditambah pula dengan syarat-syarat yang mesti ada pada pada binatang itu sendiri yang perlu dipenuhi barulah sah ibadat korban seseorang. Sehubungan dengan itu maka fahamlah kita bahawa proses di dalam merapatkan diri dengan Allah bukanlah suatu yang mudah dicapai sebaliknya mestilah melakukan pelbagai pengorbanan terutama dalam menewaskan godaan nafsu dan dunia. Begitu juga dengan penjagaan terhadap sumber dan bahan makanan itu sendiri mestilah daripada perkara yang halal barulah proses untuk menghampirkan diri kepada Allah dapat dicapai.
Umat kemenangan adalah umat yang sentiasa berfikir bagaimana cara terbaik dalam melaksanakan perintah Allah sedangkan umat yang ditimpa kekalahan ialah umat yang sentiasa mencari seribu dalih daripada melaksanakan sistem Islam. Umat mulia adalah umat yang sentiasa takut kepada Allah sehingga sebarang musuh Islam dianggap kecil di sisi mereka sedangkan umat yang hina telah hilang perasaan malu dan gerun kepada Allah sehingga mereka takut kepada musuh Islam melebihi segalanya. Umat berjaya ialah umat yang merasa bertuah kerana dianugerahkan nikmat Islam sehingga mereka bersungguh-sungguh melaksanakan Islam pada diri, keluarga, masyarakat dan negara sedangkan umat yang gagal ialah mereka yang menganggap Islam adalah penyekat kebebasan dan segala tanggungjawabnya adalah suatu bebanan yang menyakitkan. Umat yang cemerlang ialah umat yang memandang bahawa amanah kepimpinan merupakan jalan untuk menegakkan sistem Islam sedangkan umat yang kolot ialah mereka yang menjadikan tampuk pemerintahan sebagai jalan untuk mencari kemegahan, kemewahan serta tempat bagi memastikan sistem Islam tidak dilaksanakan. Umat merdeka ialah umat yang yakin dengan sistem Islam serta melaksanakannya sehingga Islam berjaya memerintah dunia sedangkan umat dijajah ialah mereka yang memenjarakan system Islam sehingga menjadi kuda tunggangan penjajah. Umat yang maju ialah umat yang membina tamadun insan dan kebendaan berasaskan Islam sehingga umat bukan Islam turut menerima kemajuan yang dibina sedangkan umat yang mundur ialah mereka yang terpaksa menjadi pak turut kepada tamadun kebendaan umat yang hilang akhlaknya sehingga aqidah menjadi tenat, akhlak semakin rosak dan kemajuan tidak hebat. Ingatlah kita bahawa penjajahan pemikiran berjaya dilakukan melalui media massa, kerja kebajikan dan sosial termasuk hospital, pendidikan, hiburan, sukan dan sebagainya. Seorang Paderi Kristian pernah berkata : “ Orang Islam tanpa disedari telah mencedok sebahagian tamadun Kristian dan menyerapkannya ke dalam pembangunan sosial mereka. Selagimana masyarakat Islam beransur-ansur menuju kepada matlamat dan fahaman yang mempunyai hubungan rapat dengan Bible maka persediaan untuk mencedok agama Kristian akan terus berkembang tanpa mereka sedari”.

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas:
قال الرسول  : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ
Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki
Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Umur semakin bertambah dan mendekatkan kita kepada lubang kubur. Dunia sudah hampir Qiamat apabila hampir keseluruhan tanda-tanda kecil dan besar telah pun berlaku. Apa yang malang apabila manusia pada hari ini hanya melihat tanda-tanda itu tanpa mengambil iktibar sewajarnya dalam mendekatkan diri kepada Allah serta menambah bekalan akhirat. Penyakit ini timbul akibat daripada semakin kurang ilmu agama samada dengan kematian dan hilang penghormatan terhadap ulama, malas belajar, mengenepikan ilmu agama yang dianggap tidak menjanjikan kemewahan dunia serta termakan hasutan musuh bahawa Islam adalah agama pengganas dan punca kemunduran. Terhakisnya ilmu agama menyebabkan kejahilan semakin meluas sehingga aqidah semakin goyang, ibadat menjadi kurang dan akhlak bertambah hilang. Kita melihat hasil daripada kejahilan menyebabkan suburnya ajaran sesat yang merosakkan aqidah seperti ajaran Ayah Pin, orang mengaku menjadi nabi orang Melayu dan lain-lain. Keadaan bertambah teruk apabila golongan ajaran sesat ini menggunakan peruntukan perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan pertukaran agama untuk lepas daripada hukuman. Masalah Black Metal dan Kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT) menambahkan kerosakan aqidah yang sedia ada. Baru-baru ini kumpulan Black Metal atas nama pertubuhan silat hampir berjaya menjalankan upacara sesat mereka iaitu memijak al-Quran, berzina atas al-Quran serta buang air atas al-Quran. Oleh itu sudah sampai masanya untuk hukuman Islam kembali diperkasakan agar Islam tidak dipermainkan lagi.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Renungilah firman Allah dalam ayat 85 surah Ali- Imran :
ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخـــسرين
Maksudnya : Dan sesiapa yang memilih agama lain daripada Islam sebagai cara hidup maka tidak akan diterima dan dia pada hari akhirat nanti termasuk dalam golongan mereka yang rugi
Kejahilan dan hilang keyakinan terhadap Islam turut memusnahkan akhlak umat Islam. Budaya membuka aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dianggap lambang kemajuan sehingga meluasnya zina. Masyarakat hari ini merasa arahan bertudung sebagai paksaan yang menghina kaum wanita sedangkan tubuh wanita dipamer bagaikan daging segar dimajalah dan kaca tv dianggap sebagai suatu yang bertamadun. Malah apa yang lebih malang apabila golongan yang mendakwa sebagai pejuang wanita hanya membisu ketika mendapat maklumat bahawa perempuan yang dibogel dalam penjara baru-baru ini adalah orang Melayu. Apabila manusia jahil tentang dari mana dia datang, kepada siapa perlu tunduk patuh dan ke mana bakal dia kembali maka setiap tindakan hanya berdasarkan akal yang lemah dan nafsu yang jauh daripada petunjuk wahyu. Akhirnya turun bala daripada Allah seperti merebaknya penyakit AIDS yang mengancam negara disamping masalah dadah yang terus bertambah. Umat Islam di negara lain dibunuh oleh musuh dengan senjata canggih sedangkan umat Islam di negara ini banyak terbunuh akibat dadah dan AIDS. Amankah kita berada dalam suasana mempunyai seorang yang membina sedangkan ribuan yang lain bersiap meruntuhnya. Adakah jahiliah yang kita perjuangkan atau Islam yang kita jadikan suatu pilihan terbaik yang mesti dilaksanakan. Tepuklah dada dan tanyalah iman kita.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….
فرمان الله تعالى دالم أية 1-2 سورة االحج :
يـأيهاالناس اتقوا ربكم إن زلزلة الساعة شيء عظيم. يوم ترونها تذهل كل مرضعة عما أرضعت وتضع كل ذات حمل حملها وترى الناس سكـرى وماهم بسكـرى ولكن عذاب الله شديد
Maksudnya : Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang menyusui anak daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka sebenanrnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Kita baru sahaja menyambut ketibaan tahun baru 2006 Masihi dan bakal menyambut pula tahun baru 1427 Hijrah. Kita kini dapat menyaksikan bagaimana umur dunia kini sudah semakin tiba ke penghujungnya. Bukit dan gunung yang dulu teguh berdiri kini mula hancur musnah. Angin pula bertukar menjadi ribut ganas yang memusnahkan harta dan meragut nyawa manusia. Laut bergelora begitu kuat sehingga memusnahkan daratan. Air hujan melimpahkan air yang begitu banyak sehingga berlakunya banjir yang mengorbankan banyak nyawa. Api yang dulu jadi kawan kini membakar hutan dan bangunan. Manakala manusia mula merusuh tidak tentu hala sehingga keamanan yang dikecapi selama ini mula hancur dan musnah. Kesemua peristiwa yang berlaku mestilah diambil pengajaran yang sepatutnya terutama dalam mengingatkan kita bagaimana dunia semakin dekat kepada hari qiamat. Keadaan pada hari ini sudah begitu teruk apatah lagi bila berlakunya qiamat
Ketika kita meraikan kedatangan Eidil Adha dengan menyembelih binatang korban maka jangan kita lupa kepada saudara seagama yang terus disembelih oleh musuh Islam. Pembunuhan kejam ke atas umat Islam terutama di Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand dan sebagainya terus berlangsung tanpa ada tanda untuk berhenti. Keganasan yahudi di bumi Palestin dalam membunuh umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa terus berlaku terutama Amerika Syarikat terus menyalurkan bantuan senjata canggih kepada yahudi Israel. Kita bersetuju dengan pendapat Presiden baru Iran yang mencadangkan agar Israel dibuang daripada peta dunia disamping desakan agar negara barat bertanggungjawab sepenuhnya dengan pembunuhan yang dilakukan oleh mereka terhadap yahudi sebelum ini dengan menyediakan tanah di negara barat itu sendiri bagi menghimpunkan yahudi bukannya bertindak kejam merampas tanah milik umat Islam di Palestin untuk dijadikan tempat penghijrahan yahudi sedunia. Bumi tidak akan aman selagi penjenayah dan pembunuh memimpin dunia. Oleh itu kembalikan keamanan dunia dengan Islam. Yakinlah kita bahawa Islam adalah jalan penyelesaian. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 18 Julai 2008

10. KHUTBAH EIDILFITRI 1426H

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :
وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين
Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.

Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Islam adalah agama fitrah yang meraikan keperluan dan kemampuan umat manusia termasuk anugerah Eidilfitri yang sedang kita sambut pada hari ini setelah sebulan menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadhan yang baru lalu. Oleh itu perayaan dalam Islam mempunyai cara yang tertentu bagi memastikan sambutannya sentiasa berada dalam suasana ibadat termasuk ianya disambut dengan laungan tasbih, tahmid serta takbir oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa dan bahasa, adat dan tempat sebagai tanda syukur dan kemenangan. Laungan takbir membesarkan Allah tidak bermakna jika kita terus menjadi hamba kepada nafsu. Laungan tasbih menyucikan Allah tidak berharga jika umat Islam sendiri menyekutukan Allah walau pun bukan pada menyembah berhala tetapi menjadi pemuja dan pengamal kepada ideology dan system yang bercanggah dengan Islam. Laungan tahmid memuji Allah tidak bernilai jika umat Islam hanya tahu mengucapnya dimulut tetapi dari segi tindakannya banyak bercanggah daripada apa yang disuruh oleh Allah. Apakah erti laungan kemenangan yang diucapkan samada kerana tidak perlu lagi berpuasa dengan berlalunya Ramadhan atau kita benar-benar menghayati laungan itu sebagai tanda syukur kepada Allah kerana telah memberi peluang kepada kita untuk menghidupkan sebulan Ramadhan dengan amalan soleh sehingga terdidiknya nafsu serta bertambahnya ikatan diri kita dengan Allah bagi membolehkan kita lahir sebagai umat yang bertaqwa dan diredhai oleh Allah didunia dan akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Kegembiraan menyambut Eidil Fitri, jangan melupakan kita kepada proses tarbiah yang begitu berharga yang diterima sepanjang Ramadhan lalu. Jadikan diri kita sebagai umat yang sentiasa jinak dan sayang kepada masjid dengan terus menghidupkannya tanpa mengira waktu dan ketika agar kita menjadi salah satu daripada tujuh golongan yang bakal dipayungi oleh bayangan ‘Arasy Allah diakhirat nanti iaitu orang yang sentiasa terikat hatinya dengan masjid. Jadikan diri kita sebagai orang yang sentiasa ingat pada Allah di mana sahaja berada sebagaimana suatu pesanan daripada Sayyidina Umar al-Khottab : “ Lupakan urusan dunia ketika engkau berurusan dengan Tuhan (ketika beribadat khusus) dan jangan lupakan Allah ketika membuat urusan dunia”. Semangat Ramadhan juga sepatutnya menyemarakkan lagi jihad kita dalam melaksanakan seluruh system al-Quran dan jangan pula menjadikan kita sebagai umat yang menjauhi al-Quran sebagaimana diperingatkan oleh Allah melalui ayat 30 surah al-Furqan:
وقال الرسول يــرب إن قومي اتخذوا هذا القرءان مهجورا
Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
Menyedari tentang betapa pentingnya hubungan yang rapat antara kita dan al-Quran dan pelaksanaannya dalam mencapai kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat maka kita wajib menunaikan kewajipan kita terhadap al-Quran. Pertamanya kita mesti membaca al-Quran sehingga pandai. Keduanya kita mesti membaca al-Quran sehingga memahami isi kandungannya. Ketiganya kita mesti membaca al-Quran sehingga mampu menghafaz keseluruhan atau setakat yang termampu oleh kita. Keempatnya kita mesti membaca al-Quran sehingga dapat mengamalnya dalam kehidupan seharian. Kelimanya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu dimasyarakatkan. Keenamnya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu didaulatkan. Apabila umat Islam mampu melaksanakan segala tanggungjawab terhadap al-Quran maka kemenangan yang dijanjikan oleh Allah semakin dekat. Kejayaan sesuatu umat atau tamadun apabila hidupnya budaya ilmu disertai dengan pelaksanaan yang bersungguh. Kita umat Islam bakal meraih kejayaan dan kegemilangan sebagaimana sebelum ini apabila kembali membaca al-Quran dan melaksanakan seluruh sistemnya dalam kehidupan.
Seorang tokoh barat pernah mengangkat al-Quran dalam Parlimen Britain lalu mengatakan : “ Selagimana al-Quran itu berada di tangan umat Islam maka Eropah selama-lamanya tidak mampu menguasai negara Islam malah Eropah sendiri tidak akan berada dalam keadaan aman dan tenteram”. Jika barat mampu memahami kehebatan al-Quran maka apakah kita umat Islam masih was-was mengenainya?.

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Antara hikmat difardhukan puasa Ramadhan ialah untuk melemahkan hawa nafsu sehingga semangat jihad semakin kuat. Musuh Islam begitu memahami tentang cara terbaik dalam menghancurkan umat Islam antaranya dengan membangkitkan hawa nafsu sehingga umat Islam sikit demi sedikit akan menanggalkan pegangan agama serta menganggap Islam agama penyekat kebebasan. Yahudi berkata dalam protokol mereka : “ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”. Begitu juga kata pemimpin penjajah Kristian : “ Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”.
Musuh Islam bukan bercakap tanpa pelaksanaan di mana kini kita dapat lihat kerosakan golongan muda Islam semakin parah termasuk di negara kita sendiri. Kita terkejut apabila hasil kajian sekumpulan pensyarah sebuah universiti tempatan mendapati lebih 50 peratus masyarakat negara ini pernah berzina sebelum berkahwin. Kita tambah terkejut apabila kajian sekumpulan pelajar universiti tempatan mendapati 67 peratus pelajar sekolah rendah luar Bandar pernah melihat dan membaca bahan lucah ditambah pula dengan 91 peratus pelajar di bandar yang pernah menonton vcd lucah. Sedangkan dalam masa yang sama adanya laporan yang menunjukkan 100 ribu pelajar sekolah rendah seluruh negara yang tidak tahu kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Oleh itu kita wajib mengorak langkah dengan segera dalam memantapkan system pendidikan berteraskan Islam dengan melibatkan kerjasama semua pihak. Kita tidak mahu generasi muda terus hancur terutama dengan 2 penyakit utama iaitu dadah dan AIDS akibat kegagalan system yang banyak mengenepikan petunjuk al-Quran.
Kita pada hari ini sedang ditimpa bala daripada Allah sebagaimana sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:
يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ
Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah: [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat dalam menyemarakkan semangat jihad dan menambah keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi sebagaimana kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam dalam peperangan Ahzab atau Khandak. Ketika menyambut Syawal maka kita tidak lupa kepada 3 peperangan besar yang pernah berlaku di dalamnya. Pertamanya Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah. Keduanya Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal yang berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah. Peperangan ketiga pula ialah Peperangan Hunain yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah.
Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana ia bakal diraih atau dikenakan kepada sesiapa sahaja yang mencukupi syaratnya samada dari kalangan umat Islam atau kafir. Kebenaran Islam semata-mata tidak akan diberikan kemenangan jika umatnya tidak berusaha untuk memenuhi syarat kemenangan manakala kesesatan kuffar tetap diberi kemenangan mengalahkan umat Islam jika kuffar memenuhi syarat kemenangan. Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”.
Allah S.W.T juga mahu memberi pengajaran berharga di atas kekalahan yang diterima oleh umat Islam sebagaima firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :
إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين ءامنوا ويتخذ منكم شهداء والله لايحب الظــلمين
Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Kita mesti sama-sama berusaha dalam memenuhi syarat kemenangan terutama dalam melahirkan golongan pemuda yang memiliki 5 sifat penting iaitu [1] keimanan yang teguh, tidak goyah dan tidak rapuh [2] keikhlasan yang benar yang tidak mengenal pura-pura dan menunjuk-nunjuk [3] keazaman yang kuat tidak mengenal takut [4] amal yang berterusan tidak mengenal susah dan penat [5] pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal selain kemenangan atau gugur syahid
Yakinlah bahawa apabila kita telah memenuhi syarat kemenangan maka semakin dekatnya janji kemenangan daripada Allah S.W.T di mana kemenangan yang dianugerahkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menghantar ribut sebagaimana peperangan Ahzab. Sekuat mana pun musuh Islam namun tidak mampu melawan kehebatan dan kekuasaan Allah sebagaimana kita dapat lihat pada hari ini bagaimana kekuatan Amerika Syarikat yang mampu meranap Afghanistan dan Iraq dalam masa sekejap sedang ditimpa ribut dengan pelbagai nama samada Katrina, Rita, Wilma dan sebagainya yang menghancurkan banyak negeri dan bandarnya. Kecanggihan alat yang ada cuma mampu mengurangkan mangsa ribut tetapi tidak mampu menahan ribut tersebut. Oleh itu kita umat Islam mesti kembali merapatkan hubungan dengan Allah dengan menjauhi segala maksiat dan melaksanakan seluruh kewajipan agar kita menjadi umat kemenangan di dunia dan akhirat. Biar pelbagai halangan, cabaran, ujian yang mendatang namun Islam mesti didaulatkan. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walaupun selangkah. Biar bercerai nyawa daripada badan namun kesucian Islam tetap dipertahankan. Tidak barat dan tidak timur tetapi Islamlah menjadi asas kemajuan dan kemuliaan kita.
Firman Allah dalam ayat 25 dan 26 surah al-Taubah :
لقد نصركم الله فى مواطن كثيرة ويوم حنين إذ أعجبتكم كثرتكم فلم تغن عنكم شيئا وضاقت عليكم الأرض بما رحبت ثم وليتم مدبرين ثم أنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين وأنزل جنودا لم تروها وعذب الذين كفروا وذلك جزاء الكفرين
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :
وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون
Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Nikmat sihat dan keamanan yang kita rasai mestilah disyukuri dengan melakukan segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya agar kita tidak ditimpa dengan pelbagai bala berbentuk lapar termasuk kenaikan harga barang yang menyebabkan keperluan asas tidak mampu dibeli atau pun ketakutan akibat dikelilingi oleh masyarakat yang rosak yang menunggu peluang untuk menipu dan mencuri harta kita. Syukur juga dapat dilaksanakan dengan memberi bantuan yang sepatutnya kepada mangsa gempa bumi di Pakistan, mangsa peperangan di Irag, Afghanistan, Palestin dan selainnya. Kita juga wajib membantu saudara seagama yang sedang ditindas di Selatan Thailand disamping umat Islam di Indonesia yang semakin tertekan selepas serangan di Bali. Jika kerajaan Thailand bertindak ganas terhadap pengajian pondok di sana kini kerajaan Indonesia turut mengikut langkah tidak bertamadun dalam menyiasat pengajian pondok di negaranya. Sepatutnya umat Islam mempunyai pendirian yang tegas bukannya mengikut telunjuk barat dalam memerangi dan menekan saudara seagama. Ingatlah bahawa tunduknya kita pada musuh Islam tidak akan sama sekali memadamkan api permusuhan mereka terhadap umat Islam. Bukannya umat Islam yang menutup pintu perdamaian tetapi kuffar yang sentiasa menyemarakkan api permusuhan dan meneruskan penindasan.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

9. KHUTBAH EIDIL FITRI 1424H

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …فرمان الله دالم آية 55 سورة النور :
وعد الله الذين ءامنوا منكم وعملوا الصــلحــت ليستخلفنهم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذي ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدونني لايشركون بي شيئا ومن كفر بعد ذلك فأولئك هم الفـسقون
Maksudnya : Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi ini sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama Islam yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia juga akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka terus menyembahKu tanpa mempersekutukanKu dengan sesuatu pun. Dan sesiapa yang kufur engkar sesudah itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Eidil Fitri merupakan suatu anugerah istimewa daripada Allah kepada umat Islam setelah sebulan berpuasa Ramadhan. Umat Islam yang dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna bukan sahaja dapat merasai kegembiraan ketika berbuka malah semasa menyambut hari raya serta dijanjikan satu lagi kegembiraan yang begitu diharapkan iaitu apabila bertemu dengan Allah nanti. Oleh itu sambutlah ketibaan 1 Syawal dalam keadaan antara perasaan al-Raja’ iaitu begitu berharap agar segala amalan diterima oleh Allah S.W.T serta perasaan al-Khauf iaitu begitu gerun jika amalan kita ditolak oleh Allah S.W.T sehingga kedua-dua perasaan tadi dapat melahirkan diri kita sebagai hamba yang bertaqwa. Ketika bergembira menyambut hari raya maka kita turut merenung tentang adakah kita akan berjumpa lagi dengan tarbiah Ramadhan pada tahun depan atau sebaliknya. Jangan pula terlalu gembira dengan berlalunya Ramadhan sehingga kedatangan hari raya diisikan dengan maksiat seumpama banduan yang baru terlepas daripada menjalani hukuman yang menyiksakan. Kita perlu ingat bahawa iblis dan syaitan pun turut bergembira dengan berlalunya Ramadhan kerana mereka boleh bebas daripada ikatan Allah S.W.T dan akan membalas dendam untuk meneruskan kerja jahat mereka dalam merosak dan menyesatkan anak Adam.
Gunakanlah segala hasil tarbiah Ramadhan untuk menyemarakkan lagi semangat jihad dalam beribadat khusus dan bekerja sehingga kemuliaan dan kegemilangan umat Islam kembali diraih. Jangan sama sekali meninggal terus proses tarbiah Ramadhan sehingga kita termasuk dalam golongan yang hanya berpuasa dari segi tidak makan minum sahaja tetapi tidak berpuasa pada segala anggota yang sepatutnya sehingga ia merugikan kita bukan sahaja di dunia malah di akhirat nanti. Jangan biarkan masjid dan surau kosong, al-Quran tidak dibaca serta tidak pula diamalkan dalam kehidupan dengan berlalunya Ramadhan. Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi di mana sabda nabi yang bermaksud : Akan datang suatu zaman di mana tidak tersisa Islam kecualitinggal namanya sahaja, tidak tersisa daripada al-Quran kecuali tulisannya sahaja dan masjid-masjid mereka berdiri megah dan cantik tetapi jauh daripada petunjuk Allah S.W.T……..

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Taqwa itulah antara yang diperolehi oleh umat yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah. Maksud taqwa sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu. Oleh itu, hamba Allah yang bertaqwa sentiasa cermat dalam tindak tanduknya agar tidak terkena duri kemaksiatan atau kekufuran yang boleh merobek keimanannya. Umat bertaqwa adalah suatu umat yang mesti dilahirkan dalam sesebuah negara agar terhindarnya banyak masalah maksiat yang menempah bala dan kemurkaan Allah. Ingatlah kita kepada suatu pesanan Sayyidina Umar kepada para pemimpin yang dilantik : Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang taqwa tetapi dungu kerana itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna. Sehubungan dengan ini maka ilmu dan amal mesti selari, ilmu dan akhlak mesti sentiasa bersama, ilmu dan taqwa mesti bersatu dalam melahirkan manusia yang bijak dalam bertindak serta berhati dalam bergerak agar sentiasa bertepatan dengan kehendak syarak.
Masalah sosial dengan keruntuhan akhlak dan jenayah semakin banyak berlaku dalam masyarakat akibat memisahkan antara ilmu, amal, akhlak dan taqwa. Oleh itu sistem pendidikan yang ada mesti menekankan perkara ini dalam memastikan lahirnya umat yang berilmu tinggi dan berakhlak murni yang tertanam kukuh sifat taqwa dalam diri. Jangan terlalu mementingkan kejayaan akademik tanpa mengambil berat dengan ketinggian akhlak. Jangan terlalu menekankan kejayaan dalam mencari kekayaan dunia hasil pengajian tanpa memikirkan tentang bekalan akhirat yang sepatutnya lebih utama untuk ditingkatkan. Ingatlah kepada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda sebaliknya kekayaan yang sebenar ialah kaya jiwa (hati).

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Pendidikan merupakan suatu tugas yang bukan sahaja dilakukan oleh guru di sekolah malah ia mesti bermula dengan didikan ibubapa di rumah ditambah dengan sokongan seluruh masyarakat dalam memastikan suasana sekitar sentiasa selaras dengan kehendak agama sehingga anak-anak dapat menjalani proses tarbiah dengan baik dan jaya. Amat malangnya jika proses tarbiah diganggu seperti tekanan yang begitu teruk bagi sekolah agama rakyat manakala di sekolah kebangsaan pula bukan sahaja dikurangkan mata pelajaran agama malah adanya cadangan untuk menghapuskan terus pengajian agama pada sesi pagi untuk dijadikan pengajian agama secara asing pada waktu petang. Sepatutnya kerajaan berusaha bersungguh dalam melahirkan ulama’ profesional di sekolah agama rakyat dengan mengekalkan bantuan serta melahirkan golongan profesional ulama’ di sekolah asrama penuh terutama MRSM disamping menambahkan lagi mata pelajaran agama di sekolah kebangsaan serta melaksanakan setiap program selaras dengan Islam bukan mengenepikannya. Kita juga menyeru kepada pemimpin agar tidak mengganggu pengajian agama dengan mengikut telunjuk Amerika kerana umat Islam pernah kemerosotan dalam perkembangan ilmu semasa peperangan Salib sebelum ini di mana pihak penjajah mengembangkan ilmu mereka di Sepanyol sedangkan pusat ilmu Islam di Baghdad dan Syria dilanda peperangan. Oleh itu semua pihak bertanggungjawab untuk mengembangkan ilmu bukannya berusaha menyekatnya.
Jika dulu orang takut kepada rotan dalam hukum hudud tetapi sekarang ramai yang takut kepada hukum rotan di sekolah sedangkan hukuman rotan inilah yang telah berjaya melahirkan masyarakat berguna yang ada pada hari ini. Jangan disebabkan hasutan kebendaan sebagaimana berlaku dalam masyarakat barat yang mendedahkan guru kepada tindakan mahkamah oleh ibubapa yang menyebabkan usaha pendidikan terbantut. Bebaskan guru daripada sebarang tekanan serta bantulah mereka sehingga golongan ini mampu melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak tinggi. Sudah cukup dengan masalah yang sedia ada apabila pemimpin menghina ulama’ maka pelajar menderhaka guru, apabila pemimpin melabelkan sekolah agama rakyat sebagai sarang pengganas maka sekolah asrama penuh pilihan jadi pusat jenayah pelajar. Sedarlah kita bahawa apabila rakyat kaya akhlak maka kekayaan hasil negara akan dapat digunakan untuk kebaikan rakyat sebaliknya jika rakyat miskin akhlak menyebabkan kekayaan negara banyak dihabiskan untuk mengubati penyakit rakyat. Lihatlah bagaimana masalah dadah sahaja menyebabkan negara terpaksa mengeluarkan belanja 300 juta setahun bagi membiayai 28 buah pusat pemulihan seluruh negara setakat ini. Kita juga mengharapkan program Khidmat Negara yang baru diperkenalkan dapat digunakan sebaik mungkin dalam melahirkan warganegara soleh yang mempunyai jati diri tinggi dan faham agama bukannya ia bakal meneruskan kegagalan program Rakan Muda sebelum ini yang banyak melahirkan warganegara serba boleh dalam melakukan maksiat sehingga membazirkan lebih 14 juta wang rakyat setahun.

Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Umat Islam mesti menghidupkan budaya ilmu dalam kehidupan seharian sejajar dengan perintah Allah dan rasulNya agar keimanan kita bertambah mantap serta mampu bersaing dalam mencapai ketinggian tamadun. Kita perlu sedar bagaimana terlalu kuatnya pengaruh dalam merosakkan umat Islam dari pelbagai sudut ditambah dengan tindakan pemimpin yang lebih suka melihat masyarakat rosak serta tidak mempedulikan masalah negara dengan hanyut dalam hiburan yang melalaikan. Kita dapat melihat bagaimana pelbagai program maksiat begitu mudah diluluskan sedangkan program dalam meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab agama terlalu ketat dijaga ditambah dengan tindakan merampas masjid dan ada pula surau yang dirobohkan. Pemimpin lebih suka melihat lahirnya lebih ramai golongan yang tidak begitu berpegang kepada agama malah ragu-ragu terhadap agama sendiri seperti yang disifatkan oleh Allah melalui firmanNya dalam ayat 143 surah an-Nisa’ :
مذبذبين بين ذلك لآ إلى هــؤلاء ولآ إلى هــؤلاء ومن يضلل الله فلن تجد له سبيلا
Maksudnya : Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman) dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
Akhirnya timbul orang yang mempertikaikan masalah arahan bertudung sebagai suatu paksaan sedangkan pengharaman bertudung semasa bertugas kepada anggota wanita Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta arahan larangan memakai tudung labuh kepada pelajar MRSM dan Kolej MARA tidak dikatakan paksaan. Begitu juga larangan berjubah dan serban ke pejabat tidak dikira paksaan. Tafsiran paksaan hanya untuk arahan supaya pakai tidak pada larangan daripada pakai. Golongan ini akan melihat setiap arahan wahyu adalah paksaan manakala arahan nafsu adalah suatu yang patut diterima atas nama kebebasan.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang dilaungkan bersama meyakinkan lagi kepada kita semua bahawa umat Islam mampu kembali bersatu di bawah panji Islam sebagaimana kita diasuh menyembah Allah yang satu, mengadap ke arah qiblat yang satu, membaca dan mengamalkan al-Quran yang satu dan kini kita semua berusaha untuk melaksanakan seluruh sistem Islam yang satu dengan menolak sebarang sistem ciptaan manusia yang sesat dan buntu. Bukan suatu yang salah jika umat Islam negara ini mahu mengembalikan semula pelaksanaan seluruh sistem Islam dalam negara memandangkan negara ini asalnya adalah negara Islam tetapi telah dimurtadkan perlembagaannya oleh penjajah dan diteruskan oleh anak didik mereka. Kesan besar dengan murtadnya perlembagaan negara telah menyebabkan sebarang usaha untuk melaksanakan sistem Islam yang bercanggah dengan perlembagaan negara dianggap salah walau pun negara ini didakwa sebagai negara Islam contoh. Sebab itulah kita begitu kecewa apabila adanya umat Islam sanggup mencemar kesucian Ramadhan lalu dengan mencabar enakmen Hudud dan Qisas Terengganu atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara bukannya disebabkan ia bercanggah dengan hukuman Allah. Orang bukan Islam pun tidak berani melakukannya tetapi ia sanggup dilakukan oleh umat Islam yang mendakwa mahu menjaga hak awam sedangkan banyak pencabulan terhadap sistem kehakiman negara selama ini tidak pula dicabar. Sebenarnya orang ini telah ketinggalan zaman di mana kini perundangan Islam turut diiktiraf keunggulannya oleh Badan Undang-undang Dunia yang dianggotai oleh orang bukan Islam. Malah dari segi keadilannya dapat kita lihat contoh pelaksanaannya di Arab Saudi yang telah membawa kepada peratus jenayah di negara itu paling rendah di dunia. Dalam tempoh 25 tahun pemerintahan Malik Abdul Aziz hanya 16 orang dipotong tangan dan dari tahun 1967 hingga 1987 iaitu 20 tahun hanya seorang wanita yang telah kahwin dihukum rejam kerana berzina. Jika dilihat kepada angka pesalah yang dijatuhkan hukuman maka ia jauh lebih kecil berbanding jenayah dalam negara kita.
Kita turut dikejutkan dengan tindakan beberapa orang yang terlibat dengan jaran sesat cuba menggunakan peruntukan kebebasan agama yang dijamin oleh Perlembagaan Negara untuk mereka mendakwa bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa dalam mendakwa tindakan seseorang untuk murtad daripada Islam. Betapa hinanya kedudukan Islam di bawah perlembagaan yang telah dimurtadkan oleh penjajah ini. Ingatlah bahawa Allah S.W.T memuliakan kita apabila melaksanakan Islam dalam kehidupan dan kita terus menjadi umat yang hina selagi meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh.

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya. Ia bagaikan suatu arahan agar terus mengingati bagaimana kemenangan tentera Islam ke atas tentera bersekutu kuffar pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah. Semoga dengan laungan kalimah ini yang sentiasa diulang dapat menyemarakkan semangat jihad dan menambah keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi serta yakinlah bahawa tiada suatu pun kuasa besar yang kekal berkuasa di atas muka bumi ini melainkan kuasa Allah.
Firman Allah dalam ayat 10-11 surah Muhammad :
أفلم يسيروا فى الأرض فينظروا كيف كان عــقبة الذين من قبلهم دمر الله عليهم وللكــفرين أمثــلها ذلك بأن الله مولى الذين ءامنوا وأن الكــفرين لامولى لهم
Maksudnya : Adakah mereka tidak melakukan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat perhatikan bagaimana akibat yang menimpa orang-orang sebelum mereka di mana Allah telah membinasakan mereka dan bagi orang-orang kafir itu akan menerima akibat seperti itu. Demikian itu dengan sebab Allah menjadi pelindung orang-orang yang beriman sedangkan orang-orang kafir tidak mempunyai pelindung bagi mereka.
Kita ingat bagaimana sekuat-kuat Namrud hanya dihancur dengan nyamuk. Begitu juga sehebat-hebat Firaun ditenggelamkan di tengah laut Merah. Segagah-gagah kerajaan musyrikin Mekah akhirnya jatuh dengan mudah dalam peristiwa Pembukaan Kota Mekah. Semegah-megah kerajaan Kristian Rom dan Majusi Parsi akhirnya tunduk kepada tentera Islam yang dianggap kecil. Malah sejarah turut merakamkan bagaimana tentera Tartar Monggol yang terkenal dengan ganas dan zalim sehingga menawan hampir keseluruhan wilayah umat Islam serta berakhirnya kerajaan Abbasiyah Baghdad di mana dunia Islam pada masa itu merasakan sudah tiada peluang lagi untuk menang. Sebaliknya Allah tetap mendatangkan kemenangan kepada Islam apabila Kerajaan Mamalik Mesir yang diketuai Sultan Saifudin Qutuz bukan sahaja tidak gentar dengan ugutan tentera Tartar Monggol malah mara sehingga meletusnya peperangan di ‘Ain Jalut, Palestin pada 25 Ramadhan 658 Hijrah yang telah menyaksikan bagaimana tentera musuh kalah teruk. Apa yang lebih menarik ialah tentera Tartar Monggol selepas itu telah memeluk Islam dan menjadi sebuah kerajaan Islam yang hebat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Melihat kepada perjalanan sejarah yang diperkukuhkan lagi dengan amaran Allah maka tidak mustahil kuasa besar dunia hari ini iaitu Amerika serta zionis yahudi akan hancur. Dunia menyaksikan bagaimana tentera Amerika sedang dikuburkan di Afghanistan dan Iraq di mana serangan meningkat pada Ramadhan yang baru lalu. Ini ditambah dengan masalah kebakaran lebih 3000 km persegi di California, Amerika yang menyebabkan lebih 100 ribu penduduknya terpaksa lari mencari perlindungan. Amerika tidak mustahil akan menerima nasib sebagaimana kuasa komunis Soviet Union sebelum ini yang jatuh menyembah bumi di tangan mujahidin Afghanistan. Malah dari segi moral juga zionis yahudi yang merupakan dalang keganasan serta Amerika sebagai pelaksana keganasan dilihat oleh dunia termasuk penduduk Eropah sebagai ancaman utama kepada keamanan dunia. Walau pun menguasai media massa dunia sehingga ia digunakan semaksima mungkin dalam menuduh Islam sebagai pengganas namun zionis yahudi tidak mampu menutup kezaliman dan kebiadapan mereka. Dunia bagaikan bergerak secara serentak dalam membenci zionis yahudi sehingga bangsa yang terkenal dengan sikap suka memperkudakan orang lain untuk melakukan keganasan demi mencapai takhta dan harta telah merasai bahang bahawa dunia sudah bersedia memerangi zionis yahudi walau pun mereka menguasai ekonomi dunia.
Akibat kebencian disebabkan keganasan mereka turut menyaksikan bagaimana yahudi, Amerika, Britain dan sekutu mereka menjadi sasaran umat yang tertindas sehingga sanggup melakukan apa sahaja sehingga berlakunya serangan berani mati di Riyadh, Arab Saudi dan dua serangan di Turki ke atas tempat kepentingan mereka. Oleh itu zionis yahudi, Amerika dan sekutu mereka mesti menghentikan segera sebarang bentuk keganasan demi mengembalikan semula keamanan dunia.
Firman Allah dalam ayat 26 surah Ali ‘Imran :
قل اللهم مــلك الملك تؤتى الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء وتعز من تشاء وتذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شيء قدير
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ





KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….فرمان الله تعالى دالم أية 38 سورة محمد :
هــأنتم هؤلاء تدعون لتنفقوا فى سبيل الله فمنكم من يبخل ومن يبخل فإنما يبخل عن نفسه والله الغني وأنتم الفقراء وإن تتولوا يستبدل قوما غيركم ثم لايكونوا أمـثلكم
Maksudnya : Ingatlah bahawa kamu ini merupakan orang-orang yang diseru agar menafkahkan hartamu pada jalan Allah. Maka ada di antara kamu orang yang bakhil dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanya bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu merupakan orang fakir yang memerlukan pertolonganNya dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantimu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan bersikap seperti kamu ini.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Tarbiah melalui zakat selain menyucikan harta maka ia bertujuan menghilangkan sikap terlalu cintakan harta dan menanam sifat suka membantu saudara yang lain. Apabila harta sendiri turut diagihkan kepada orang lain menyebbakan perasaan mahu mengambil harta orang lain tanpa hak dapat dihindar. Ini dapat mengurangkan umat yang boleh dijual beli seperti binatang ternakan melalui amalan rasuah yang membawa kepada kehancuran negara. Kita mengharapkan kepimpinan negara yang baru dapat membersihkan nama negara yang didakwa negara Islam contoh yang kini berada ditangga ke-33 dalam senarai negara paling teruk mengamalkan rasuah. Negara juga mesti dibersihkan daripada terus mengaut keuntungan mudah hasil perniagaan judi dan arak yang merupakan perniagaan yang cepat untung tetapi tidak bermoral. Amalan judi sahaja menyaksikan bagaimana 8 bilion ringgit dihabiskan di meja judi manakala penggguna arak di negara ini berada ditangga ke-10 yang terbesar didunia. Perniagaan ini hanya menjanjikan keuntungan tetapi tidak memberi manfaat terutama kepada umat Islam dan rakyat malah menambahkan masalah sosial. Kita terlalu bimbang jika kapitalis yahudi boleh menguasai kepimpinan Amerika dengan kekuatan ekonomi mereka maka pimpinan negara ini boleh menjadi hamba suruhan kepada tauke arak dan judi sehingga banyak hak rakyat apatah lagi agama diketepikan jika terus menyuburkan perniagaan yang tidak bermoral itu.
Selain itu seluruh negara umat Islam perlu memperkasakan kekuatan ekonomi memandangkan dari 57 negara di bawah OIC kebanyakannya kaya dengan hasil bumi. Dunia Islam sentiasa berharap agar OIC dapat menjadi badan yang bertindak cekap bukannya badan setakat melihat terutama ketua-ketua negara OIC baru selesai bersidang di Putrajaya baru-baru ini yang menelan belanja lebih 500 juta ringgit. OIC perlu sedar bagaimana tekanan musuh terutama yahudi begitu kuat antaranya mereka bertindak membekukan aset umat Islam yang dituduh pengganas, kezaliman yang terus berlangsung di Palestin, Iraq dan selainnya serta tekanan terhadap Iran, Syria dan Lubnan. Oleh itu kembalikan semua negara OIC kepada dasar Islam sehingga wujudnya semula kekuatan umat dalam menghadapi sebarang cabaran musuh. Jangan terus menjadikan kuffar sebagai pasaraya umat Islam sehingga kita bukan sahaja tidak mampu berdikari malah terus menjadi mangsa penindasan. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُُ
Semoga kedatangan eidil fitri kali ini menambahkan kebahagian kepada seluruh umat Islam. Dalam berhari raya jangan cuba cemarinya dengan maksiat. Cuba jaga adab Islam dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan serta elakkan daripada membazir. Disamping itu rebutlah juga peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda Rasulullah s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ