خطبة فرتام
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ ........ فرمان الله تعالى دالم أية 78 سورة الحجّ :
وجــهدوا فى الله حق جهاده هو اجتبـئكم وماجعل عليكم فى الدين من حرج ملة أبيكم إبرهيم هو سمــكم المسلمين من قبل وفى هذا ليكون الرسول شهيدا عليكم وتكونوا شهداء على الناس فأقيموا الصلوة وءاتوا الزكوة واعتصموا بالله هو مولئكم فنعم المولى ونعم النصير
Maksudnya : Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan bagi kamu dalam agama itu suatu kesulitan. Ikutilah agama orang tuamu nabi Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu dan begitu pula dalam al-Quran ini supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong
Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Ketibaan Eidul Adha buat sekian kalinya disambut dengan laungan tahmid memuji Allah dan laungan takbir membesarkan Allah oleh seluruh umat Islam tidak kira di mana mereka berada. Keindahan Islam nampak lebih terserlah dengan anugerah hari raya kepada umatnya di dalam memupuk rasa kasih sayang dan semangat perpaduan. Jika kedatangan Eidil Fitri pada bulan Syawal yang baru lalu selepas selesai umat Islam menunaikan ibadat khusus puasa Ramadhan maka kedatangan Eidil Adha pula selepas umat Islam yang tidak menunaikan fardhu haji disunatkan berpuasa sunat hari Arafah disamping digalakkan pula untuk melakukan ibadat korban pada hari raya pertama dan seterusnya pada hari-hari tasyriq. Jika sebelum solat sunat hari raya Eidil Fitri baru-baru ini kita diwajibkan menunaikan zakat fitrah bagi diagihkan kepada asnaf yang memerlukan bantuan manakala dalam menyambut Eidil Adha pula kita digalakkan melakukan ibadat korban selepas solat hari raya di mana dagingnya disedekahkan kepada saudara kita yang memerlukannya. Setelah kita perhatikan dengan teliti bagaimana anugerah kedua-dua hari raya ini bukan semata-mata untuk bergembira sebaliknya mempunyai 2 matlamat yang lebih besar iaitu merapatkan ikatan perhubungan kehambaan terhadap Allah dan seterusnya merapatkan ikatan kasih sayang sesama insan.
Sifat kehambaan dan perpaduan lebih dirasai bagi jemaah haji di Mekah terutama ketika sama-sama berkumpul di padang Arafah. Budaya cintakan ilmu dan semangat perpaduan sentiasa dihidupkan oleh Islam terutama sehari dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat maka umat Islam dikumpulkan untuk mendengar khutbah dan solat Jumaat berjemaah, 2 kali dalam setahun pula umat Islam dikumpulkan untuk menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup umat Islam yang berkemampuan untuk mengerjakan haji dikumpulkan di padang Arafah untuk solat berjemaah dan mendengar khutbah. Amat malang jika umat Islam masih gagal menghayati keindahan Islam melaluinya serta hanya merasai perasaan taqwa kepada Allah ketika ibadat khusus sahaja seperti sembahyang, puasa sedangkan tidak takut kepada Allah ketika berurusan di pejabat, berurus niaga di pasar, bergaul dengan manusia akibat dihidapi pegangan sesat sekulerisme yang memisahkan agama dan urusan keduniaan.
الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد
فرمان الله دالم أية 103 هيغك 107 سورة الصافات
فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين إن هذا لهو البلؤا المبين وفدينه بذبح عظيم
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.
Ayat ini memberi pengajaran yang besar kepada kita bagaimana erti keyakinan dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar. Keyakinan yang mendalam dan pengorbanan yang berharga kerana Allah tidak akan dimiliki tanpa ilmu dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah. Ia semestinya dicontohi oleh kita semua terutama dalam menyatukan kembali umat Islam di bawah satu sistem hidup iaitu Islam. Perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam bukan disebabkan kebenaran Islam tetapi akibat kedegilan sesetengah umat Islam yang jahil tentang ajaran Islam yang menyeluruh untuk tunduk kepada seluruh sistem Islam. Akhirnya timbulnya suatu pertembungan antara pemimpin dan mereka yang jahil dengan golongan rakyat yang berilmu dan faham agama di mana kedua belah pihak saling berkorban demi memenuhi antara tuntutan nafsu dengan tuntutan agama. Golongan pemimpin lebih suka melaungkan agar rakyat mengejar kemewahan dunia dengan cuba melenyapkan panduan agama dalam masalah halal haram yang menyebabkan golongan faham agama yang ikhlas memperjuangkan Islam bangun memberi peringatan agar pemimpin dan rakyat mesti lebih mengejar akhirat tanpa melupakan kemewahan dunia. Ini antara sebab yang membawa kepada perpecahan tetapi jika kita perhatikan kepada puncanya maka Islam telah memberi ubat penawar dalam menangani masalah ini iaitu dengan mematikan hawa nafsu yang meminta agar terlalu mengejar dunia sehingga melupakan kita kepada hari akhirat tempat kembalinya kita. Apa untungnya kita mengorbankan hari akhirat kita kerana terlalu terpesona dengan godaan dunia yang menyebabkan kita akan sesal yang tidak berkesudahan apabila bertemu Allah di akhirat nanti. Ingatlah sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Jabir :
قَالَ الرَّسُوْلُ : إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي الَهَوى وَطُوْلُ الأمَلِ فَأَمَّا الَهَوى فَيَصُدُّ عَنِ الحَقِّ وَأَمَّا طُوْلُ الأمَلِ فَيُنْسِئُ الآخِرَةَ وَهذِهِ الدُّنْيَا مُرْتَحِلَةٌ ذَاهِبَةٌ وَهذِهِ الآخِرَةُ مُرْتَحِلَةٌ قَادِمَةٌ وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِّنْهُمَا بَنُوْنَ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاتَكُوْنُوْا مِنْ بَنِي الدُّنْيَا فَافْعَلُوْا فَإِنَّكُمُ اليَوْمَ فِى دَارِ العَمَلِ وَلاحِسَابَ وَأَنْتُمْ غَدًا فِى دَارِ الآخِرَةِ وَلاعَمَلََ
Maksudnya : Sesungguhnya perkara yang sangat aku bimbang terrhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita-cita. Ini adalah kerana hawa nafsu itu menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang cita-cita pula akan melupakan hari akhirat. Ingatlah bahawa dunia ini pada setiap saatnya berlalu pergi dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang sedangkan setiap satu-satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya. Jika kamu mampu agar tidak menjadi hamba dunia maka lakukanlah kerana kamu pada hari ini berada di kampung dunia yang ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab sedangkan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tiada lagi peluang bagi berbuat sebarang amal.
Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Islam merupakan agama langit yang menggalakkan kepada kemajuan berdasarkan wahyu bukannya hawa nafsu. Kemajuan dan kemewahan dunia sepatutnya ditafsir mengikut kehendak Islam bersumberkan wahyu bukannya mengikut fahaman kebendaan bersumberkan nafsu. Umat Islam dilarang terlalu mengagungkan tamadun kebendaan barat yang hanya berjaya pada kebendaannya tetapi gagal dalam masalah rohani atau kemanusiaannya yang menyebabkan lahirnya manusia pengganas yang bergerak atas nafsu dan dendam dalam menguasai antara satu sama lain. Barat mengakui kegagalan mereka dalam membina jiwa manusia akibat menafikan peranan agama dalam pembinaan tamadun bersepadu. Oleh itu nilai Islam dan ilmu agama jangan dilihat dari sudut kebendaan semata-mata tetapi ia mesti dilihat dari sudut peranannya yang lebih penting iaitu dalam dalam membina tamadun rohani yang mampu menjanjikan kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Adalah amat malang apabila pemimpin sanggup memerangi habis-habisan sekolah agama rakyat sedangkan ia telah banyak menabur jasa semenjak sebelum merdeka lagi. Tindakan ini atas alasan bahawa pengajian agama tidak menjamin masa depan dan tidak membantu dalam memajukan negara sedangkan masalah pengangguran, jenayah dan sosial yang semakin meningkat bukan disebabkan pengajian agama. Kerja bagi pelajar agama memang terhad jika pemimpin terus bertindak sebagaimana penjajah dengan menutup rapat ruang kepada golongan agama dalam memberi khidmat kepada masyarakat secara rasmi serta mahu melihat golongan agama hanya berperanan sebagaimana paderi Kristian atau sami Budha dan Hindu yang terbatas dalam bab ibadat khusus, nikah kahwin, tukang baca doa sahaja. Kerja kepada golongan agama juga semakin banyak jika pemimpin mahu melaksanakan seluruh system Islam dalam negara terutama pakar perundangan Islam dalam melaksanakan hokum hudud dan qisas, pakar ekonomi Islam, perawat penyakit sosial, pendakwah dalam mengembalikan semula ribuan umat Islam yang telah murtad serta perluasan dakwah kepada orang bukan Islam sehingga kita tidak lagi bermusuh dengan orang Cina dan India apabila semakin ramai daripada kalangan mereka telah memeluk Islam. Jika penghapusan jawi sebelum ini telah melahirkan rakyat buta al-Quran dan agama apatah lagi jika hancurnya sekolah agama. Kita peringatkan pemimpin bahawa jika pakar ilmu moden seperti kedoktoran, kejuteraan dan sebagainya dianggap berjasa kerana berjaya membangunkan tamadun kebendaan maka pakar ilmu agama lebih berjasa kerana berjaya membina tamadun rohani dan membantu dalam menunjukkan cara yang betul dalam menghidupkan tamadun kebendaan. Ingatlah kita bagaimana dengan adanya golongan faham agama yang soleh yang sentiasa menyuruh kepada makruf dan menegah daripada kemungkaran telah membawa kepada amannya negara daripada bala yang besar seperti peperangan dan sebagainya sebagaimana firman Allah dalam ayat 117 surah Huud :
وماكان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون
Maksudnya : Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan sesebuah negeri dengan zalim sedangkan ada penduduknya yang memperbetulkan keburukan di kalangan mereka
الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد
Kita perlu sedar sebelum terlambat bahawa setiap tindakan pemimpin dalam melawan Islam atas alasan kemajuan dan perpaduan hanyalah pembohongan semata-mata. Sebenarnya pemimpin mahu menjadikan negara ini sebagaimana Turki iaitu sekuler penuh. Pemimpin hanya menerima agama apabila menguntungkan mereka tetapi akan melawan habisan-habisan jika merugikan kedudukan mereka. Pemimpin membina alasan berdasarkan akal agar setiap tindakan mereka dalam menghancurkan peranan agama diterima oleh rakyat jelata termasuk menggunakan golongan agama yang mudah ditipu atau sanggup menjadi alat kepada nafsu pemimpin. Golongan yang jahil ini tidak sanggup melaksanakan sistem Islam yang jelas bercanggah dengan fahaman mereka tetapi lebih rela menerima pakai sistem ciptaan manusia dalam menggerakkan perjalanan kepada pentadbiran, perundangan, ekonomi, sosial dan sistem kehidupan yang lain seperti menggunakan sistem sosialis, kapitalis yang dikuasai fahaman sekulerisme iaitu pemisahan antara agama dan urusan hidup di mana pelaksanaannya diubah mengikut kesesuaian tempat. Jika di Turki yang dijadikan negara sekuler penuh telah mengharamkan pemakaian kopiah maka kita disini baru memulakan pengharamannya di tempat tertentu. Jika di Turki diharamkan pemakaian tudung tetapi kita di sini baru bermula di hotel contohnya dan diikuti dengan serangan saraf bahawa bertudung atau tidak bertudung tidak menunjukkan baik dan buruknya seseorang serta dakwaan bahawa orang arab bertudung kerana banyaknya debu di sana. Jika di Turki dilarang terus memakai serban tetapi di sini hanya diserang bahawa pemakaian serban menyebabkan lembab otak yang membawa kepada tidak betulnya ilmu pemakainya. Jika di Turki telah lama menutup sekolah agama dan penghapusan bahasa Arab maka di sini baru bermula dengan diperangi sekolah agama. Jika di Turki telah lama dihapuskan nama Islam maka di sini telah berlangsung usahanya walau pun ditahan oleh Majlis Raja-raja Melayu. Oleh itu sebelum agama digadai maka kita sebagai mereka yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya wajib bangun menentang tindakan yang tidak bertamadun ini agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Sanggupkah kita melihat anak-anak kita sebagai generasi akan datang akan hidup dalam sebuah negara sekuler yang bebas melakukan apa sahaja melainkan mengamalkan cara hidup Islam sebagaimana dialami oleh rakyat Turki. Pemimpin boleh memberi seribu alasan tetapi hakikatnya mereka adalah pengkhianat agama yang rela melihat agama diperangi daripada melihat ideologi sekulerisme mereka dikuburkan. Jangan biarkan lahirnya Mustafa Kamal at-Tartuk Laknatullah yang kedua dalam negara ini. Cukuplah dengan penderitaan umat Islam sedunia selepas hilangnya sistem khilafah akibat terpedaya dengan hasutan sekulerisme bawaan Mustafa Kamal at-Tartuk.
Seorang sarjana Islam ( Mustafa Muhammad ) telah menulis bagaimana perancangan dan pergerakan licik yang digunakan oleh Mustafa Kamal at-Tartuk laknatullah dalam meruntuhkan khilafah Islamiah dan seterusnya membina sebuah negara sekuler di Turki dengan ungkapannya :
“ Sesungguhnya Mustafa Kamal telah menyelinap masuk ke dalam pemikiran orang ramai secara sembunyi dalam mencapai matlamatnya di mana pemikirannya meresap secara beransur-ansur dari masa ke semasa. Maka dia pada suatu peringkat beralasan mahu menyatukan negara dan menghalau keluar perampas yang menjajah..Dan ketika para pembantunya memberi syarat kepadanya agar dia tidak menyentuh kedudukan institusi Khilafah sebagai balasan daripada sokongan mereka kepadanya lalu dia menegaskan dengan bersungguh-sungguh bahawa dia akan berpegang teguh dengan permintaan itu…Kemudian kita melihat dia mula memisahkan kekuasaan daripada Khilafah..dan kemudian kita melihat pula bagaimana dia menghapuskan sepenuhnya institusi Khilafah..Dan akhirnya dia mengistiharkan pula penubuhan sebuah Republik dan menyeru secara terang-terangan kepada sekulerisme dan penghapusan Islam. Perlu diingat bagaimana pada setiap peringkat itu dia sentiasa menggunakan ahli fikir yang bersesuaian dengan peringkat yang dilalui itu. ..Dan suatu perkara yang biasa dilihat bagaimana Mustafa Kamal mempergunakan para ulama’ di dalam setiap peringkat yang berbeza itu sehingga berjaya mengaburi mata umum tentang perancangan jahatnya dalam menjatuhkan Khilafah Islamiah dan seterusnya menubuhkan negara Turki sekuler ”
Oleh itu berwaspadalah kita agar kita tidak menjadi mangsa kerakusan pemimpin yang telah lama berusaha agar negara ini menjadi sekuler penuh. Umat Islam yang benar-benar yakin kepada Islam tidak akan dipatuk di tempat yang sama oleh musuhnya.
Firman Allah dalam ayat 186 surah Ali ‘Imran :
لتبلون فى أمولكم وأنفسكم ولتسمعن من الذين أوتوا الكتب من قبلكم ومن الذين أشركوا أذى كثيرا وإن تصبروا وتتقوا فإن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya : Kamu benar-benar akan diuji pada hartamu dan dirimu. Dan juga kamu benar-benar akan mendengar daripada mereka yang diberikan Kitab sebelum kamu dan daripada mereka yang menyekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….فرمان الله تعالى دالم أية 64 سورة آل عمران :
قل يــأهل الكتـب تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبينكم ألا نعبد إلا الله ولانشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله فإن تولوا فقولوا اشهدوا بأنا مسلمون
Maksudnya : Katakanlah : “ Wahai ahli kitab! Marilah berpegang kepada suatu kalimah ketetapan yang tiada perselisihan antara kami dan kamu di mana kita tidak akan menyembah kecuali Allah dan kita tidak pula menyekutukanNya dengan sesuatu pun dan tidak juga sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling maka katakanlah : “ Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri kepada Allah “.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Islam adalah agama yang menitik beratkan keamanan dan perpaduan bukannya agama yang menggalakkan keganasan sebagaimana yang dituduh oleh kuffar. Islam sentiasa membuka ruang yang seluasnya kepada umatnya dan bukan Islam untuk mencari kata sepakat dalam membina perpaduan. Beberapa tahun sebelum terjadi peristiwa 11 September, dunia telah mendapat pemupukan dialog peradaban sekalipun tidak semua manusia mengikuti perkembangannya. Pada tahun 2001, di bawah pengesyoran pimpinan Iran, Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dialog peradaban. Malangnya zionis yahudi yang telah nampak bahawa usaha murni ini akan membolehkan Islam menang mudah dan tersebar dengan pesat yang boleh menyebabkan usaha yahudi untuk menguasai dunia tergugat telah melakukan serangan yang terancang dan kemudiannya menggelarkan Islam sebagai pengganas. Dunia perlu sedar bagaimana protokol zionis yahudi untuk menguasai dunia secara kekerasan telah menyebabkan dunia hari ini huru hara dan dicemari peperangan. Yahudi terus menghasut kuffar yang lain untuk menyerang umat Islam terutama di Afghanistan, India dan seterusnya cuba meranapkan Iraq demi memenuhi nafsu kapitalis yahudi yang menjadi kaya raya di atas sebarang peperangan yang diletuskan.
الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Jihad yang ada dalam Islam bukanlah untuk keganasan sebaliknya Islam hanya menggunakan kekuatan untuk maksud pertahanan diri atau menggerunkan musuh. Dalam Islam, persiapan perang mempunyai matlamat fi sabilillah. Ia bergerak dalam dua tujuan iaitu sama ada untuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh atau menghantar misi dakwah untuk menyebarkan Islam. Kedua-dua tujuan ini sangat jauh berbeza dengan melakukan persiapan lalu berperang, menyerang dan menjajah dengan tujuan mengembangkan tanah jajahan seterusnya mengaut hasil mahsul dari negara jajahan sebagaimana yang dilakukan oleh musuh Islam. Tiada istilah penjajahan dalam Islam sebaliknya apa yang ada ialah penyebaran keadilan Islam untuk dirasai oleh seluruh umat manusia di mana Islam lebih mengutamakan perdamaian daripada peperangan selagimana ruang damai masih ada. Peperangan hanya meletus apabila musuh Islam terus berkeras dalam melawan Islam atau menceroboh kesucian Islam. Ini jauh berbeza dengan kuffar yang sentiasa mencari jalan untuk berperang walau pun terpaksa merosakkan bumi dalam memastikan kuasa mereka bertahan demi mencapai keuntungan kebendaan semata-mata.
Firman Allah dalam ayat 61-62 surah al-Anfal :
وإن جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله إنه هو السميع العليم وإن يريدوا أن يخدعوك فإن حسبك الله هو الذي أيدك بنصره وبالمؤمنين
Maksudnya : Dan jika mereka cenderong kepada perdamaian maka cenderonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu maka sesungguhnya cukuplah Allah sebagai pelindungmu. Dialah(Allah) yang memperkuatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan mereka yang beriman.
Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Oleh itu dalam menghayati pengorbanan besar nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar serta anaknya nabi Ismail maka suatu sikap dalam melawan cabaran dunia mesti diambil. Perjuangkanlah seluruh sistem Islam agar negara kita dipenuhi ubat pencegah dan perawat penyakit sosial bukannya terus tunduk kepada sistem sesat penjajah yang membawa banyak penyakit daripada mencegahnya. Adakah suatu tindakan yang waras jika mahu menangani masalah arak dengan membina 27 kilang arak dalam negara. Adakah suatu yang wajar mahu memerangi pelacur dengan membuka lebih banyak kelab malam. Adakah suatu yang tepat mahu memerangi zina sedangkan cara pemakaian mendedah aurat digalakkan dan media massa sentiasa membangkitkan nafsu daripada memadamkannya. Adakah suatu yang bijak mahu menghapuskan AIDS dengan menambah pengedaran kondom. Inilah bahayanya apabila nafsu menjadi Tuhan dan akal menjadi panduan hidup mengatasi wahyu maka semuanya membawa kehancuran daripada membina keharmonian.
Sempena Eidul Adha ini kita disunatkan untuk melakukan ibadat korban. Sesiapa yang mampu maka tunaikanlah ibadat korban ketika ramai saudara seagama yang menjadi korban kekejaman pengganas kuffar seperti di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Gunakanlah peluang yang ada untuk menyembelih binatang korban ketika ramai saudara kita disembelih oleh kuffar durjana. Selamat hari raya Eidul Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Khamis, 17 Julai 2008
7. KHUTBAH EIDILFITRI 1425H
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :
إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين ءامنوا ويتخذ منكم شهداء والله لايحب الظــلمين
Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim
Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Kedatangan 1 Syawal disambut dengan laungan tasbih, tahmid serta takbir oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa dan bahasa, adat dan tempat sebagai tanda syukur dan kemenangan dalam menunaikan kewajipan puasa selama sebulan Ramadhan. Apabila kita memerhati nama Eidil Fitri itu sendiri maka ia mempunyai pengertian yang mendalam untuk sama-sama dihayati di mana makna Eid ialah kembali, perayaan atau ulang tahun. Manakala Fitr pula bermaksud berbuka atau makan minum di mana pada 1 Syawal maka seluruh umat Islam dikehendaki berbuka dan kita diharamkan berpuasa. Fitr juga membawa maksud fitrah atau tabiat semulajadi di mana apabila umat Islam menunaikan ibadat puasa sebulan Ramadhan ditambah pula dengan ibadat yang lain seperti solat terawih, membaca al-Quran, qiamullail, berdoa, bersedekah dan selainnya dengan penuh keinsafan dan keikhlasan kepada Allah S.W.T maka ini semua akan melebur dan membersihkan segala dosanya. Sehubungan dengan itu maka pada 1 Syawal, umat Islam akan kembali kepada fitrah sehingga keadaan diri mereka seolah-olah bersih seumpama bayi yang baru dilahirkan sesuai dengan matlamat ibadat puasa itu sendiri adalah untuk melahirkan umat bertaqwa. Laungan takbir kemenangan akan bermakna apabila hari raya dihidupkan dengan menjulang wahyu tetapi ia menjadi sia-sia apabila kita mencemarkan kembali diri kita yang suci bersih dengan maksiat akibat menjadi hamba tunggangan nafsu.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Ketika bergembira dalam menyambut Eidil Fitri, kita jangan sama sekali lupa dan mengenepikan tentang proses tarbiah yang begitu berharga yang diterima sepanjang Ramadhan di mana kita mengharapkan agar Allah menganugerahkan kepada kita penggandaan pahala dan pengampunan dosa yang dijanjikan bagi umat yang berjaya menunai dan menghidupkan Ramadhan dengan penuh keikhlasan. Anugerah yang berharga itu sepatutnya mendekatkan diri kita kepada Allah jika tidak dicemari dengan maksiat selepas berlalunya Ramadhan. Ketaqwaan dan kekuatan iman yang diraih hasil tarbiah Ramadhan turut melahirkan diri kita sebagai umat yang dijanjikan kemenangan oleh Allah yang berusaha mencari ketenangan hakiki bukannya hiburan melalaikan serta tidak mencampur-adukkan antara ibadat dan maksiat, dosa dan pahala, iman dan kufur, Islam dan jahiliah dalam system perjalanan hidup mereka.
Kekuatan iman terutama yang disuburkan melalui tarbiah Ramadhan akan memberi kesan yang begitu besar kepada sikap umat Islam sehingga kita tidak gentar dan takut kepada musuh yang berganda kerana kita hanya takut kepada dosa dan kemurkaan Allah sebagaimana pesanan Sayyidina Umar al-Khottab : “Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah”.
Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Kita yang mampu mengecap nikmat berpuasa dan berhariraya dalam keadaan aman daripada pencerobohan dan peperangan sepatutnya menggunakan 2 nikmat yang sentiasa dilupakan iaitu sihat dan lapang dengan menyuburkan ikatan kita dengan Allah dan sesama manusia. Kita terlalu bimbang apabila nikmat keamanan yang dianugerahkan oleh Allah disalahgunakan dengan mengenepikan syariat sehingga Islam dipandang hina dan akhlak rakyat runtuh sebagaimana di barat. Akibat umat Islam sendiri mengenepikan ajaran agama menyebabkan orang bukan Islam berani menghina Islam seperti kes menghina laungan azan yang dikatakan lebih hina daripada suara anjing, mencampurkan antara ayam dan babi serta arak menggunakan tin yang hampir sama dengan minuman ringan biasa. Fahaman kapitalis yang menguasai pemikiran turut menambahkan masalah yang ada apabila tv, radio lebih mengutamakan rancangan hiburan yang menguntungkan walau pun terpaksa mengorbankan akhlak rakyat sedangkan kuasa ini terletak pada kerajaan dengan kerjasama pihak terbabit bukannya membebankan ibubapa yang dipaksa untuk memantau rancangan yang ditonton oleh anak mereka. Akibat sudah diajar dengan hiburan yang melampau menyebabkan wujudnya golongan yang berani menyanggah pendapat mufti dalam kes tertentu. Disamping lahirnya masyarakat yang sanggup membazir kerana hiburan tetapi agak bakhil dalam perkara kebajikan. Fahaman kapitalis pada ekonomi dan sekuler pada politik turut menambah masalah sedia ada termasuk cadangan penambahan kilang arak di Johor dan membiaknya pusat judi serta kelab malam kerana keuntungan menjadi matlamat utama sedangkan akhlak rakyat diketepikan. Jangan biarkan musuh Islam bersorak di atas kehancuran generasi muda kita yang bakal memimpin negara. Kita wajib mencegah dengan kemampuan yang ada terhadap sebarang maksiat dan kesesatan yang melata agar kita tidak ditimpa bala dan laknat Allah sebagaimana sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud :
وَاللهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ المُنْكَرِ وَلَتَأْخُذُنَّ عَلَى يَدَيْ الظَّالِمِ وَلَتَأْطُرُنَّهُ عَلَى الحَقِّ أَطْرًا وَلَتَقْصُرُنَّهُ عَلَى الحَقِّ قَصْرًا أَوْ لَيَضْرِبَنَّ اللهُ بِقُلُوْبِ بَعْضِكُمْ عَلَى بَعْضٍ ثُمَّ لَيَلْعَنَنَّكُمْ كَمَا لَعَنَهُمْ
Maksudnya : Demi Allah, kamu mesti menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, memimpin tangan orang zalim, menunjukkan mereka kebenaran dan tetapkan mereka dalam kebenaran. (Jika tidak) Allah akan melaga-lagakan hati kamu kemudian Dia melaknat kamu sebagaimana Dia telah melaknat orang-orang terdahulu.
Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Keruntuhan akhlak yang begitu parah menyaksikan bagaimana kes dadah yang tidak terkawal sehingga ramai penagih terlibat dalam jenayah yang merbahaya termasuk pecah rumah, rogol dan curi besi yang bukan sahaja menyebabkan pelbagai pihak termasuk Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) kerugian malah mengancam nyawa orang ramai. Negara turut menyaksikan bagaimana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003 di mana anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan iaitu 30,978 orang. Manakala laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, sepanjang tahun 2002 dan 2003 seramai 13,734 kes pengidap HIV dan 2 269 pesakit AIDS telah direkodkan di negara ini di mana orang Melayu paling tinggi mengidapnya berbanding bangsa lain. Ini belum dikira kes rogol, samun, ragut, bunuh, pecah amanah dan jenayah-jenayah lain yang tidak mampu dibendung oleh perundangan negara yang telah lapuk dan ketinggalan zaman. Akhirnya rakyat nampak mewah tetapi takut dengan suasana sekeliling yang telah rosak. Kita tidak mahu melihat Islam Hadhari hanya tinggal slogan sedangkan kerajaan terus memberi racun yang merosakkan rakyat kemudian menghabiskan pula wang rakyat untuk mengubatinya. Kita mendesak agar kerajaan menambahkan mata pelajaran agama dan aktiviti tarbiah di semua peringkat pengajian serta menggunakan beberapa program tertentu seperti Kursus Biro Tatanegara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk melahirkan warganegara yang faham dan taat pada agama bukan setakat setia pada pemimpin dan negara. Rakyat yang kosong jiwanya daripada ruh Islam bakal merosakkan kemajuan yang dibina dan menggugat keamanan negara. Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :
وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون
Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat dalam menyemarakkan semangat jihad dan menambah keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi sebagaimana kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam dalam peperangan Ahzab atau Khandak. Ketika menyambut Syawal maka kita tidak lupa kepada 3 peperangan besar yang pernah berlaku di dalamnya. Pertamanya Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah di mana pada peringkat pertama, tentera Islam telah mencapai kemenangan. Malangnya pada peringkat kedua akibat keingkaran kumpulan pemanah terhadap arahan nabi menyebabkan tentera Islam menerima ujian kekalahan. Namun pada peringkat ketiga tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir Quraisy yang merancang menyerang Madinah membatalkan hasrat itu setelah mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah bersiap untuk menyerang balas.
Peperangan kedua ialah Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal yang berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah di mana Allah datangkan kemenangan kepada tentera Islam dengan ribut pasir yang menyebabkan tentera musuh berundur disamping berlakunya kacau-bilau di antara mereka apabila pengintip yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w berjaya memecah belahkan kepercayaan antara tentera Ahzab.
Peperangan ketiga pula ialah Peperangan Hunain yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah di mana tentera Islam hampir kalah pada peringkat pertama kerana sikap terlalu yakin akan menang dengan jumlah tentera yang ramai berbanding peperangan sebelum ini, pertautan hati dengan Allah begitu kurang kerana terlalu memikirkan harta rampasan perang yang bakal diperolehi disamping ramai di kalangan tentera ialah daripada golongan yang baru memeluk Islam di mana keimanan dan semangat jihad mereka masih lemah. Namun Allah tetap datangkan kemenangan pada peringkat kedua apabila masih ada tentera Islam yang tinggi semangat jihad serta pertautan hati mereka dengan Allah. Ketiga-tiga peperangan ini membawa pengajaran yang besar antaranya perlu kepada ilmu terutama dalam masalah jihad peperangan, kebijaksanaan dan ketaatan dalam kepimpinan serta ikatan kukuh dengan Allah. Usaha dalam menghentikan pengajian tentang jihad peperangan perlu ditentang memandang ia merupakan antara sumber pertahanan agar jihad tidak disalahgunakan sehingga memburukkan imej Islam serta jihad yang ditanam boleh menggerunkan musuh daripada terus menindas umat Islam sesuka hati sebagaimana seseorang yang belajar ilmu mempertahankan diri bukan bererti untuk memukul musuh tetapi untuk pesiapan jika berlaku sebarang kemungkinan buruk.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Kemeriahan sambutan Eidil Fitri tidak melupakan kita kepada saudara seagama yang sedang menderita ditindas dan dihina oleh musuh Islam. Kita mengecam dan mengutuk tindakan tidak bertamadun kerajaan Thailand yang membunuh 87 orang Islam dengan menembak dan melonggok para penunjuk perasaan dalam lori sehingga mereka mati kesesakan nafas pada 25 Oktober lalu di Tak Bai. Ia menambah luka umat Islam yang masih bersedih dengan pembunuhan lebih 100 orang umat Islam termasuk yang sedang beriktikaf di Masjid Kerisik, Fatani pada 28 April lepas. Kita mendesak agar pemimpin Malaysia selaku pengerusi OIC bertindak segera dalam menangani kekejaman anak buah zionis tersebut. Disamping itu kita turut mendesak agar dibebas atau dibicarakan tahanan ISA dengan segera sebagaimana kerajaan memberi pelepasan kepada pendatang tanpa izin.
Kita juga bersimpati dengan penderitaan saudara seagama di Afghanistan, Iraq yang terus bergolak selepas penjajahan kuffar durjana. Malah kemenangan Bush untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat memberi isyarat bahawa yahudi terus menaruh harapan kepadanya untuk melakukan kezaliman terutama terhadap penduduk Palestin. Kelemahan dari sudut kelengkapan senjata bukan bermakna Islam akan hancur malah mengikut perjalanan sejarah menunjukkan bagaimana Islam semakin dekat dengan kemenangan apabila tekanan terhadapnya semakin kuat. Begitulah yang berlaku di Palestin walau pun tanpa kekuatan senjata tetapi kebangkitan rakyat termasuk serangan berani mati hampir melumpuhkan ekonomi Israel serta membatalkan hasrat penghijrahan yahudi dari negara lain ke Israel. Yakinlah kita bahawa Allah mendatangkan kemenangan kepada umat Islam bukan dengan menang perang semata-mata tetapi ada juga musuh yang memeluk Islam sebagaimana tentera Tartar yang menakluk Baghdad. Malah tidak mustahil jika Amerika pun boleh jatuh melalui kebangkitan rakyat yang semakin ramai memeluk Islam terutama selepas peristiwa 11 September. Cuma yang menjadi kewajipan kepada kita ialah kembali hidup berlandaskan al-Quran sehingga keindahan Islam mampu menarik orang bukan Islam untuk memeluk atau tunduk kepada Islam. Jika kita sendiri jauh daripada Islam maka kita bukan sahaja tidak akan dianugerahkan dengan kemenangan malah semakin dekat kepada kehancuran.
Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal :
يـأيها النبي حرض المؤمنين على القتال إن يكن منكم عشرون صــبرون يغلبوا مائتين وإن يكن منكم مائة يغلبوا ألفا من الذين كفروا بأنهم قوم لايفقهون
Maksudnya : Wahai nabi! Rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang kafir. Dan jika ada di antara kamu seratus orang nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir disebabkan mereka yang kafir itu kaum yang tidak mengerti
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….فرمان الله تعالى دالم أية 188 سورة البقرة : ولا تأكلوا أمولكم بينكم بالبـطل وتدلوا بها إلى الحكام لتأكلوا فريقا من أمول الناس بالإثم وأنتم تعلمون
Maksudnya : Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sesamamu secara tidak sebenar dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim bertujuan kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain secara dosa (rasuah) sedangkan kamu mengetahui.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Allah S.W.T mendidik kita melalui puasa agar turut merasai penderitaan saudara kita yang lain ditambah dengan tarbiah melalui zakat selain menyucikan harta maka ia bertujuan menghilangkan sikap terlalu cintakan harta dan menanam sifat suka membantu saudara yang lain. Apabila harta sendiri turut diagihkan kepada orang lain menyebabkan perasaan mahu mengambil harta orang lain tanpa hak dapat dihindar. Ini dapat mengurangkan umat yang rosak yang mengambil peluang atas kelemahan orang lain dengan cara rasuah atau riba. Kita mendesak agar pemimpin berusaha bersungguh dalam memerangi rasuah memandangkan negara ini berada ditangga kelima pengamal rasuah di kalangan negara Asia dan tempat ke-39 daripada 146 negara di dunia. Kita juga begitu bimbang apabila rasuah cuba dihalalkan dengan menukar nama kepada politik wang bagaikan suatu usaha dalam menyatakan ia bukan suatu dosa dari segi syariat dan tidak salah dari sudut perundangan apabila ia hanya ditangani sesama sendiri dalam suatu pergerakan tanpa membabitkan pihak berwajib terutama Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ingatlah sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Abdullah ibnu Umar :
لَعَنَ اللهُ الرَّاشِيْ وَالمُرْتَشِيْ فِى الحُكْمِ ( رواه الترمذي وأحمد وابن حبان )
Maksudnya : Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerimanya dalam memutuskan hukum

Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Langgan:
Ulasan (Atom)