Ahad, 31 Mei 2026
Khutbah Aidil Adha 1447H
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ….
فرمان الله تعالى دالم اية 27 سورةالحج :
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾
Maksudnya : "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Tiap kali Zulhijjah menjelma maka jutaan umat Islam menumpukan hati dan jiwa ke arah 2 ibadah besar yang menjadi lambang penyerahan kepada Allah iaitu haji dan ibadah korban di mana kedua ibadat Istimewa ini tiada pada bulan lain
Kedua-duanya bukan sekadar ibadah fizikal, harta tetapi sarat dengan makna pengorbanan, penghambaan, dan penyatuan umat Islam sejagat. Semasa menunaikan ibadah haji, para Jemaah haji bergerak ke satu titik kosong dengan menanggalkan segala darjat, pangkat, dan identiti duniawi. Di Padang Arafah, jutaan Jemaah haji berkumpul dengan satu pakaian, satu qiblat, dan satu tujuan iaitu mencari reda Allah, selain menjadi simbolik kepada penghambaan dan penyatuan umat Islam dari seluruh dunia. Ketika menunaikan ibadah haji, tiada keistimewaan diberikan kepada sesiapa pun melainkan kepada mereka yang datang dengan hati yang tunduk dan bersih. Justeru, ibadah haji adalah titik mula bagi perubahan dalaman daripada sifat mementingkan diri kepada jiwa yang bersedia berkorban demi orang lain.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 275 :
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٧٥﴾
Maksudnya : Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Ketika Jemaah haji berkumpul di Arafah pada 9 Zulhijjah dan kita pula pada hari ini berkumpul untuk menunaikan solat sunat raya korban maka ia mengetuk hati kita bahawa semua umat manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar di akhirat nanti. Al-Quran dan hadis nabi s.a.w ada menggambarkan tentang keadaan manusia saat dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti mengikut jenis dosa yang mereka lakukan, antaranya PEMAKAN RIBA berdiri terhuyung-hayang seperti dirasuk syaitan sebagaimana disebut dalam ayat 275 surah al-Baqarah
Orang MENDAHULUI IMAM DALAM SOLAT diubah rupa menjadi keldai
أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ ـ أَوْ لاَ يَخْشَى أَحَدُكُمْ ـ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ .- رواه البخاري
Maksudnya: "Tidakkah salah seorang daripada kalian takut, apabila dia mengangkat kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menukarkan kepalanya menjadi kepala keldai, atau Allah akan menukarkan rupa bentuknya menjadi rupa keldai?"
Begitu juga PEMIMPIN MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT ditandakan dengan bendera pengkhianatan
لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرْفَعُ لَهُ بِقَدْرِ غَدْرِهِ أَلاَ وَلاَ غَادِرَ أَعْظَمُ غَدْرًا مِنْ أَمِيرِ عَامَّةٍ- رواه مسلم
Maksudnya: "Bagi setiap pengkhianat akan ada sebuah panji (bendera) pada hari qiyamat yang akan diangkat setinggi kadar pengkhianatannya. Ketahuilah, tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan seorang pemimpin rakyat."
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Ketika huru hara dan kedahsyatan di padang mahsyar nanti maka ada golongan yang mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w antaranya yang sentiasa berdoa lepas azan dan banyak berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa di dunia ini
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ.- رواه البخاري
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ketika mendengar azan doa yang bermaksud [Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan]. Maka dia berhak mendapatkan syafa’atku pada hari Kiamat”.
أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً- رواه الترمذي
Maksudnya : “Orang yang paling berhak mendapatkan syafa’atku pada hari qiamat adalah, yang paling banyak selawat kepadaku”.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 37 :
لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚكَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾
Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya
Ketika menghayati ibadah korban pula ia bukan sekadar penyembelihan haiwan, melainkan simbol ketundukan total seorang hamba kepada Allah. Imam Al-Ghazali mengibaratkan seorang hamba meletakkan pisau di leher haiwan korbannya maka dia sepatutnya juga ‘menyembelih’ sifat ego, kesombongan, dan keterikatan pada kebendaan. Bila jiwa berkorban subur dalam diri umat Islam maka kita akan meletakkan arahan Allah dan Rasul ditempat yang tinggi dan tidak mudah terikut dengan rentak musuh Islam.
Kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada agama wajib tahu dan berwaspada dengan agenda Yahudi antaranya menggunakan formula 5F dalam menghancurkan umat Islam iaitu : [1] Filem dimana bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam. [2]Famili (keluarga) dengan menanamkan budaya hidup bebas daripada ikatan agama dalam keluarga. [3]Fesyen pakaian dengan memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan menyalahi syarak di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas. [4] Fun (hiburan) di mana hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan.Ditambah lagi dengan gajet yang disalahguna pada perkara yang tidak bermanfaat, [5] Food (makanan) di mana umat Islam kini lebih berselera untuk menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Malah majoriti pemilik sijil halal dalam negara dimiliki oleh bukan Islam
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah as-Sooffat ayat 100 :
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
Ketika menyentuh pengorbanan hebat nabi Ibrahim sekeluarga maka ia berdasarkan didikan tarbiah yang bersungguh. Cara tarbiah perlu sesuai dengan zaman tanpa mengabaikan nilai agama sebaagimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar ibn al-Khattab, “Didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka, kerana mereka dilahirkan pada zaman yang bukan zaman kamu.”
Kata-kata ini bukan sekadar nasihat biasa, tetapi satu prinsip pendidikan yang sangat mendalam dan relevan sepanjang zaman. Dalam konteks hari ini, anak-anak membesar dalam dunia digital. Mereka terdedah kepada maklumat tanpa sempadan melalui internet, media sosial, dan pelbagai platform teknologi. Jika ibu bapa dan guru masih menggunakan pendekatan lama tanpa penyesuaian, jurang antara generasi akan semakin besar. Anak-anak mungkin tidak lagi merasa difahami, malah boleh hilang minat untuk belajar atau berkongsi perasaan. Anak-anak hari ini hidup dalam tekanan yang berbeza persaingan akademik, pengaruh media sosial, dan cabaran identiti diri. Mereka bukan lemah, tetapi mereka memerlukan bimbingan yang sesuai dengan realiti mereka. Pendidikan yang baik adalah pendidikan yang memahami masa depan anak-anak, bukan sekadar mengulang masa lalu kita.
Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….
فرمان الله تعالى دالم أية 122 سورة التوبة:
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ ﴿١٢٢﴾
Maksudnya : Tidak sepatutnya bagi orang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi sebahagian dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalami agama seterusnya memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepada mereka, moga-moga mereka mendapat peringatan
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya ‘Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan’ telah membahagikan jihad kepada 5 jenis iaitu [1] Jihad dengan lisan [2] Jihad dengan pengajaran (ta’limi) [3] Jihad dengan tangan dan jiwa raga [4] Jihad siasah (politik) [5] Jihad harta
Sesiapa yang mendakwa bahawa dia boleh berkhidmat kepada Islam dan memberi saham untuk membawa panji-panji dakwah, sedangkan dia kedekut dengan roh, harta, waktu dan setiap benda yang dimilikinya, maka dia hendaklah bermuhasabah diri. Dakwah Islam tidak akan hidup melainkan dengan jihad, dan jihad tidak berlaku melainkan dengan pengorbanan.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Kita di sini dapat berhari raya dan mengerjakan ibadat korban Bersama saudara mara dan sahabat handai sedangkan saudara kita di Palestin menjadi mangsa korban pembunuhan kejam musuh durjana. Dunia tidak boleh melupakan hakikat sebenar di Gaza. Lebih 2 juta rakyat Gaza hidup dalam keadaan serba kekurangan sejak perang besar meletus pada Oktober 2023. Infrastruktur musnah, hospital lumpuh, makanan dan ubat-ubatan amat terhad, sementara 72,763 nyawa telah terkorban. Namun rakyat Gaza tetap berdiri. Mereka kehilangan anak-anak, rumah dan keluarga, tetapi mereka tidak kehilangan maruah. Mereka sedang melawan “Firaun moden” abad ini dan regim Zionis yang terus melakukan penjajahan, pembunuhan dan penindasan tanpa peri kemanusiaan. Penduduk Gaza terus cekal mempertahankan Palestin dan Masjid Aqsa milik seluruh umat Islam dengan mencontohi kesabaran Nabi Ayub yang diuji kehilangan harta dan anak-anak tercinta, air mata penduduk Gaza kering ibarat ketabahan Nabi Yaakub bila kehilangan Nabi Yusuf
Sejarah mengajar kita bahawa setiap kezaliman akhirnya akan tumbang sebagaimana Firaun tenggelam walaupun memiliki kuasa besar. Penjajahan akhirnya akan kalah apabila manusia terus mempertahankan kebenaran. Sebab itu masyarakat dunia tidak boleh lemah. Jangan putus asa.Jangan normalisasikan pembunuhan rakyat Palestin.Jangan berhenti bercakap tentang Gaza. Teruskan tekanan ekonomi, diplomatik dan moral terhadap zionis yahudi Israel. Teruskan boikot. Teruskan demonstrasi aman. Teruskan menyebarkan kesedaran. Teruskan membantu NGO kemanusiaan. Teruskan mendidik generasi muda tentang Palestin.Kerana diam terhadap kezaliman adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap kemanusiaan.
Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidakl akan berundur walau selangkah, biar bercerai nyawa dari badan namun Islam terus diperjuangkan
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban.
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى كُلِّ زَمَانٍ وَ مَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,
Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami.
اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Khamis, 19 Mac 2026
خطبة عيد الفطري 1447 هـ
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ…فرمان الله دالم اية 110 سورة البقرة :
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ﴿١١٠﴾
مقصودڽ: دان ديريکنله اوليه کامو اکن سمبهيڠ دان تونايکنله زکاة دان اڤ جوا يڠ کامو دهولوکن دري کبأيقكن اونتوق ديري کامو، تنتوله کامو اکن منداڤت بالسن ڤهالاڽ د سيسي الله. سسوڠݢوهڽ الله سنتياس مليهت سݢالا يڠ کامو کرجاکن.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
سلامت هاري راي عيدالفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. شکور کيت فنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي سلڤس برجاي منجالني تربيه ڤواسا رمضان .سباݢايمان د بولن رمضان کيت دمينتا منجاديکنڽ سباݢاي بولن عبادة بݢيتوله بيلا مڽمبوت هاري راي واجب دجاديکن هاري عبادة هينداري معصية.
سيدنا علي منجلسکن حقيقة هاري راي: "هاري راي اداله اونتوق اورڠ يڠ دتريما ڤواسا دان عبادهڽ، هاري راي جوݢ اونتوق اورڠ يڠ دأمڤونکن دوساڽ، دشوکوري اوسهاڽ دان دتريما عملنڽ. هاري اين هاري راي دان ايسوق جوݢ هاري راي باݢي کامي. مان٢ هاري يڠ تياد کمعصيتن ترهادڤ الله مک ايتوله هاري راي."
إِبْنُ الجَوْزِي منجلسکن: "هاري راي ايت بوکن سسأورڠ يڠ ملابوهکن ڤاکاينڽ دڠن کسومبوڠن، جوݢ بوکن تاڠن يڠ جاهت مڠمبيل ماکنن، تتاڤي حقيقة هاري راي ايت سسياڤا يڠ مماکاي ڤاکاين توبة دري سݢالا معصية."
أبُو مَنْصُور الشِّيْرَازِي، ڤولا منوکيلکن: "هاري راي ايت بوکنله اونتوق اورڠ يڠ تڠݢلم دڠن نعمة دنيا، تتاڤي هاري راي هاري سسأورڠ ايت منداڤت ڤڠمڤونن."
امام حَسَن البَصْرِي برکات، : “ستياڤ هاري يڠ تيدق دݢوناکن اونتوق معصية کڤد الله اداله هاري راي. ستياڤ هاري يڠ دݢوناکن اونتوق طاعة کڤد الله، برذکر دان برشکور كفدڽ اداله هاري راي.”
ابن رَجَب الحَنْبَلِي مڠݢمبرکن مقصود هاري راي يڠ سبنر : "مالم هاري راي حقيقتڽ اياله ڤڠمڤونن دان ڤرلڤسن سسأورڠ همبا دري اڤي نراكا، سسياڤا يڠ منچاڤاي تاهڤ اين مك ديريڽ لايق اونتوق برهاري راي، جيك تيدق ديريڽ لايق دچمڤق سجأوه٢ڽ دري رحمة الله."
کأدأن بربيذا د دنيا أڤاته د اخيرة ننتي انتارا اورڠ مڽمبوت راي دڠن عملن برڤهالا دڠن اورڠ يڠ منچمرکن راي دڠن دوسا سڤرتي ڤرݢأولن بيبس، مندده عورة، هيبورن ملمڤاو دان دوسا معصية لأين
قَالَ الرَّسُوْلُ :الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ-رواه مسلم
مقصودڽ: “کبأيقكن أداله دڠن براخلاق يڠ موليا. سدڠکن دوسا أداله سسواتو يڠ مڠݢليسهکن هاتيمو. (کتيك دوسا ترسبوت دلاکوکن)، تنتو اڠکاو تيدق سوك حال ايت نمڤق د تڠه٢ مأنسي
قَالَ الرَّسُوْلُ :الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ-رواه أحمد
مقصودڽ: کبأيقكن إياله اڤ يڠ ممبواتکن جيوا تنڠ. ماناکالا دوسا اداله يڠ ممبوات جيوامو ݢليسه دان راݢو٢ د هاتيمو.
جلسڽ، اورڠ يڠ بربوات بأيك اکن سلالو تنڠ؛ سدڠکن اورڠ يڠ بردوسا سلالو دروندوڠ اوليه راس چوريݢا ترهادڤ سموا ڤريستيوا، سموا اکتيۏيتي معصية دان سيکڤ يڠ ترجادي
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ ، وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ ، أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً ، أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا ، أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا ، وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا -رواه الطبراني
مقصودڽ : “مأنسي يڠ ڤاليڠ دچينتأي اوليه الله أداله يڠ ڤاليڠ ممبريکن منفعة باݢي مأنسي. اداڤون عملن يڠ ڤاليڠ دچينتأي اوليه الله أداله ممبوات مسلم يڠ لأين بهاݢيا، مريڠنکن کسوسهن اورڠ لأين، ممبايرکن هوتڠڽ اتاو مڠهيلڠکن راس لاڤرڽ .سأندايڽ اکو برجالن برسام سوداراکو اونتوق ممنوهي سواتو کڤرلوان، مک حال ايت لبيه اکو چينتأي درڤد اعتکاف سبولن د مسجد اين يأيت مسجد نبوي د مدينة سلاما سبولن ڤنوه
تربيه رمضان اکن نمڤق کسن positifnya بيلا کيت بنر٢ ملقساناکنڽ ڤنوه کإخلاصن دالم مڽوبورکن ڤريبادي يڠ قوة ايکاتن هوبوڠن دڠن الله دان سسام مأنسي. ملاهيرکن اومة يڠ مڠمبيل برات تنتڠ مسئلة دان ڤندريتأن سودارا يڠ لأين. هيلڠ صفة ڤنتيڠ ديري سنديري اڤاته لاݢي مرمڤس حق اورڠ لأين. حاصيل تربيه رمضان بوکن سهاج بري کسن ڤد ايديۏيدو ماله کلوارݢ، مشارکة ستروسڽ نݢارا
إمام فَخْرُالدِّين الرَّازِي تله منوکيلکن بهاوا دنيا اين ترماسوق سسبواه نݢارا منجادي چنتيق سڤرتي تامن بوڠا دڠن شرط ممڤوڽأي 5 ڤرکارا يأيت : [1] علمو ڤارا علماء ( عِلمُ العُلَمَاء [2] ڤميمڤين يڠ عاديل (عَدلُ الأُمَرَاء) [3] عبادة اهلي عبادة (عِبَادَةُ العِبَاد) [4] ڤنياݢ يڠ امانة (أَمَانَةُ التُجَّار) [6] نصيحة ݢولوڠن ڤروفيسيونل (نَِصِيحَةُ المُحتَرِفِين)
نامون نݢارا اتاو مشارکة جوݢ بوليه روسق دڠن 5 ڤرکارا يڠ واجب دهينداري يأيت [1] علماء يڠ حسد (حَسَدُ العُلَمَاء) [2]ڤميمڤين يڠ جاهت (جَورُالأُمَرَاء) [3] اهلي عبادة يڠ رياء ( رِيَاءُ العِبَاد) [4] ڤارا ڤنياݢ يڠ خيانة ( خِيَانَة التُجَّار) [5] ڤروفيسيونل يڠ منيڤو (غِشُّ المُحتَرِفِين )
عبادة دالم إسلام منتربية ايديۏيدو بوکن سهاج اونتوق کبأيقكن ايديۏيدو سهاج ماله ممبري کسن کڤد مشارکة دان نݢارا. بݢيتوله حکومن إسلام بوکن سهاج اونتوق مڠاديلي دان منديديق ڤساله ماله مڽکت کروسقكن دالم مشارکة دان نݢارا. جاڠن ترڤڠاروه دڠن دعية يهودي دان ليبرال يڠ مموموقکن بهاوا عبادة خاص اونتوق ايديۏيدو سمأدا دي ماهو صلاة، ڤواسا، توتوڤ عورة دان سباݢايڽ، ايت حق ڤيليهنڽ د مان نݢارا تيدق بوليه مڠمبيل تيندقكن ڤراوندڠن ترهادڤ ايديۏيدو يڠ منيڠݢل کواجيڤن اݢام اتاو ملڠݢر لارڠن اݢام
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
قَالَ الرَّسُوْلُ :كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ-رواه الحاكم
مقصودڽ: “ستياڤ دوسا اکن دليواتکن اوليه الله حکومنڽ مڠيکوت كهندقڽ سهيڠݢ هاري قيامة کچوالي درهاك کڤد إيبوباڤ مك سسوڠݢوهڽ الله اکن مڠحکومکن کڤد ڤلاکوڽ سماس هيدوڤ سبلوم کماتين لاݢي.”
ڤد هاري اين کيت برݢمبيرا مڽمبوت راي برسام کلوارݢ ترچينتا دڠن ڤاکاين بارو دان اينده. سواسان لبيه ݢمبيرا باکل کيت سمبوت دالم شرݢ الله دڠن شرط إيبوباف واجب منجادي تلادن يڠ بأيك دالم ممبنتوق اخلاق انق صالح. توݢس إيبوباڤ بوکن سقدر ممبري ماکن، مينوم دان ڤاکاين کران هريماو يڠ ݢارڠ ڤون داڤت بوات ڤرکارا ايت. سباليقڽ إيبوباڤ واجب منديديق دان منتربية انق اݢر کيت تيدق منجادي إيبوباڤ يڠ مندول سباݢايمان دصيفتکن اوليه نبي صلى الله عليه وسلم يأيت هاڽ ممڤوڽأي انق راماي تتاڤي درهاك.ايڠتله بيلا کيت کماتين إيبوباڤ مك کيت بوکن ستاکت سديه کران کهيلڠن إيبوباڤ سباليقڽ کيت ترڤوتوس دعاء برهرݢ درڤد کدواڽ. اوليه ايت بربقتيله کتيك إيبوباڤ ماسيه اد دان تروسله ڤنجت دعاء رحمة الله دان کأمڤونن سلڤس إيبوباڤ تله تياد
کيت هيدوڤ زمان teknologi معلومت د مان ميديا سوسيال کيني سأوله-اوله منجادي ‘ݢورور’ اوتام Platform. سڤرتي TikTok، Instagram دان YouTube بوکن لاݢي سقدر ميديوم هيبورن، تتاڤي تله بروبه منجادي سومبر معلومت، ڤمبنتوقكن identiti سرتا ميدان ڤڠاروه يڠ قوة ترهادڤ چارا برفيکير دان برتيندق. ميديا سوسيال منجادي ڤينتو ماسوق کڤد روسقڽ عقيدة، رونتوهڽ اخلاق بيلا تيدق دکاول .
اوليه ايت ڤرلو کسوڠݢوهن دالم ممبنتوق جاتي ديري رماج اݢر تيدق موده ترڤڠاروه دڠن نورما تيدق صيحة. د سکوله، سوبجيق ڤنديديقكن إسلام دان مورال جاڠن هاڽ دأجر سچارا حافلن دان berorientasikan تيوري سماتا-مات تنڤا ڤڠحياتن يڠ مندالم. نيلاي٢ مورني تيدق سهاروسڽ هاڽ دسمڤايکن دالم بنتوق کات٢، تتاڤي ڤرلو دتونجوقکن ملالوي تلادن، دهيدوڤکن دالم اکتيۏيتي هارين، سرتا دعملکن دالم ستياڤ اسڤيق کهيدوڤن ڤلاجر. ݢورور برڤرانن سباݢاي ڤريبادي يڠ منجادي چونتوه کڤد ڤلاجر، بوکن سقدر هاڽ ڤڽمڤاي سوکاتن ڤلاجران. کبيباسن دالم منديديق دان منتربية ڤلاجر واجر دکمباليکن کڤد ݢورور اݢر لاهيرڽ ڤلاجر چمرلڠ اکاديميك دان اخلاق. سباݢايمان امام الغزالي مڠاتاکن : “ڤنديديقكن ايت اياله مڠلوارکن ڤراڠاي يڠ بوروق يڠ اد ڤد مأنسي دان مڽمايکن ڤراڠاي دان صفة يڠ بأيك”
کراجأن ڤولا واجب براوسها مڠاول کموداهن teknologi اݢر تيدق دساله ݢونا دسمڤيڠ تيندقكن اونداڠ٢ يڠ داڤت منچݢه درڤد مريبق ڤڽاکيت يڠ مڠݢوݢت کأمانن
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم اية 108 سورة الأنعام :
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٠٨﴾
مقصودڽ : دان جاڠنله کامو چرچا بندا٢ يڠ مريك سمبه يڠ لأين دري الله، کران مريك کلق، اکن منچرچا الله سچارا ملمڤاوي باتس دڠن کتيادأن ڤڠتاهوان. دمکينله کامي ممڤرايلوقکن ڤد ڤنداڠن تياڤ٢ اومة اکن عمل ڤربواتن مريك، کمودين کڤد توهن مريکاله تمڤت کمبالي مريك، لالو دي منراڠکن کڤد مريك اڤ يڠ مريك تله لاکوکن.
ايسو ڤانس تولر د ميديا سوسيال سڤنجڠ رمضان تاهون اين د مان ݢمبر کاکي سأورڠ للاکي مميجق القرءان دان تڠکڤ لاير واجب دأمبيل برات دان سريوس اوليه سموا ڤيهق. اي برلاکو د ڤهڠ دأيکوتي يڠ تربارو د سابه. اڤابيلا مَصْحَف القرءان دڤيجق، مك يڠ ترچمر بوکن سقدر کرتسڽ، تتاڤي کسوچين وحي دان مروة اومة. کيت مڽوکوڠ ڤنوه سبارڠ اوسها دالم مڠحکوم فڠهيناالقرءان. ڤربواتن مڠهينا القرءان ڤرلو دکناکن تيندقكن مڠيکوت اوندڠ٢ سديا اد والاوڤون ڤلاکو سوده مموهون معاف. ڤربواتن ايت جلس ممڤوڽأي عنصور ممڤرسنداکن دان بربهاي جيك تيدق دتاڠني سچارا تݢس. ڤربواتن ممبيارکن تنڤا تيندقكن dinormalisasikan، اي دبيمبڠي بوليه منجادي ايکوتن کڤد اورڠ لأين. فينومينا مڠهينا، ممفرلاكو، کمودين ممينتا معاف دان تنڤا ددعوا، دتاکوتي منروسکن بودايا مڠهينا اݢام، کمودين ممينتا معاف سهيڠݢ مشارکة مراساکن کليهتن مأين٢ دڠن ايسو اݢام. ڤيهق ڤمݢڠ امانة اوندڠ٢ واجب لقسان تونتوتن اوندڠ٢.
کات بُوْيَا حَمْكَا، "جيك ديم ساعة اݢام كامو دهينا، ݢنتيله باجومو دڠن کأين کافن."
کيت سباݢاي اومة يڠ برمروة واجب مڠاݢوڠکن القرءان دڠن سنتياس ممباچ، ممهمي ستروسڽ ملقساناكن تونتوتن الله دان رسولڽ دالم ستياڤ اسڤيق کهيدوڤن ترماسوق عبادة خصوص، ايکونومي، ڤوليتيق، سوسيال دان سباݢايڽ. موليا دان برجاياڽ اومة إسلام برݢنتوڠ کڤد سباڽق مان هوبوڠن دان ڤڠعملن کيت کڤد ڤندوان القرءان. هيناڽ اومة دنيا اخيرة بيلا منجأوهي دان تيدق ملقسانا تونتوتن القرءان
قَالَ الرَّسُوْلُ :إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ – رواه مسلم مقصودڽ : “سسوڠݢوهڽ الله مڠڠکت کدودوقن سسأورڠ (سسواتو قوم ايت) دڠن کتاب اين (يأيت القرءان دان مرندهکن يڠ لأين دڠن کتاب اين.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
خطبه کدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
فرمان الله دالم ايات 22 سورة الأحزاب :
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾
مقصودڽ : دان ڤد ماس اورڠ٢ يڠ برايمان مليهت تنترا الأحزاب ، برکاتله مريك:" اينبله يڠ تله دجنجيکن الله دان رسولڽ کڤد کامي دان بنرله اڤ يڠ تله دجنجيکن) الله دان رسولڽ)". دان اڠکاتن تنترا موسوه يڠ مريك ليهت) ايت تيدق ممبري سبارڠ کسن کڤد مريک )سلأين درڤد منمبهکن ايمان دان ڤڽراهن ديري مريك بولت٢ کڤد الله.
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
لأوڠن کلمة ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ) يڠ برمقصود : دان دياله (الله) يڠ تله ممنڠکن تنتراڽ سرتا مڠالهکن تنترا الأحزاب د مان کلمة اين سنتياس دأولڠ تياڤ کالي سمبوتن راي باݢي مڽمارقکن سماڠت جهاد دان کيقينن بهاوا إسلام ڤاستي منڠ والاو ڤون دسراڠ دان دموسوهي. جيك تاهون سبلوم اين رمضان دان شوال سنتياس برمندي داره اومة إسلام دفلسطين مك تاهون اين برلاکوڽ ڤرڠ يڠ دلنچرکن اوليه اسرائيل سبنرڽ برتوجوان ملاکر ڤتا بهارو أسيا بارت انجورن زيونيس دان سکوتوڽ، اميريکا شريکة. حال اين منڤاتي ڤرجواڠن زيونيس اونتوق منديريکن اسرائيل راي يڠ برسمڤادن دري سوڠاي نيل د مصر هيڠݢ سوڠاي فورات د عراق، دان دري لأوت Mediterranean هيڠݢ لأوت ميره، سکالي ݢوس مڠوبه ڤتا Sykes-Picot.
باڽق اناليسا يڠ مڽاتاکن بهاوا سراڠن تيدق برتمدون اين اداله ستراتيݢي دالم مماستيکن تياد نݢارا قوة أنتي زيونيس يهودي دان سکوتو جاهتڽ اميريکا يڠ بوليه مڠݢوݢت نݢارا ڤنچروبوه اسرائيل سباݢايمان دهنچور عراق ، ليبيادان سباݢايڽ سبلوم اين .کيت دعاءكن اݢر ڤڤراڠن اين تيدق برلنجوتن يڠ بوکن سهاج مڠوربانکن باڽق ڽاوا ماله ممبري کسن بسر ترماسوق کأمانن دان ايکونومي دنيا. تيدق ترکچوالي کيت د مليسيا توروت تريما كسنڽ يڠ ممرلوکن کيت برجيمت چرمت دان برهيمه دالم بربلنجا
کيت دعاءكن جوݢ کمرديکأن تانه وقف ميليك سلوروه اومة إسلام بومي فلسطين. ڤڤراڠن دمي ڤڤراڠن يڠ برلاکو تراوتام د أسيا بارت دسببکن بربوت حاصيل بومي مڠيڠتکن کيت أمارن نبي صلى الله عليه وسلم انتاراڽ
قَالَ الرَّسُوْلُ :لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ، يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ، فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ، تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ، وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ: لَعَلِّي أَكُونُ أَنَا الَّذِي أَنْجُو - رواه مسلم
مقصودڽ : “تيدق اکن ترجادي هاري قيامة سهيڠݢ سوڠاي فُرَاتُ د عراق منجادي سوروت أيرڽ سهيڠݢ ترنمڤق سبواه ݢونوڠ درڤد امس. راماي اورڠ اکن برڤراڠ اونتوق مربوتڽ. مك 99 درڤد 100 اورڠ اکن تربونوه. ماناکالا ماسيڠ٢ يڠ ترليبت اکن برکات، ‘موݢ٢ اکوله اورڠ يڠ ترسلامت ايت
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
سلامت هاري راي عيدالفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. باڽقکن برصدقة اݢر مريك يڠ ممرلوکن بنتوان توروت برݢمبيرا دان زيارهيله سانق ساودارا ڤد هاري يڠ موليا اين باݢي مراڤتکن لاݢي تالي ڤرسودارأن. تيدق لوڤا اونتوق برڤواسا سنة 6 هاري دبولن شوال
قَالَ الرَّسُوْلُ :مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ رواه مسلم مقصودڽ : سسياڤا يڠ تله برڤواسا فرض رمضان کمودين دإيکوتي ڤولا دڠن برڤواسا انم هاري د بولن شوال مك اداله ڤهالاڽ سڤرتي دي برڤواسا سڤنجڠ تاهون
. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ،اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
يا الله، کامي لتقکن کامو د باتڠ ليهير موسوه٢ کامي دان کامي برليندوڠ دڠنمو دري کجاهتن مريك،يا الله هنچورکن کومڤولن مريك،يا الله ڤچهکن ڤاکتن مريك،يا الله لبورکن ڤنديرين مريك،يا الله موسنهکن لڠکه مريك،چڠكمكن أنجيڠ-أنجيڠمو کڤد مريك،يا الله يڠ مها ممقسا،يا الله يڠ مها ڤرکاس،يا الله يڠ مها ممبالس، يا الله ، يا الله ، يا الله،يڠ تورونکن کتاب،يڠ كرقكن اون،يڠ تيواسكن تنترا أحزاب،كالهكن مريك، كالهكن مريك ، كالهكن مريك دان بريله کمناڠن اونتوق کامي
. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
يا مقلب القلوب، تݢوهکن هاتي کامي دالم اݢام إسلام دان جاڠنله اڠکاو تاريق نعمة إسلام د دالم هيدوڤ کامي. سباݢايمان اڠکاو کومڤولکن کامي ڤد هاري راي اين مك کومڤولکنله کامي اونتوق کبهاݢيأن يڠ برککلن دالم شرݢامو د اخيرة ننتي
.اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Isnin, 16 Mac 2026
Khutbah AidilFitri 1447H/ 2026M
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّـهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya selepas berjaya menjalani tarbiah puasa Ramadhan. Sebagaimana di bulan Ramadhan kita diminta menjadikannya sebagai bulan ibadat begitulah bila menyambut hari raya wajib dijadikan hari ibadat hindari maksiat.
Saidina Ali menjelaskan hakikat hari raya: "Hari raya adalah untuk orang yang diterima puasa dan ibadahnya, hari raya juga untuk orang yang diampunkan dosanya, disyukuri usahanya dan diterima amalannya. Hari ini hari raya dan esok juga hari raya bagi kami. Mana-mana hari yang tiada kemaksiatan terhadap Allah maka itulah hari raya."
Ibn al-Jauzi menjelaskan: "Hari raya itu bukan seseorang yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, juga bukan tangan yang jahat mengambil makanan, tetapi hakikat hari raya itu sesiapa yang memakai pakaian taubat dari segala maksiat."
Abu Mansur al-Syirazi, pula menukilkan: "Hari raya itu bukanlah untuk orang yang tenggelam dengan nikmat dunia, tetapi hari raya hari seseorang itu mendapat pengampunan."
Imam Hasan Bashri berkata, : “Setiap hari yang tidak digunakan untuk maksiat kepada ALLAH adalah hari raya. Setiap hari yang digunakan untuk taat kepada ALLAH, berzikir dan bersyukur kepada-Nya adalah hari raya.”
Ibn Rajab al-Hanbali menggambarkan maksud hari raya yang sebenar : "Malam hari raya hakikatnya ialah pengampunan dan perlepasan seseorang hamba dari api nereka, sesiapa yang mencapai tahap ini maka dirinya layak untuk berhari raya, jika tidak dirinya layak dicampak sejauh-jauhnya dari rahmat Allah."
Keadaan berbeza di dunia apatah di akhirat nanti antara orang menyambut raya dengan amalan berpahala dengan orang yang mencemarkan raya dengan dosa seperti pergaulan bebas, mendedah aurat, hiburan melampau
قَالَ الرَّسُوْلُ :الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ-رواه مسلم
Maksudnya: “Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia
قَالَ الرَّسُوْلُ :الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ-رواه أحمد
Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.
Jelasnya, orang yang berbuat baik akan selalu tenang; sedangkan orang yang berdosa selalu dirundung oleh rasa curiga terhadap semua peristiwa, semua aktiviti maksiat dan sikap yang terjadi
Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا -رواه الطبراني
Maksudnya : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh
Tarbiah Ramadhan akan nampak kesan positifnya bila kita benar-benar melaksanakannya penuh keikhlasan akan menyuburkan peribadi yang kuat ikatan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Melahirkan umat yang mengambil berat tentang masalah dan penderitaan saudara yang lain. Hilang sifat penting diri sendiri apatah lagi merampas hak orang lain. Hasil tarbiah Ramadhan bukan sahaja beri kesan pada individu malah keluarga, Masyarakat seterusnya negara
Imam Fakhruddin Al Razi telah menukilkan bahawa Dunia ini termasuk sesebuah negara menjadi cantik seperti taman bunga dengan syarat mempunyai 5 perkara iaitu : [1] Ilmu para ulama ( عِلمُ العُلَمَاء) [2] Pemimpin yang adil (عَدلُ الأُمَرَاء ) [3] Ibadah ahli ibadah (عِبَادَةُ العِبَاد ) [4] Peniaga yang amanah (أَمَانَةُ التُجَّار ) [6] Nasihat golongan profesional (نَِصِيحَةُ المُحتَرِفِين )
Namun negara atau masyarakat juga boleh rosak dengan 5 perkara yang wajib dihindari iaitu [1] Ulamak yang hasad (حَسَدُ العُلَمَاء ) [2] Pemimpin yang jahat ( جَورُالأُمَرَاء ) [3] Ahli ibadah yang riak ( رِيَاءُ العِبَاد ) [4] Para peniaga yang khianat ( خِيَانَة التُجَّار ) [5] Profesional yang menipu (غِشُّ المُحتَرِفِين )
Ibadat dalam Islam mentarbiah individu bukan sahaja untuk kebaikan individu sahaja malah memberi kesan kepada Masyarakat dan negara. Begitulah hukuman Islam bukan sahaja untuk mengadili pesalah malah menyekat kerosakan dalam Masyarakat dan negara. Jangan terpengaruh dengan dakyah Yahudi dan liberal yang memomokkan bahawa ibadat khas untuk individu samada dia mahu solat, puasa, tutup aurat dan sebagainya, itu hak pilihannya di mana negara tidak boleh mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang meninggal kewajipan agama atau melanggar larangan agama.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
قَالَ الرَّسُوْلُ :كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ-رواه الحاكم
Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.”
Pada hari ini kita bergembira menyambut raya bersama keluarga tercinta dengan pakaian baru dan indah. Suasana lebih gembira bakal kita sambut dalam Syurga Allah dengan syarat ibubapa wajib menjadi teladan yang baik dalam membentuk akhlak anak soleh. Tugas ibubapa bukan sekadar memberi makan, minum dan pakaian kerana harimau yang garang pun dapat buat perkara itu. Sebaliknya ibubapa wajib mendidik dan mentarbiah anak agar kita tidak menjadi ibubapa yang mandul sebagaimana disifatkan oleh nabi s.a.w iaitu hanya mempunyai anak ramai tetapi derhaka. Ingatlah bila kita kematian ibubapa maka kita bukan setakat sedih kerana kehilangan ibubapa sebaliknya kita terputus doa berharga daripada keduanya. Oleh itu berbaktilah ketika ibubapa masih ada dan teruslah panjat doa rahmat Allah dan keampunan selepas ibubapa telah tiada
Kita hidup zaman teknolgi maklumat di mana Media sosial kini seolah-olah menjadi ‘guru’ utama. Platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube bukan lagi sekadar medium hiburan, tetapi telah berubah menjadi sumber maklumat, pembentukan identiti serta medan pengaruh yang kuat terhadap cara berfikir dan bertindak. Media sosial menjadi pintu masuk kepada rosaknya Aqidah, runtuhnya akhlak bila tidak dikawal
Oleh itu perlu kesungguhan dalam membentuk jatidiri remaja agar tidak mudah terpengaruh dengan norma tidak sihat. Di sekolah, subjek Pendidikan Islam dan Moral jangan hanya diajar secara hafalan dan berorientasikan teori semata-mata tanpa penghayatan yang mendalam. Nilai-nilai murni tidak seharusnya hanya disampaikan dalam bentuk kata-kata, tetapi perlu ditunjukkan melalui teladan, dihidupkan dalam aktiviti harian, serta diamalkan dalam setiap aspek kehidupan pelajar. Guru berperanan sebagai peribadi yang menjadi contoh kepada pelajar, bukan sekadar hanya penyampai sukatan Pelajaran. Kebebasan dalam mendidik dan mentarbiah pelajar wajar dikembalikan kepada guru agar lahirnya pelajar cemerlang akademik dam akhlak. Sebagaimana Imam al-Ghazali mengatakan : “Pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik”
Kerajaan pula wajib berusaha mengawal kemudahan teknolgi agar tidak disalahguna disamping tindakan undang-undang yang dapat mencegah daripada merebak penyakit yang menggugat keamanan
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 108 surah al-An’am :
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٠٨﴾
Maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
Isu panas tular di media sosial sepanjang Ramadhan tahun ini di mana gambar kaki seorang lelaki memijak al-Quran dan tangkap layar wajib diambil berat dan serius oleh semua pihak. Ia berlaku di Pahang diikuti yang terbaru di Sabah. Apabila Al-Quran dipijak, maka yang tercemar bukan sekadar kertasnya, tetapi kesucian wahyu dan maruah umat. Kita menyokong penuh sebarang usaha dalam menghukum penghina al-Quran. Perbuatan menghina al-Quran perlu dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada walaupun pelaku sudah memohon maaf. Perbuatan itu jelas mempunyai unsur mempersendakan dan berbahaya jika tidak ditangani secara tegas. Perbuatan membiarkan tanpa tindakan dinormalisasikan, ia dibimbangi boleh menjadi ikutan kepada orang lain. Fenomena menghina, memperlaku, kemudian meminta maaf dan tanpa didakwa, ditakuti meneruskan budaya menghina agama, kemudian meminta maaf sehingga Masyarakat merasakan kelihatan main-main dengan isu agama. Pihak pemegang amanah undang-undang wajib laksana tuntutan undang-undang.
Kata Buya Hamka, "jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan."
Kita sebagai umat yang bermaruah wajib mengagungkan al-Quran dengan sentiasa membaca, memahami seterusnya melaksakan tuntutan Allah dan rasulNya dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosia dan sebagainya. Mulia dan berjayanya umat Islam bergantung kepada sebanyak mana hubungan dan pengamalan kita kepada panduan al-Quran. HInanya umat dunia akhirat bila menjauhi dan tidak melaksana tuntutan al-Quran
قَالَ الرَّسُوْلُ :إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ – رواه مسلم
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seseorang (sesuatu kaum itu) dengan kitab ini (iaitu al-Qur’an) dan merendahkan yang lain dengan kitab ini.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾
Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Laungan kalimah ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa diulang tiap kali sambutan raya bagi menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Jika tahun sebelum ini Ramadhan dan Syawal sentiasa bermandi darah umat Islam Palestin maka tahun ini berlakunya perang yang dilancarkan oleh Israel. Sebenarnya bertujuan melakar Peta Baharu Asia Barat anjuran Zionis dan sekutunya, Amerika Syarikat. Hal ini menepati perjuangan Zionis untuk mendirikan Israel Raya yang bersempadan dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Furat di Iraq, dan dari Laut Mediterranean hingga Laut Merah, sekali gus mengubah peta Sykes-Picot.
Banyak analisa yang menyatakan bahawa serangan tidak bertamadun ini adalah strategi dalam memastikan tiada negara kuat anti zionis Yahudi dan sekutu jahatnya Amerika yang boleh menggugat negara penceroboh Israel sebagaimana dihancurnya Iraq, Libya dan sebagainya sebelum ini
Kita doakan agar peperangan ini tidak berlanjutan yang bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa malah memberi kesan besar termasuk keamanan dan ekonomi dunia. Tidak terkecuali kita di Malaysia turut terima tempiasnya yang memerlukan kita berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja
Kita doakan juga kemerdekaan tanah wakaf milik seluruh umat Islam bumi Palestin. Peperangan demi peperangan yang berlaku terutama di Timur Tengah disebabkan berebut hasil bumi mengingatkan kita amaran nabi s.a.w antaranya
قَالَ الرَّسُوْلُ :لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ، يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ، فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ، تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ، وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ: لَعَلِّي أَكُونُ أَنَا الَّذِي أَنْجُو - رواه مسلم
Maksudnya : “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (di Iraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang akan berperang untuk merebutnya. Maka 99 daripada 100 orang akan terbunuh. Manakala masing-masing yang terlibat akan berkata, ‘Moga-moga akulah orang yang terselamat itu
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.
Tidak lupa untuk berpuasa sunat 6 hari dibulan Syawal
قَالَ الرَّسُوْلُ :مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ رواه مسلم
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,
Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami.
اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti
.اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)