Jumaat, 18 Julai 2008

10. KHUTBAH EIDILFITRI 1426H

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :
وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين
Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.

Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Islam adalah agama fitrah yang meraikan keperluan dan kemampuan umat manusia termasuk anugerah Eidilfitri yang sedang kita sambut pada hari ini setelah sebulan menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadhan yang baru lalu. Oleh itu perayaan dalam Islam mempunyai cara yang tertentu bagi memastikan sambutannya sentiasa berada dalam suasana ibadat termasuk ianya disambut dengan laungan tasbih, tahmid serta takbir oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa dan bahasa, adat dan tempat sebagai tanda syukur dan kemenangan. Laungan takbir membesarkan Allah tidak bermakna jika kita terus menjadi hamba kepada nafsu. Laungan tasbih menyucikan Allah tidak berharga jika umat Islam sendiri menyekutukan Allah walau pun bukan pada menyembah berhala tetapi menjadi pemuja dan pengamal kepada ideology dan system yang bercanggah dengan Islam. Laungan tahmid memuji Allah tidak bernilai jika umat Islam hanya tahu mengucapnya dimulut tetapi dari segi tindakannya banyak bercanggah daripada apa yang disuruh oleh Allah. Apakah erti laungan kemenangan yang diucapkan samada kerana tidak perlu lagi berpuasa dengan berlalunya Ramadhan atau kita benar-benar menghayati laungan itu sebagai tanda syukur kepada Allah kerana telah memberi peluang kepada kita untuk menghidupkan sebulan Ramadhan dengan amalan soleh sehingga terdidiknya nafsu serta bertambahnya ikatan diri kita dengan Allah bagi membolehkan kita lahir sebagai umat yang bertaqwa dan diredhai oleh Allah didunia dan akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Kegembiraan menyambut Eidil Fitri, jangan melupakan kita kepada proses tarbiah yang begitu berharga yang diterima sepanjang Ramadhan lalu. Jadikan diri kita sebagai umat yang sentiasa jinak dan sayang kepada masjid dengan terus menghidupkannya tanpa mengira waktu dan ketika agar kita menjadi salah satu daripada tujuh golongan yang bakal dipayungi oleh bayangan ‘Arasy Allah diakhirat nanti iaitu orang yang sentiasa terikat hatinya dengan masjid. Jadikan diri kita sebagai orang yang sentiasa ingat pada Allah di mana sahaja berada sebagaimana suatu pesanan daripada Sayyidina Umar al-Khottab : “ Lupakan urusan dunia ketika engkau berurusan dengan Tuhan (ketika beribadat khusus) dan jangan lupakan Allah ketika membuat urusan dunia”. Semangat Ramadhan juga sepatutnya menyemarakkan lagi jihad kita dalam melaksanakan seluruh system al-Quran dan jangan pula menjadikan kita sebagai umat yang menjauhi al-Quran sebagaimana diperingatkan oleh Allah melalui ayat 30 surah al-Furqan:
وقال الرسول يــرب إن قومي اتخذوا هذا القرءان مهجورا
Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
Menyedari tentang betapa pentingnya hubungan yang rapat antara kita dan al-Quran dan pelaksanaannya dalam mencapai kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat maka kita wajib menunaikan kewajipan kita terhadap al-Quran. Pertamanya kita mesti membaca al-Quran sehingga pandai. Keduanya kita mesti membaca al-Quran sehingga memahami isi kandungannya. Ketiganya kita mesti membaca al-Quran sehingga mampu menghafaz keseluruhan atau setakat yang termampu oleh kita. Keempatnya kita mesti membaca al-Quran sehingga dapat mengamalnya dalam kehidupan seharian. Kelimanya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu dimasyarakatkan. Keenamnya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu didaulatkan. Apabila umat Islam mampu melaksanakan segala tanggungjawab terhadap al-Quran maka kemenangan yang dijanjikan oleh Allah semakin dekat. Kejayaan sesuatu umat atau tamadun apabila hidupnya budaya ilmu disertai dengan pelaksanaan yang bersungguh. Kita umat Islam bakal meraih kejayaan dan kegemilangan sebagaimana sebelum ini apabila kembali membaca al-Quran dan melaksanakan seluruh sistemnya dalam kehidupan.
Seorang tokoh barat pernah mengangkat al-Quran dalam Parlimen Britain lalu mengatakan : “ Selagimana al-Quran itu berada di tangan umat Islam maka Eropah selama-lamanya tidak mampu menguasai negara Islam malah Eropah sendiri tidak akan berada dalam keadaan aman dan tenteram”. Jika barat mampu memahami kehebatan al-Quran maka apakah kita umat Islam masih was-was mengenainya?.

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Antara hikmat difardhukan puasa Ramadhan ialah untuk melemahkan hawa nafsu sehingga semangat jihad semakin kuat. Musuh Islam begitu memahami tentang cara terbaik dalam menghancurkan umat Islam antaranya dengan membangkitkan hawa nafsu sehingga umat Islam sikit demi sedikit akan menanggalkan pegangan agama serta menganggap Islam agama penyekat kebebasan. Yahudi berkata dalam protokol mereka : “ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”. Begitu juga kata pemimpin penjajah Kristian : “ Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”.
Musuh Islam bukan bercakap tanpa pelaksanaan di mana kini kita dapat lihat kerosakan golongan muda Islam semakin parah termasuk di negara kita sendiri. Kita terkejut apabila hasil kajian sekumpulan pensyarah sebuah universiti tempatan mendapati lebih 50 peratus masyarakat negara ini pernah berzina sebelum berkahwin. Kita tambah terkejut apabila kajian sekumpulan pelajar universiti tempatan mendapati 67 peratus pelajar sekolah rendah luar Bandar pernah melihat dan membaca bahan lucah ditambah pula dengan 91 peratus pelajar di bandar yang pernah menonton vcd lucah. Sedangkan dalam masa yang sama adanya laporan yang menunjukkan 100 ribu pelajar sekolah rendah seluruh negara yang tidak tahu kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Oleh itu kita wajib mengorak langkah dengan segera dalam memantapkan system pendidikan berteraskan Islam dengan melibatkan kerjasama semua pihak. Kita tidak mahu generasi muda terus hancur terutama dengan 2 penyakit utama iaitu dadah dan AIDS akibat kegagalan system yang banyak mengenepikan petunjuk al-Quran.
Kita pada hari ini sedang ditimpa bala daripada Allah sebagaimana sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:
يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ
Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah: [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat dalam menyemarakkan semangat jihad dan menambah keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi sebagaimana kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam dalam peperangan Ahzab atau Khandak. Ketika menyambut Syawal maka kita tidak lupa kepada 3 peperangan besar yang pernah berlaku di dalamnya. Pertamanya Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah. Keduanya Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal yang berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah. Peperangan ketiga pula ialah Peperangan Hunain yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah.
Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana ia bakal diraih atau dikenakan kepada sesiapa sahaja yang mencukupi syaratnya samada dari kalangan umat Islam atau kafir. Kebenaran Islam semata-mata tidak akan diberikan kemenangan jika umatnya tidak berusaha untuk memenuhi syarat kemenangan manakala kesesatan kuffar tetap diberi kemenangan mengalahkan umat Islam jika kuffar memenuhi syarat kemenangan. Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”.
Allah S.W.T juga mahu memberi pengajaran berharga di atas kekalahan yang diterima oleh umat Islam sebagaima firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :
إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين ءامنوا ويتخذ منكم شهداء والله لايحب الظــلمين
Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Kita mesti sama-sama berusaha dalam memenuhi syarat kemenangan terutama dalam melahirkan golongan pemuda yang memiliki 5 sifat penting iaitu [1] keimanan yang teguh, tidak goyah dan tidak rapuh [2] keikhlasan yang benar yang tidak mengenal pura-pura dan menunjuk-nunjuk [3] keazaman yang kuat tidak mengenal takut [4] amal yang berterusan tidak mengenal susah dan penat [5] pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal selain kemenangan atau gugur syahid
Yakinlah bahawa apabila kita telah memenuhi syarat kemenangan maka semakin dekatnya janji kemenangan daripada Allah S.W.T di mana kemenangan yang dianugerahkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menghantar ribut sebagaimana peperangan Ahzab. Sekuat mana pun musuh Islam namun tidak mampu melawan kehebatan dan kekuasaan Allah sebagaimana kita dapat lihat pada hari ini bagaimana kekuatan Amerika Syarikat yang mampu meranap Afghanistan dan Iraq dalam masa sekejap sedang ditimpa ribut dengan pelbagai nama samada Katrina, Rita, Wilma dan sebagainya yang menghancurkan banyak negeri dan bandarnya. Kecanggihan alat yang ada cuma mampu mengurangkan mangsa ribut tetapi tidak mampu menahan ribut tersebut. Oleh itu kita umat Islam mesti kembali merapatkan hubungan dengan Allah dengan menjauhi segala maksiat dan melaksanakan seluruh kewajipan agar kita menjadi umat kemenangan di dunia dan akhirat. Biar pelbagai halangan, cabaran, ujian yang mendatang namun Islam mesti didaulatkan. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walaupun selangkah. Biar bercerai nyawa daripada badan namun kesucian Islam tetap dipertahankan. Tidak barat dan tidak timur tetapi Islamlah menjadi asas kemajuan dan kemuliaan kita.
Firman Allah dalam ayat 25 dan 26 surah al-Taubah :
لقد نصركم الله فى مواطن كثيرة ويوم حنين إذ أعجبتكم كثرتكم فلم تغن عنكم شيئا وضاقت عليكم الأرض بما رحبت ثم وليتم مدبرين ثم أنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين وأنزل جنودا لم تروها وعذب الذين كفروا وذلك جزاء الكفرين
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :
وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون
Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Nikmat sihat dan keamanan yang kita rasai mestilah disyukuri dengan melakukan segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya agar kita tidak ditimpa dengan pelbagai bala berbentuk lapar termasuk kenaikan harga barang yang menyebabkan keperluan asas tidak mampu dibeli atau pun ketakutan akibat dikelilingi oleh masyarakat yang rosak yang menunggu peluang untuk menipu dan mencuri harta kita. Syukur juga dapat dilaksanakan dengan memberi bantuan yang sepatutnya kepada mangsa gempa bumi di Pakistan, mangsa peperangan di Irag, Afghanistan, Palestin dan selainnya. Kita juga wajib membantu saudara seagama yang sedang ditindas di Selatan Thailand disamping umat Islam di Indonesia yang semakin tertekan selepas serangan di Bali. Jika kerajaan Thailand bertindak ganas terhadap pengajian pondok di sana kini kerajaan Indonesia turut mengikut langkah tidak bertamadun dalam menyiasat pengajian pondok di negaranya. Sepatutnya umat Islam mempunyai pendirian yang tegas bukannya mengikut telunjuk barat dalam memerangi dan menekan saudara seagama. Ingatlah bahawa tunduknya kita pada musuh Islam tidak akan sama sekali memadamkan api permusuhan mereka terhadap umat Islam. Bukannya umat Islam yang menutup pintu perdamaian tetapi kuffar yang sentiasa menyemarakkan api permusuhan dan meneruskan penindasan.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

9. KHUTBAH EIDIL FITRI 1424H

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …فرمان الله دالم آية 55 سورة النور :
وعد الله الذين ءامنوا منكم وعملوا الصــلحــت ليستخلفنهم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذي ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدونني لايشركون بي شيئا ومن كفر بعد ذلك فأولئك هم الفـسقون
Maksudnya : Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi ini sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama Islam yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia juga akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka terus menyembahKu tanpa mempersekutukanKu dengan sesuatu pun. Dan sesiapa yang kufur engkar sesudah itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Eidil Fitri merupakan suatu anugerah istimewa daripada Allah kepada umat Islam setelah sebulan berpuasa Ramadhan. Umat Islam yang dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna bukan sahaja dapat merasai kegembiraan ketika berbuka malah semasa menyambut hari raya serta dijanjikan satu lagi kegembiraan yang begitu diharapkan iaitu apabila bertemu dengan Allah nanti. Oleh itu sambutlah ketibaan 1 Syawal dalam keadaan antara perasaan al-Raja’ iaitu begitu berharap agar segala amalan diterima oleh Allah S.W.T serta perasaan al-Khauf iaitu begitu gerun jika amalan kita ditolak oleh Allah S.W.T sehingga kedua-dua perasaan tadi dapat melahirkan diri kita sebagai hamba yang bertaqwa. Ketika bergembira menyambut hari raya maka kita turut merenung tentang adakah kita akan berjumpa lagi dengan tarbiah Ramadhan pada tahun depan atau sebaliknya. Jangan pula terlalu gembira dengan berlalunya Ramadhan sehingga kedatangan hari raya diisikan dengan maksiat seumpama banduan yang baru terlepas daripada menjalani hukuman yang menyiksakan. Kita perlu ingat bahawa iblis dan syaitan pun turut bergembira dengan berlalunya Ramadhan kerana mereka boleh bebas daripada ikatan Allah S.W.T dan akan membalas dendam untuk meneruskan kerja jahat mereka dalam merosak dan menyesatkan anak Adam.
Gunakanlah segala hasil tarbiah Ramadhan untuk menyemarakkan lagi semangat jihad dalam beribadat khusus dan bekerja sehingga kemuliaan dan kegemilangan umat Islam kembali diraih. Jangan sama sekali meninggal terus proses tarbiah Ramadhan sehingga kita termasuk dalam golongan yang hanya berpuasa dari segi tidak makan minum sahaja tetapi tidak berpuasa pada segala anggota yang sepatutnya sehingga ia merugikan kita bukan sahaja di dunia malah di akhirat nanti. Jangan biarkan masjid dan surau kosong, al-Quran tidak dibaca serta tidak pula diamalkan dalam kehidupan dengan berlalunya Ramadhan. Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi di mana sabda nabi yang bermaksud : Akan datang suatu zaman di mana tidak tersisa Islam kecualitinggal namanya sahaja, tidak tersisa daripada al-Quran kecuali tulisannya sahaja dan masjid-masjid mereka berdiri megah dan cantik tetapi jauh daripada petunjuk Allah S.W.T……..

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Taqwa itulah antara yang diperolehi oleh umat yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah. Maksud taqwa sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu. Oleh itu, hamba Allah yang bertaqwa sentiasa cermat dalam tindak tanduknya agar tidak terkena duri kemaksiatan atau kekufuran yang boleh merobek keimanannya. Umat bertaqwa adalah suatu umat yang mesti dilahirkan dalam sesebuah negara agar terhindarnya banyak masalah maksiat yang menempah bala dan kemurkaan Allah. Ingatlah kita kepada suatu pesanan Sayyidina Umar kepada para pemimpin yang dilantik : Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang taqwa tetapi dungu kerana itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna. Sehubungan dengan ini maka ilmu dan amal mesti selari, ilmu dan akhlak mesti sentiasa bersama, ilmu dan taqwa mesti bersatu dalam melahirkan manusia yang bijak dalam bertindak serta berhati dalam bergerak agar sentiasa bertepatan dengan kehendak syarak.
Masalah sosial dengan keruntuhan akhlak dan jenayah semakin banyak berlaku dalam masyarakat akibat memisahkan antara ilmu, amal, akhlak dan taqwa. Oleh itu sistem pendidikan yang ada mesti menekankan perkara ini dalam memastikan lahirnya umat yang berilmu tinggi dan berakhlak murni yang tertanam kukuh sifat taqwa dalam diri. Jangan terlalu mementingkan kejayaan akademik tanpa mengambil berat dengan ketinggian akhlak. Jangan terlalu menekankan kejayaan dalam mencari kekayaan dunia hasil pengajian tanpa memikirkan tentang bekalan akhirat yang sepatutnya lebih utama untuk ditingkatkan. Ingatlah kepada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda sebaliknya kekayaan yang sebenar ialah kaya jiwa (hati).

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Pendidikan merupakan suatu tugas yang bukan sahaja dilakukan oleh guru di sekolah malah ia mesti bermula dengan didikan ibubapa di rumah ditambah dengan sokongan seluruh masyarakat dalam memastikan suasana sekitar sentiasa selaras dengan kehendak agama sehingga anak-anak dapat menjalani proses tarbiah dengan baik dan jaya. Amat malangnya jika proses tarbiah diganggu seperti tekanan yang begitu teruk bagi sekolah agama rakyat manakala di sekolah kebangsaan pula bukan sahaja dikurangkan mata pelajaran agama malah adanya cadangan untuk menghapuskan terus pengajian agama pada sesi pagi untuk dijadikan pengajian agama secara asing pada waktu petang. Sepatutnya kerajaan berusaha bersungguh dalam melahirkan ulama’ profesional di sekolah agama rakyat dengan mengekalkan bantuan serta melahirkan golongan profesional ulama’ di sekolah asrama penuh terutama MRSM disamping menambahkan lagi mata pelajaran agama di sekolah kebangsaan serta melaksanakan setiap program selaras dengan Islam bukan mengenepikannya. Kita juga menyeru kepada pemimpin agar tidak mengganggu pengajian agama dengan mengikut telunjuk Amerika kerana umat Islam pernah kemerosotan dalam perkembangan ilmu semasa peperangan Salib sebelum ini di mana pihak penjajah mengembangkan ilmu mereka di Sepanyol sedangkan pusat ilmu Islam di Baghdad dan Syria dilanda peperangan. Oleh itu semua pihak bertanggungjawab untuk mengembangkan ilmu bukannya berusaha menyekatnya.
Jika dulu orang takut kepada rotan dalam hukum hudud tetapi sekarang ramai yang takut kepada hukum rotan di sekolah sedangkan hukuman rotan inilah yang telah berjaya melahirkan masyarakat berguna yang ada pada hari ini. Jangan disebabkan hasutan kebendaan sebagaimana berlaku dalam masyarakat barat yang mendedahkan guru kepada tindakan mahkamah oleh ibubapa yang menyebabkan usaha pendidikan terbantut. Bebaskan guru daripada sebarang tekanan serta bantulah mereka sehingga golongan ini mampu melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak tinggi. Sudah cukup dengan masalah yang sedia ada apabila pemimpin menghina ulama’ maka pelajar menderhaka guru, apabila pemimpin melabelkan sekolah agama rakyat sebagai sarang pengganas maka sekolah asrama penuh pilihan jadi pusat jenayah pelajar. Sedarlah kita bahawa apabila rakyat kaya akhlak maka kekayaan hasil negara akan dapat digunakan untuk kebaikan rakyat sebaliknya jika rakyat miskin akhlak menyebabkan kekayaan negara banyak dihabiskan untuk mengubati penyakit rakyat. Lihatlah bagaimana masalah dadah sahaja menyebabkan negara terpaksa mengeluarkan belanja 300 juta setahun bagi membiayai 28 buah pusat pemulihan seluruh negara setakat ini. Kita juga mengharapkan program Khidmat Negara yang baru diperkenalkan dapat digunakan sebaik mungkin dalam melahirkan warganegara soleh yang mempunyai jati diri tinggi dan faham agama bukannya ia bakal meneruskan kegagalan program Rakan Muda sebelum ini yang banyak melahirkan warganegara serba boleh dalam melakukan maksiat sehingga membazirkan lebih 14 juta wang rakyat setahun.

Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Umat Islam mesti menghidupkan budaya ilmu dalam kehidupan seharian sejajar dengan perintah Allah dan rasulNya agar keimanan kita bertambah mantap serta mampu bersaing dalam mencapai ketinggian tamadun. Kita perlu sedar bagaimana terlalu kuatnya pengaruh dalam merosakkan umat Islam dari pelbagai sudut ditambah dengan tindakan pemimpin yang lebih suka melihat masyarakat rosak serta tidak mempedulikan masalah negara dengan hanyut dalam hiburan yang melalaikan. Kita dapat melihat bagaimana pelbagai program maksiat begitu mudah diluluskan sedangkan program dalam meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab agama terlalu ketat dijaga ditambah dengan tindakan merampas masjid dan ada pula surau yang dirobohkan. Pemimpin lebih suka melihat lahirnya lebih ramai golongan yang tidak begitu berpegang kepada agama malah ragu-ragu terhadap agama sendiri seperti yang disifatkan oleh Allah melalui firmanNya dalam ayat 143 surah an-Nisa’ :
مذبذبين بين ذلك لآ إلى هــؤلاء ولآ إلى هــؤلاء ومن يضلل الله فلن تجد له سبيلا
Maksudnya : Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman) dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
Akhirnya timbul orang yang mempertikaikan masalah arahan bertudung sebagai suatu paksaan sedangkan pengharaman bertudung semasa bertugas kepada anggota wanita Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta arahan larangan memakai tudung labuh kepada pelajar MRSM dan Kolej MARA tidak dikatakan paksaan. Begitu juga larangan berjubah dan serban ke pejabat tidak dikira paksaan. Tafsiran paksaan hanya untuk arahan supaya pakai tidak pada larangan daripada pakai. Golongan ini akan melihat setiap arahan wahyu adalah paksaan manakala arahan nafsu adalah suatu yang patut diterima atas nama kebebasan.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang dilaungkan bersama meyakinkan lagi kepada kita semua bahawa umat Islam mampu kembali bersatu di bawah panji Islam sebagaimana kita diasuh menyembah Allah yang satu, mengadap ke arah qiblat yang satu, membaca dan mengamalkan al-Quran yang satu dan kini kita semua berusaha untuk melaksanakan seluruh sistem Islam yang satu dengan menolak sebarang sistem ciptaan manusia yang sesat dan buntu. Bukan suatu yang salah jika umat Islam negara ini mahu mengembalikan semula pelaksanaan seluruh sistem Islam dalam negara memandangkan negara ini asalnya adalah negara Islam tetapi telah dimurtadkan perlembagaannya oleh penjajah dan diteruskan oleh anak didik mereka. Kesan besar dengan murtadnya perlembagaan negara telah menyebabkan sebarang usaha untuk melaksanakan sistem Islam yang bercanggah dengan perlembagaan negara dianggap salah walau pun negara ini didakwa sebagai negara Islam contoh. Sebab itulah kita begitu kecewa apabila adanya umat Islam sanggup mencemar kesucian Ramadhan lalu dengan mencabar enakmen Hudud dan Qisas Terengganu atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara bukannya disebabkan ia bercanggah dengan hukuman Allah. Orang bukan Islam pun tidak berani melakukannya tetapi ia sanggup dilakukan oleh umat Islam yang mendakwa mahu menjaga hak awam sedangkan banyak pencabulan terhadap sistem kehakiman negara selama ini tidak pula dicabar. Sebenarnya orang ini telah ketinggalan zaman di mana kini perundangan Islam turut diiktiraf keunggulannya oleh Badan Undang-undang Dunia yang dianggotai oleh orang bukan Islam. Malah dari segi keadilannya dapat kita lihat contoh pelaksanaannya di Arab Saudi yang telah membawa kepada peratus jenayah di negara itu paling rendah di dunia. Dalam tempoh 25 tahun pemerintahan Malik Abdul Aziz hanya 16 orang dipotong tangan dan dari tahun 1967 hingga 1987 iaitu 20 tahun hanya seorang wanita yang telah kahwin dihukum rejam kerana berzina. Jika dilihat kepada angka pesalah yang dijatuhkan hukuman maka ia jauh lebih kecil berbanding jenayah dalam negara kita.
Kita turut dikejutkan dengan tindakan beberapa orang yang terlibat dengan jaran sesat cuba menggunakan peruntukan kebebasan agama yang dijamin oleh Perlembagaan Negara untuk mereka mendakwa bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa dalam mendakwa tindakan seseorang untuk murtad daripada Islam. Betapa hinanya kedudukan Islam di bawah perlembagaan yang telah dimurtadkan oleh penjajah ini. Ingatlah bahawa Allah S.W.T memuliakan kita apabila melaksanakan Islam dalam kehidupan dan kita terus menjadi umat yang hina selagi meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh.

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya. Ia bagaikan suatu arahan agar terus mengingati bagaimana kemenangan tentera Islam ke atas tentera bersekutu kuffar pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah. Semoga dengan laungan kalimah ini yang sentiasa diulang dapat menyemarakkan semangat jihad dan menambah keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi serta yakinlah bahawa tiada suatu pun kuasa besar yang kekal berkuasa di atas muka bumi ini melainkan kuasa Allah.
Firman Allah dalam ayat 10-11 surah Muhammad :
أفلم يسيروا فى الأرض فينظروا كيف كان عــقبة الذين من قبلهم دمر الله عليهم وللكــفرين أمثــلها ذلك بأن الله مولى الذين ءامنوا وأن الكــفرين لامولى لهم
Maksudnya : Adakah mereka tidak melakukan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat perhatikan bagaimana akibat yang menimpa orang-orang sebelum mereka di mana Allah telah membinasakan mereka dan bagi orang-orang kafir itu akan menerima akibat seperti itu. Demikian itu dengan sebab Allah menjadi pelindung orang-orang yang beriman sedangkan orang-orang kafir tidak mempunyai pelindung bagi mereka.
Kita ingat bagaimana sekuat-kuat Namrud hanya dihancur dengan nyamuk. Begitu juga sehebat-hebat Firaun ditenggelamkan di tengah laut Merah. Segagah-gagah kerajaan musyrikin Mekah akhirnya jatuh dengan mudah dalam peristiwa Pembukaan Kota Mekah. Semegah-megah kerajaan Kristian Rom dan Majusi Parsi akhirnya tunduk kepada tentera Islam yang dianggap kecil. Malah sejarah turut merakamkan bagaimana tentera Tartar Monggol yang terkenal dengan ganas dan zalim sehingga menawan hampir keseluruhan wilayah umat Islam serta berakhirnya kerajaan Abbasiyah Baghdad di mana dunia Islam pada masa itu merasakan sudah tiada peluang lagi untuk menang. Sebaliknya Allah tetap mendatangkan kemenangan kepada Islam apabila Kerajaan Mamalik Mesir yang diketuai Sultan Saifudin Qutuz bukan sahaja tidak gentar dengan ugutan tentera Tartar Monggol malah mara sehingga meletusnya peperangan di ‘Ain Jalut, Palestin pada 25 Ramadhan 658 Hijrah yang telah menyaksikan bagaimana tentera musuh kalah teruk. Apa yang lebih menarik ialah tentera Tartar Monggol selepas itu telah memeluk Islam dan menjadi sebuah kerajaan Islam yang hebat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Melihat kepada perjalanan sejarah yang diperkukuhkan lagi dengan amaran Allah maka tidak mustahil kuasa besar dunia hari ini iaitu Amerika serta zionis yahudi akan hancur. Dunia menyaksikan bagaimana tentera Amerika sedang dikuburkan di Afghanistan dan Iraq di mana serangan meningkat pada Ramadhan yang baru lalu. Ini ditambah dengan masalah kebakaran lebih 3000 km persegi di California, Amerika yang menyebabkan lebih 100 ribu penduduknya terpaksa lari mencari perlindungan. Amerika tidak mustahil akan menerima nasib sebagaimana kuasa komunis Soviet Union sebelum ini yang jatuh menyembah bumi di tangan mujahidin Afghanistan. Malah dari segi moral juga zionis yahudi yang merupakan dalang keganasan serta Amerika sebagai pelaksana keganasan dilihat oleh dunia termasuk penduduk Eropah sebagai ancaman utama kepada keamanan dunia. Walau pun menguasai media massa dunia sehingga ia digunakan semaksima mungkin dalam menuduh Islam sebagai pengganas namun zionis yahudi tidak mampu menutup kezaliman dan kebiadapan mereka. Dunia bagaikan bergerak secara serentak dalam membenci zionis yahudi sehingga bangsa yang terkenal dengan sikap suka memperkudakan orang lain untuk melakukan keganasan demi mencapai takhta dan harta telah merasai bahang bahawa dunia sudah bersedia memerangi zionis yahudi walau pun mereka menguasai ekonomi dunia.
Akibat kebencian disebabkan keganasan mereka turut menyaksikan bagaimana yahudi, Amerika, Britain dan sekutu mereka menjadi sasaran umat yang tertindas sehingga sanggup melakukan apa sahaja sehingga berlakunya serangan berani mati di Riyadh, Arab Saudi dan dua serangan di Turki ke atas tempat kepentingan mereka. Oleh itu zionis yahudi, Amerika dan sekutu mereka mesti menghentikan segera sebarang bentuk keganasan demi mengembalikan semula keamanan dunia.
Firman Allah dalam ayat 26 surah Ali ‘Imran :
قل اللهم مــلك الملك تؤتى الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء وتعز من تشاء وتذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شيء قدير
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ





KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….فرمان الله تعالى دالم أية 38 سورة محمد :
هــأنتم هؤلاء تدعون لتنفقوا فى سبيل الله فمنكم من يبخل ومن يبخل فإنما يبخل عن نفسه والله الغني وأنتم الفقراء وإن تتولوا يستبدل قوما غيركم ثم لايكونوا أمـثلكم
Maksudnya : Ingatlah bahawa kamu ini merupakan orang-orang yang diseru agar menafkahkan hartamu pada jalan Allah. Maka ada di antara kamu orang yang bakhil dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanya bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu merupakan orang fakir yang memerlukan pertolonganNya dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantimu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan bersikap seperti kamu ini.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Tarbiah melalui zakat selain menyucikan harta maka ia bertujuan menghilangkan sikap terlalu cintakan harta dan menanam sifat suka membantu saudara yang lain. Apabila harta sendiri turut diagihkan kepada orang lain menyebbakan perasaan mahu mengambil harta orang lain tanpa hak dapat dihindar. Ini dapat mengurangkan umat yang boleh dijual beli seperti binatang ternakan melalui amalan rasuah yang membawa kepada kehancuran negara. Kita mengharapkan kepimpinan negara yang baru dapat membersihkan nama negara yang didakwa negara Islam contoh yang kini berada ditangga ke-33 dalam senarai negara paling teruk mengamalkan rasuah. Negara juga mesti dibersihkan daripada terus mengaut keuntungan mudah hasil perniagaan judi dan arak yang merupakan perniagaan yang cepat untung tetapi tidak bermoral. Amalan judi sahaja menyaksikan bagaimana 8 bilion ringgit dihabiskan di meja judi manakala penggguna arak di negara ini berada ditangga ke-10 yang terbesar didunia. Perniagaan ini hanya menjanjikan keuntungan tetapi tidak memberi manfaat terutama kepada umat Islam dan rakyat malah menambahkan masalah sosial. Kita terlalu bimbang jika kapitalis yahudi boleh menguasai kepimpinan Amerika dengan kekuatan ekonomi mereka maka pimpinan negara ini boleh menjadi hamba suruhan kepada tauke arak dan judi sehingga banyak hak rakyat apatah lagi agama diketepikan jika terus menyuburkan perniagaan yang tidak bermoral itu.
Selain itu seluruh negara umat Islam perlu memperkasakan kekuatan ekonomi memandangkan dari 57 negara di bawah OIC kebanyakannya kaya dengan hasil bumi. Dunia Islam sentiasa berharap agar OIC dapat menjadi badan yang bertindak cekap bukannya badan setakat melihat terutama ketua-ketua negara OIC baru selesai bersidang di Putrajaya baru-baru ini yang menelan belanja lebih 500 juta ringgit. OIC perlu sedar bagaimana tekanan musuh terutama yahudi begitu kuat antaranya mereka bertindak membekukan aset umat Islam yang dituduh pengganas, kezaliman yang terus berlangsung di Palestin, Iraq dan selainnya serta tekanan terhadap Iran, Syria dan Lubnan. Oleh itu kembalikan semua negara OIC kepada dasar Islam sehingga wujudnya semula kekuatan umat dalam menghadapi sebarang cabaran musuh. Jangan terus menjadikan kuffar sebagai pasaraya umat Islam sehingga kita bukan sahaja tidak mampu berdikari malah terus menjadi mangsa penindasan. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُُ
Semoga kedatangan eidil fitri kali ini menambahkan kebahagian kepada seluruh umat Islam. Dalam berhari raya jangan cuba cemarinya dengan maksiat. Cuba jaga adab Islam dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan serta elakkan daripada membazir. Disamping itu rebutlah juga peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda Rasulullah s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ