KHUTBAH PERTAMA
الله أكبر ( 9 كالي ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا . الحمد لله الذي الذي وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ . وأشهد أن لاإله إلا الله وحده لاشريك له . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله ومن سار على نهجه إلى يوم الدين . أما بعد .... فيا أيها المسلمون اتقوا الله حق تقاته ولاتموتن إلا وأنتم مسلمون ....فرمان الله دالم آية 10 –13 سورة الصف:
يأيها الذين ءامنوا هل أدلكم على تجــرة تنجيكم من عذاب أليم تؤمنون بالله ورسوله وتجــهدون فى سبيل الله بأمولكم وأنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون يغفرلكم ذنوبكم ويدخلكم جنت تجرى من تحتها الأنهــر ومســكن طيبة فى جنت عدن ذلك الفوز العظيم وأخرى تحبونها نصر من الله وفتح قريب وبشر المؤمنين
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Adakah kamu gembira jika Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa ragamu. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Dia (Allah) mengampunkan dosa-dosa kamu dan Dia (Allah) memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adni. Demikian itu merupakan kemenangan yang besar. Allah berjanji akan menganugerahkan suatu kurniaan yang kamu sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang hampir. Dan sebarkanlah berita gembira kepada mereka yang beriman.
Muslimin/mat yang diberkati Allah,
1 Syawal tiba lagi menandakan bermulanya sambutan Eidil Fitri di mana ia disambut penuh kesyukuran dengan laungan takbir membesarkan Allah dan laungan tahmid memuji Allah oleh seluruh umat Islam sedunia tanpa mengira batas usia, harta, takhta atau pun bangsa. Masing-masing bergembira menyambut kedatangan hari yang berbahagia ini setelah sebulan mereka bertarung dengan godaan nafsu semasa menunaikan ibadat puasa. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali di mana setahun bagaikan sebulan, sebulan dirasa bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari dan sehari dirasakan bagai satu jam sahaja. Ini memberi suatu peringatan bahawa semakin hampirnya kita kepada hari qiamat agar hati kita sentiasa subur dengan rasa cinta dan kasih kepada Allah dan seluruh anggota kita pula sentiasa patuh dalam melaksanakan perintah Allah samada ketika sihat atau sakit, muda atau tua, lapang atau sempit, senang atau susah.
Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Kedatangan Syawal bersama berlalunya Ramadhan bukan bererti berlalunya juga proses tarbiah untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah sebaliknya ia akan menyemarakkan lagi semangat jihad dalam diri untuk mengharungi pelbagai ujian yang mendatang. Seorang ulama’ tafsir Imam Fakhrur Razi membahagikan jihad itu kepada 3 bahagian. Pertama ialah jihad seseorang dengan dirinya sendiri iaitu menghadapi hawa nafsu dalam diri. Keduanya ialah jihad antara dirinya dengan makhluk lain berupa harta benda dan kemewahan dunia. Ketiganya jihad menghadapi musuh Allah yang menentang agamaNya. Melalui tarbiah Ramadhan kita dilatih berjihad menentang hawa nafsu dan melalui pengeluaran zakat fitrah pula kita diajar melawan rasa kasih pada harta kemewahan dunia. Jika disuburkan kedua jihad ini sehingga terhakisnya penyakit takut mati dan terlalu cintakan kepada kehidupan dunia, barulah kita mampu menghadapi musuh Allah yang lebih nyata. Penghinaan yang menimpa umat Islam akibat daripada tiadanya semangat jihad tadi dan jika adapun maka ia masih belum mencukupi beberapa syarat kemenangan yang lain terutama kurangnya rasa keikhlasan kepada Allah dalam berjuang di mana masih terdetik di hati untuk mendapat habuan dunia atas hasil kemenangan serta masih dihinggap perasaan lupa kepada Allah sehingga kurangnya pertautan hati dalam mengingati Allah ketika berjuang.
Ambillah iktibar daripada peperangan Hunain yang berlaku pada bulan Syawal di mana akibat tentera Islam terlalu yakin kepada jumlah yang ramai berbanding peperangan sebelumnya serta timbulnya perasaan terlalu yakin bahawa Islam pasti menang yang membolehkan mereka mendapat banyak hasil daripada rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati mereka kepada Allah dan kurangnya perasaan ikhlas dalam berjuang yang menyebabkan tentera Islam hampir kalah. Tetapi Allah tetap memberikan kemenangan kepada Rasulullah s.a.w dan baki tentera Islam yang tetap berjuang tanpa berundur dari medan peperangan.
Firman Allah dalam ayat 25 dan 26 surah al-Taubah :
لقد نصركم الله فى مواطن كثيرة ويوم حنين إذ أعجبتكم كثرتكم فلم تغن عنكم شيئا وضاقت عليكم الأرض بما رحبت ثم وليتم مدبرين ثم أنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين وأنزل جنودا لم تروها وعذب الذين كفروا وذلك جزاء الكفرين
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir.
الله أكبر! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد
Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang dilaungkan bersama meyakinkan lagi kepada kita semua bahawa umat Islam mampu kembali bersatu di bawah panji Islam sebagaimana kita diasuh menyembah Allah yang satu, mengadap ke arah qiblat yang satu, membaca dan mengamalkan al-Quran yang satu dan kini kita semua berusaha untuk melaksanakan seluruh sistem Islam yang satu dengan menolak sebarang sistem ciptaan manusia yang sesat dan buntu. Malah ketika membaca al-quran sepanjang Ramadhan maka kita tidak lupa tentang ayat pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w ialah “ Iqra’ “ yang bererti bacalah. Ini memberi isyarat yang besar bagaimana pentingnya ilmu pengetahuan dalam membina tamadun insan dan kebendaan demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tanpa ilmu maka umat Islam mudah ditipu oleh musuh Islam yang beruasaha untuk terus menjajah dengan melunturkan semangat jihad yang ada. Tanpa ilmu maka umat Islam terjajah di negara mereka sendiri sehingga hasil mahsul negara diambil oleh musuh Islam akibat kekurangan pakar daripada kalangan umat Islam untuk mengeluar dan memproses hasil bumi anugerah Allah.Tanpa ilmu juga maka rakyat akan ditindas oleh pemimpin yang mengekalkan kuasa di atas kejahilan rakyatnya.
Islam yang memerintah dengan ilmu yang diterangi cahaya wahyu terus bertembung dengan musuh Islam yang menjajah dengan nafsu. Islam yang tersebar dengan ilmu pengetahuan terus menangkis serangan musuh yang bergerak dengan kejahilan. Dunia pernah menyaksikan bagaimana runtuhnya kuasa komunis Soviet Union selepas kekalahan mereka di Afghanistan ditambah lagi dengan pemberontakan rakyat mereka sendiri yang mula celik hasil ilmu yang ditimba yang membolehkan mereka sedar bahawa mereka sebenarnya adalah mangsa penindasan. Begitu juga yang berlaku di beberapa negara barat hari ini terutama Amerika apabila rakyatnya mula memasuki agama Islam dengan peratus yang lebih ramai berbanding sebelum serangan 11 September kerana ilmu dan kajian mereka terhadap Islam yang ditekan oleh pemimpin mereka yang ganas. Gelombang ilmu turut menyaksikan bagaimana rakyat Turki yang ditekan begitu lama dengan kezaliman sekularisme telah bertindak menjatuhkan gerakan sekuler yang banyak melakukan penindasan dan penipuan dengan memberi ruang yang seluasnya kepada gerakan pro-Islam untuk memerintah. Penderitaan umat Islam di Palestin yang saban hari dibunuh oleh yahudi ditambah dengan serangan terhadap Iraaq walau pun telah menerima resolusi 1441 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana kuffar terutama Amerika dan Britain yang telah dibeli oleh yahudi begitu tamakkan minyak serta mahu melaksanakan perluasan Negara Israel raya mengikut perancangan asal yahudi yang memanjang hingga Iraq dan Mesir telah menyedarkan hampir keseluruhan umat Islam bahawa kuffar telah memulakan peperangan salib baru yang meminta agar kita bersatu menentangnya. Akhir-akhir ini pula Australia turut menyatakan kesediaan mereka untuk melakukan serangan ke atas mana-mana negara yang mengancamnya. Malah tekanan terhadap negara kita juga hebat apabila turut dikatakan tidak selamat untuk dilawati dan mungkin akan berlaku serangan bom sebagaimana di Bali, Indonesia disamping bayangan awal kuffar akan menggunakan pesawat perang kawalan jauh untuk memerangi umat Islam di rantau Asia Tenggara. Sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari :
لاتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ لايَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ
Maksudnya : Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menyatakan kebenaran di mana tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya ketentuan daripada Allah.
Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Menyedari bahawa Islam bangkit dengan ilmu pengetahuan maka sepatutnya pemimpin kita yang mendakwa mendakwa bahawa negara ini negara Islam lebih menghidupkan budaya ilmu dalam masyarakat bukannya bertindak mengawal majlis ilmu di masjid lebih ketat berbanding dengan hiburan menyesatkan di kelab malam, melarang pemakaian kopiah dan tudung labuh di sebahagian besar pejabat dan pusat pengajian dengan menggalakan pemakaian ala barat dan pendedahan aurat, tidak memandang besat masalah budaya lepak dan jenayah juvana yang semakin meningkat sebaliknya menekan terutama dari segi kewangan ke atas sekolah agama rakyat yang mempunyai jumlah pelajar seramai 600 ribu orang. Penyerapan 126 ribu orang pelajar terbabit ke sekolah kebangsaan bukanlah suatu tindakan tindakan yang bijak malah lebih kepada menghukum pelajar yang mahu mendalami ilmu agama dan bahasa arab tanpa mengenepikan ilmu akademik yang lain. Sepatutnya pemimpin bersyukur kepada Allah kerana peranan yang dimainkan oleh sekolah agama rakyat begitu besar terutama dalam turut membantu menangani masalah kejahilan dan sosial ketika usaha pemimpin melalui program rakan muda bermula 29 November 1994 yang menelan belanja lebih 140 juta 57 ribu ringgit kurang berjaya kerana mencampur adukkan antara ibadat dan maksiat dalam banyak program sehingga padamnya garisan antara dosa dan pahala. Usaha yang tidak bertamadun dalam menekan sekolah agama rakyat akan menambahkan penderitaan umat Islam terutama orang Melayu yang sebelum ini dikejutkan dengan penghapusan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Bahasa Melayu bakal dikubur dan ditalkinkan oleh bangsanya di negaranya sendiri setelah sebelum ini maruah Melayu dicalarkan dengan penghapusan pembelajaran jawi. Mengapa tidak ditiru barat dalam masalah ini apabila barat sehingga hari ini terus menterjemahkan ilmu yang di ambil daripada tamadun Islam berbahasa arab kepada bahasa mereka sedangkan kita telah mempunyai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk berbuat demikian. Sebaliknya pemimpin memaksa kita untuk tunduk kepada bahasa penjajah untuk maju. Ibnu Khaldun pernah berkata bahawa sesuatu bangsa yang paling teruk dan tidak bermaruah ialah apabila bangsanya dijajah dan dia pula terpaksa menggunakan bahasa penjajah untuk maju.
Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya. Ia mengingatkan kita kepada kemenangan tentera Islam seramai 3 ribu orang di bawah kepimpinan Rasulullah s.aw dalam peperangan Ahzab ketika berhadapan dengan tentera bersekutu kuffar melebihi 10 ribu orang yang berlaku pada bulan Syawal. Jika dikira pada akal maka tentera Islam pasti dikuburkan oleh tentera bersekutu kuffar tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila bantuan ribut dan hujan telah menyebabkan tentera musuh berundur di samping serangan saraf melalui pengintip rahsia yang dihantar oleh nabi telah membuatkan tentera musuh berpecah dan seterusnya memberi kemenangan kepada tentera Islam. Kini umat Islam berhadapan sekali lagi dengan tentera bersekutu kuffar yang diketuai oleh yahudi bersama kuasa Kristian Amerika dan Britain yang telah dibeli oleh yahudi. Umat Islam wajib bersatu menentang serangan kuffar yang bukan sahaja bertindak kejam mermbunuh umat Islam malah mereka turut menghina kesucian Islam di mana pada tahun ini sahaja adanya suara biadap yang menuduh nabi Muhammad s.a.w adalah ketua pengganas, adanya desakan agar dibuang ayat mengenai juhad dan perang daripada al-Quran dan yang terbaru ialah penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w yang dituduh akan memilih salah seorang ratu cantik yang sedang bertanding di Nigeria jika baginda masih hidup. Tuduhan liar ini telah menyebabkan lebih 200 orang terbunuh akibat pertempuran antara umat Islam dan kristian.
Sabda nabi melalui suatu hadis:
إِنَّ أَوْثَقَ عُرَى الإْيمَانِ أَنْ تُحِبَّ فِى اللهِ وَتَبْغَضَ فِى اللهِ
Maksudnya : Sesungguhnya sekuat-kuat ikatan iman itu ialah kasih kamu kerana Allah dan benci kamu pun kerana Allah
Kita jangan termakan racun musuh Islam yang sememangnya begitu benci dan gerun kepada persaudaraan dan kesatuan umat Islam di atas dasar iman. Kita mesti ingat kepada satu laporan sulit yang dikemukakan oleh bekas Menteri Jajahan Britain (Ormes Gho) dengan katanya :
“ Peperangan telah mengajar kita bahawa perpaduan umat Islam adalah bahaya yang amat besar yang sewajarnya diberi perhatian serius dan mesti diperangi oleh pihak empayar. Bukan pihak Inggeris sahaja yang memikul tugas ini malah juga pihak Perancis. Di antara perkara yang begitu menggembirakan kita ialah runtuhnya khilafah Islamiah. Kita berharap system khilafah ini tidak akan muncul-muncul lagi. Pegangan kita selama-lamanya ialah menghalang perpaduan umat Islam atau menghalang kerjasama antara negara-negara Islam. Pegangan seperti ini hendaklah dikekalkan”
Oleh itu marilah kita bersatu di bawah seluruh system Islam bukannya memilih Islam mengikut selera nafsu kita. Jangan terus biarkan musuh membunuh dan membaham tubuh umat Islam sebagaimana di Palestin sedangkan kita terus hanyut dengan hiburan yang melalaikan. Jangan biarkan pemuda di Palestin, Kashmir, India, Afghanistan dan lainnya mempertaruhkan nyawa ketika berhadapan dengan musuh sedangkan pemuda kita sibuk menyabung nyawa demi mencari habuan dunia dalam lumba haram. Jangan biarkan saudara seagama kita mati kebuluran disiksa oleh musuh sedangkan kita mati kekenyangan. Jangan biarkan saudara kita terus bertarung nyawa di celah bedilan musuh kerana mahu solat sedangkan kita terus mengosongkan masjid yang ada kerana dihidapi penyakit malas. Jangan biarkan saudara wanita kita diperkosa dan mayat mereka terbujur kaku disaluti kapan sedangkan wanita kita di sini masih asyik dengan fesyen membuka aurat yang menjolok mata. Sedarlah kita bahawa bala Allah apabila ia turun maka menyeluruh. Teruskan melawan musuh sehingga hidup kita mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 104 surah an-Nisa’ :
ولاتهنوا فى ابتغاء القوم إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون وترجون من الله مالايرجون وكان الله عليما حكيما
Maksudnya : Janganlah kamu berasa lemah dalam melawan musuh. Jika kamu menderita kesakitan maka mereka pun menderita kesakitan sebagaimana kamu menghadapi kesakitan itu. Sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah ketika musuh tidak mengharapkannya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
الله أكبر ( 3 كالي ) الله أكبر ( 3 كالي ) الله أكبر
الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا . الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله, اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين . أما بعد.......
فيا أيها المسلمون! اتقوا الله وأطيعوه واعلموا أن الله يحب المتقين ….
فرمان الله تعالى دالم أية 60 سورة التوبة
إنما الصدقــت للفقراء والمســكن والعــملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفى الرقاب والغــرمين وفى سبيل الله وابن السبيل فريضة من الله والله عليم حكيم
Maksudnya : Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, golongan miskin, petugas yang memungut zakat, orang yang dijinakkan hatinya untuk Islam, untuk menebus orang yang menjadi hamba abdi, orang menanggung hutang dan untuk orang yang keluar di jalan Allah. Demikian itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana
Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Sistem zakat dalam Islam begitu banyak faedah terutama di dalam mengalirkan harta daripada tertumpu kepada individu tertentu sahaja di mana Allah telah menetapkan supaya zakat mesti menggunakan rezeki yang halal dan diagihkan pula kepada mereka yang telah ditentukan oleh Allah. Ini semua bagi menanamkan rasa taat kepada perintah Allah dengan membuang sikap sayangkan harta dunia sehingga tidak mempedulikan masalah saudara yang lain. Setiap ketaatan dan pengorbanan yang benar-benar ikhlas datangnya melalui kekuatan aqidah bukannya melalui kekuatan ekonomi semata-mata. Ini dapat dilihat bagaimana ramai orang kaya yang tidak sanggup berkorban untuk Islam disebabkan lemah aqidahnya. Malah dapati adanya golongan yang dianggap kaya sanggup makan harta rakyat miskin dan ada pula melabur harta orang Islam dalam saham haram demi mendapatkan keuntungan semata-mata seperti tindakan Tabung Haji sebelum ini melabur dalam sebuah kilang mencetak buku-buku Kristian. Aqidah yang lemah biasanya terbit daripada kejahilan. Sebab itulah khalifah Umar al-Khottab pernah menegaskan dalamilah ilmu agama sebelum kamu memimpin. Kita tidak pernah menafikan betapa pentingnya ilmu fardhu Kifayah sebagaimana yang ditekankan oleh pemimpin tetapi dalam masa yang sama jangan pula meninggalkan ilmu fardhu ‘Ain yang lebih penting dan utama ke arah mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesuatu ilmu yang didakwa ilmu fardhu Kifayah mestilah bertepatan dengan kehendak Islam dan mempunyai ruh Islam serta digunakan untuk kepentingan Islam bukan sebaliknya.
Muslimin/mat yang diberkati Allah,
Semoga kedatangan eidil fitri kali ini menambahkan kebahagian kepada seluruh umat Islam. Dalam berhari raya jangan cuba cemarinya dengan maksiat. Cuba jaga adab Islam dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan serta elakkan daripada membazir. Disamping itu rebutlah juga peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda Rasulullah s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا, اللّهُمَّ انصر المجاهدين الذين يجاهدون في سبيلك في كل زمان ومكان , اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ .اللهم تقبل منا صلاتنا وصيامنا وقيامنا وزكاتنا وجميع حسناتنا واجعلها خالصة لوجهك الكريم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين
Rabu, 7 Mei 2008
5. KHUTBAH EIDIL ADHA 1422H
الله أكبر ( 3 كالي ) الله أكبر ( 3 كالي ) الله أكبر
الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا . الحمد لله الذي جعل يوم عيد الأضحى أسعد الأيام لنا . ونحمده على ما أولانا ونشكره على نعمه التى بها والانا.أشهد أن لاإله إلا الله وحده لاشريك له ,وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله . اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن سار على نهجه إلى يوم الدين .
أما بعد..... فيا إخواني ! اتقوا الله وأوصيكم وإياي بتقوى الله فقد فاز المتقون . …..
فرمان الله تعالى دالم أية 111 سورة التوبة :
إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأمولهم بأن لهم الجنة يقـتلون فى سبيل الله فيقتلون ويقتلون وعدا عليه حقا فى التورئة والإنجيل والقرءان ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذي بايعتم به وذلك هو الفوز العظيم
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan menganugerahkan syurga kepada mereka. Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu merupakan janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah?. Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Laungan tahmid memuji Allah dan laungan takbir membesarkan Allah bergema di setiap pelusuk dunia buat sekian kalinya bagi meraikan ketibaan Eidul Adha yang juga dipanggil dengan hari raya haji kerana pada waktu inilah seluruh umat Islam yang berpeluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu haji sama-sama berkumpul di Mekah. Semalam para jemaah haji berkumpul untuk wukuf di padang Arafah yang mengingatkan mereka bagaimana kita semua akan mati dan kemudiannya akan dibangkitkan semula untuk dihitungkan di padang Mahsyar. Para jemaah haji juga dapat merenungkan bagaimana indahnya Islam yang dianuti oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, bangsa atau negara di mana melalui pertemuan ini sepatutnya digunakan sebaik mungkin dalam menyatukan semula hati umat Islam yang berpecah sehingga umat Islam menjadi boneka dan bahan permainan kuffar durjana. Bagi kita yang tidak mengerjakan ibadat haji pula telah digalakkan untuk berpuasa sunat hari Arafah sehingga amalan sunat yang dikerjakan ini bukan sahaja dijadikan bekalan hari akhirat tetapi turut mengetuk hati sanubari kita bagi sama-sama menghayati sunnah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di zaman orang lain membencinya. Berpegang dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di akhir zaman ini bagaikan menggenggam bara api malah ganjaran bagi mereka yangmemperjuangkan dan mempertahankan sunnah nabi ini pahalanya seperti pahala seratus pejuang mati syahid sebagaimana yang tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi :
من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد
Maksudnya : Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku ketika kerosakan umatku maka baginya pahala seratus orang mati syahid.
Jika amalan sunat kita mampu hidupkan maka sunnah yang wajib dan lebih besar seperti melaksanakan seluruh sistem Islam yang meliputi ibadat khusus, kemasyarakatan, perundangan, ekonomi, politik dalam negara mestilah lebih diperjuangkan untuk dilaksanakan dalam memastikan kebahagiaan hidup di dunia fana dan akhirat yang kekal selamanya.
الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد
Kedatangan Eidul Adha turut mengingatkan kita kepada pengorbanan nabi Ibrahim bersama Siti Hajar dan anak mereka nabi Ismail. Demi menyahut perintah Allah maka nabi Ibrahim sanggup meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail yang masih kecil di suatu lembah yang kering kontang. Siti Hajar sebagai tanda patuh dan taat kepada Allah dan suaminya menerima perintah ini dengan sabar. Ketabahan Siti Hajar terserlah apabila sanggup berlari-lari anak di tengah kepanasan matahari dari bukit Sofa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali sehingga Allah menganugerahkan air mata air yang dikenali dengan zamzam yang kekal sehingga hari ini. Pengorbanan suci ini di abadikan oleh Allah dalam ibadat sai’e ketika menunaikan umrah atau haji. Di sini kita dapat melihat antara contoh pembinaan sebuah keluarga Islam yang taat kepada Allah di mana Siti Hajar merelakan pemergiaan nabi Ibrahim untuk menjalankan kerja-kerja dakwah di Palestin dan begitu yakin bahawa setiap tindakan suaminya adalah berdasarkan perintah Allah. Siti Hajar sendiri menjalankan tugas sebagai seorang ibu yang bukan sahaja menjaga makan minum anaknya tetapi memainkan peranan penting dalam memberi tarbiah dan didikan yang sempurna kepada anaknya Ismail bakal seorang nabi lagi rasul. Peranan sebagai pendidik yang dimainkan oleh Siti Hajar telah memudahkan lagi tugas nabi Ibrahim yang terpaksa berdepan dengan amanah dakwah yang lebih berat. Apabila sepasang suami isteri sama-sama bekerja dan menjalankan amanah mengikut bidang tugas masing-masing maka terhasillah suatu keluarga yang bahagia dan berjasa kepada Islam.
Pembentukan keluarga ini mestilah diambil berat oleh kita semua dalam menangani permasalahan sosial masyarakat yang semakin runcing. Seorang suami dan ayah bukan sahaja bertanggungjawab memberi nafkah kepada ahli keluarga masing-masing tetapi dia juga mesti memainkan peranan penting dalam memberi ilmu dan menjaga setiap tindak tanduk ahli keluarga agar sentiasa menepati apa yang dikehendaki oleh Syarak. Begitu juga tugas sebagai isteri dan ibu yang berperanan bukan sahaja melibatkan penjagaan makan minum dan hal rumahtangga tetapi turut memainkan peranan penting dalam menjadikan rumah sebagai sekolah tarbiah yang utama dalam membina anak-anak yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi yang lebih penting adalah pembentukan akhlak peribadi yang mulia. Jika perkara ini dapat dimainkan dengan sebaiknya oleh setiap keluarga maka ia akan memberi kesan yang baik kepada masyarakat seterusnya negara. Ini bukan bermakna tugas seorang wanita hanya di rumah tetapi Islam membenarkan golongan wanita bekerja dengan syarat mereka menjaga kehormatan dan juga bekerja dalam bidang yang sesuai dengan fitrah wanita itu sendiri serta tidak mengabaikan tugas sebagai pendidik kepada anak-anak dalam membantu suami. Wanita Islam tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah musuh Islam terutama yahudi yang ingin merosakkan kehormatan wanita dan menghancurkan sistem keluarga dengan melaungkan persamaan taraf dan pembebasan wanita sehingga gejala sosial dalam negara semakin buruk akibat terlalu banyaknya penzinaan, perceraian dan terabainya tugas pentarbiahan dalam keluarga apabila masing-masing lebih mengejar kekayaan daripada membentuk keluarga bahagia. Tujuan sebenar kuffar ialah ingin menghancurkan benteng terakhir pembinaan keluarga Islam iaitu menghasut kaum ibu agar meninggalkan tugas sebagai pendidik dengan menyibukkan kaum wanita dengan kerja-kerja luar. Jika umpan kuffar ini ditelan bulat-bulat oleh wanita Islam maka akan hancurlah sebuah keluarga dan seterusnya masyarakat dan negara. Tiada lagi erti kebahagiaan dan kasih sayang yang selama ini dijaga oleh agama. Kebahagian bukan terletak pada harta tetapi ia sebenarnya terletak pada hati yang tenang kerana disirami kasih sayang dan dibajai oleh roh Islam.
Seorang penulis barat yang terkenal(Anarode) pernah berkata : Adalah lebih baik dan lebih ringan balanya bagi anak gadis kita yang bekerja di rumah sebagai pembantu dari bekerja di kilang atau pejabat kerana ia menjadikan mereka tercemar dengan kotoran yang boleh memusnahkan nilai hidup sepanjang zaman. Alangkah baiknya anak gadis di Eropah menjadi seperti anak gadis di negara Islam yang memiliki sifat malu dan memelihara kehormatan sebagai benteng. Alangkah malangnya negara seperti England menjadikan anak gadisnya contoh hidup yang tidak bermoral hasil percampuran bebas dengan kaum lelaki. Kenapa kita tidak berusaha menjadikan anak gadis kita bekerja dalam bidang yang sesuai dengan fitrah semulajadi wanita seperti mengurus rumahtangga dan meninggalkan kerja yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki demi memelihara kemuliaan mereka.
Ini merupakan pengakuan daripada orang barat sendiri tentang keruntuhan moral wanita di barat

فرمان الله دالم أية 103 هيغك 107 سورة الصافات
فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين إن هذا لهو البلؤا المبين وفدينه بذبح عظيم
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.
Ayat ini memberi pengajaran yang besar kepada kita bagaimana erti keyakinan dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dalam melaksanakan perintah penyembelihan berdasarkan mimpi. Walau pun wahyu ini menyuruh suatu pengorbanan yang tidak masuk akal tetapi ia tetap dilaksanakan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail dengan penuh keyakinan dan kerelaan. Inilah ia contoh pengorbanan dan perjuangan besar yang mesti diikuti demi mencapai kejayaan dan keredhaan Allah. Kita pada hari ini diminta agar melaksanakan seluruh sistem Islam yang meliputi setiap aspek kehidupan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yang nyata bukannya sekadar mimpi malah semua sistem ini telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w sendiri diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan khalifah selepas mereka termasuk di negara ini di zaman kesultanan Melayu Melaka dan kesultanan selepas itu sebelum sistem Islam ini dirobek dan diharamkan oleh penjajah dan diteruskan oleh anak didik mereka. Semasa pelaksaan system Islam ini maka kita dapati umat Islam berada di tahap ketamadunan yang tinggi dan menjadi pemimpin kepada tamadun yang lain sedangkan apabila sistem Islam berjaya dilenyapkan oleh penjajah maka umat Islam terus menjadi hamba kepada tamadun material barat. Akibat keangkuhan pemimpin daripada kalangan umat Islam sendiri yang merendah-rendah dan mempersenda sistem Islam maka Allah terus menghina umat Islam sehingga kita dijadikan buah catur dan bahan ujian kepada senjata canggih kuffar. Pemimpin ini lebih rela mempertikaikan keadilan perundangan Islam yang dijadikan punca kemunduran apabila tangan pencuri dipotong dan pembunuh dipancung sedangkan pemimpin bagaikan menutup mata apabila melihat banyak kepala rakyat penggal, perut terburai, nyawa bercerai daripada badan akibat perbuatan penjenayah yang gilakan harta dunia akibat mengabaikan pelaksanaan seluruh sistem Islam. Pemimpin yang jahil meminta agar rakyat terus mengikut seratus peratus tamadun material barat sedangkan tamadun barat hanya mampu memberi keseronokan material atau kebendaan sahaja tanpa dapat memberikan kebahagiaan dan ketenangan kepada manusia kerana ini semua berkaitan dengan roh yang semestinya akan kenyang apabila disuap dengan iman sedangkan barat membuang pengaruh agama dalam membina tamadun kebendaan mereka. Tamadun kebendaan barat lebih banyak melahirkan penjenayah, manusia yang sakit mental dan mereka yang kecewa sehingga membunuh diri sendiri. Ingatlah firman Allah dalam ayat 125 surah al-An’am :
فمن يرد الله أن يهديه يشرح صدره للإسلــم ومن يرد أن يضله يجعل صدره ضيقا حرجا كأنما يصعد فى السمآء كذلك يجعل الله الرجس على الذين لايؤمنون
Maksudnya : Sesiapa yang dikehendaki Allah akan diberikan petunjuk kepadanya maka Dia melapangkan dadanya untuk memeluk Islam. Dan sesiapa yang dikendaki Allah kesesatan maka Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit sebagai seksaan kepada mereka yang tidak beriman.
Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Tidak cukup lagikah pengajaran yang ditunjukkan oleh Allah tentang apa yang berlaku di Palestin, Lubnan, Kashmir dan beberapa negara umat Islam yang lain yang sebelum ini terkenal dengan ‘syurga dunia’ kerana negara tersebut dipenuhi hiburan yang melalaikan sehingga Allah menurunkan bala peperangan yang menyebabkan rakyatnya menderita sehingga hari ini. Oleh itu sempena menperingati pengorbanan nabi Ibrahim maka kita sebagai umat Islam mesti membuktikan keimanan dan keyakinan kita terhadap seluruh system Islam dengan melakukan pengorbanan harta malah nyawa demi memastikan Islam dapat dilaksana demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
بارك الله لي ولكم فى القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل منكم تلاوته إنه هو السميع العليم واستغفر الله لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين
خطبة كدوا

الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا . الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهدى الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله, اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين . أما بعد...فيا أيها المسلمون! اتقو الله وأطيعوه واعلموا أن الله يحب المتقين ….فرمان الله تعالى دالم أية 27سورة المائدة :
واتل عليهم نبأ ابنى ءادم بالحق إذ قربا قربانا فتقبل من أحدهما ولم يتقبل من الأخر قال لأقتلنك قال إنما يتقبل الله من المتقين
Maksudnya : Ceritakanlah kepada mereka kisah 2 anak nabi Adam yang sebenar ketika keduanya mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua dan tidak diterima daripada yang lain. Dia(Qabil) berkata :” Aku pasti membunuhmu!”. Lalu berkata Habil : ” Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada mereka yang bertaqwa”.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Ayat di atas memberikan petunjuk kepada kita bagaimana pengorbanan terutama dalam menegakkan Islam mesti bersungguh dan ikhlas kepada Allah bukannya secara sambil lewa dan terus tunduk kepada kehendak syaitan berupa jin atau manusia. Perasaan dengki dan permusuhan terhadap perjuangan Islam yang sebenar terus berlangsung sehingga akhir zaman. Kekuatan musuh yang menawarkan harta dan takhta akhirnya akan tunduk kepada mereka yang ikhlas berjuang dengan mengira dosa dan pahala, neraka dan syurga serta memandangkan setiap amalan termasuk perkara pemerintahan aka ditimbang di hadapan Allah di akhirat kelak bukannya terhenti di dunia sahaja sebagaimana yang dilaungkan oleh penganut ajaran sesat sekularisme yang memisahkan antara politik dan agama. Antara senjata terakhir musuh dalam menghadapi kemenangan Islam ialah melakukan penindasan dengan menyekat kebebasan dalam menyampaikan maklumat samada melalui tv, radio, akhbar malah turut disekat kuliah agama dan ceramah disamping melakukan kerosakan terhadap harta awam tidak berkecuali pembunuhan kejam dengan menuduh gerakan Islam sebagai dalang kepada setiap keganasan yang berlaku. Perkara ini biasanya mendapat bantuan dan nasihat daripada pengganas yahudi sebagaimana yang telah berlaku di Turki dan Algeria serta beberapa negara yang lain dan tidak ketinggalan negara kita. Pemimpin lebih rela berhadapan dengan kebangkitan rakyat daripada tunduk kepada tuntutan agar ditegakkan negara Islam merdeka yang melaksanakan seluruh sistem Islam. Tindakan pemimpin ini yang sanggup menjadi pak turut pengganas kuffar dalam berhadapan dengan Islam termasuk kes penutupan madrasah di Pakistan dan cubaan yang sama di negara ini amat dikesali dan bacul. Tindakan kejam dan tidak bertamadun ini bukan sahaja merugikan Islam malah memberi peluang kepada kuffar untuk menjajah negara buat kali seterusnya dengan mudah. Kita peringatkan mereka bahawa pejuang Islam tidak akan sekali-kali berundur ke belakang sebaliknya kita semakin mara ke hadapan. Apa yang penting ialah Islam mesti diletakkan kembali sebagai agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah. Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud :
قَالَ الرَّسُوْلُ : اَلا إِنَّ الإسْلامَ دَائِرَةٌ فَدُوْرُوْا مَعَ الإسْلامِ حَيْثُ دَارَ . اَلا إِنَّ السُّلْطَانَ وَالقُرْءَانَ سَيَفْتَرِقَانِ فَلاتُفَارِقُوْا الكِتَابَ اَلاسَيَكُوْنُ عَلَيْكُمْ اُمَرَاءَ مُضِلُّوْنَ اِنْ اَطَعْتُمُوْهُمْ اَضَلُّوْكُمْ وَإِنْ عَصَيْتُمُوْهُمْ قَتَلُوْكُمْ قَالُوْا : مَا نَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : كَمَا اَصْنَعَ اَصْحَابُ عِيْسَى نَشِرُوْا بِالمَنَاسِيْرِ وَهُمْ يُصْلَبُوْنَ عَلَى الخَشَبِ فَوَ الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَمَوْتٌ فِى طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِّنْ حَيَاةٍ فِى مَعْصِيَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ
Maksudnya : Ingatlah bahawa Islam itu berputar maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawa pemerintah dan al-Quran akan berpisah maka janganlah kamu berpisah dengan al-Quran. Akan muncul di kalangan kamu pemimpin yang menyesatkan. Jika kamu taati mereka maka mereka akan sesatkanmu dan jika kamu menentang mereka maka mereka akan membunuhmu. Para sahabat bertanya : “ Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?”. Sabda baginda : “ Lakukanlah sebagaimana sikap para sahabat nabi Isa di mana mereka digergaji dan disalib di pokok kayu. Demi Allah yang diri Muhammad ditanganNya maka mati kerana mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam mengengkari Allah.
Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Sempena Eidul Adha juga kita disunatkan untuk melakukan ibadat korban. Sesiapa yang mampu maka tunaikanlah ibadat korban ketika ramai saudara seagama yang menjadi korban kekejaman pengganas kuffar seperti di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Gunakanlah peluang yang ada untuk menyembelih binatang korban ketika ramai saudara kita disembelih oleh kuffar durjana. Akhir kata selamat hari raya Eidul Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلايرحمنا, اللّهُمَّ انصر المجاهدين الذين يجاهدون في سبيلك في كل زمان ومكان , اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ. اللهم وفقنا ولاة أمورنا ووزراءنا وكبراءنا لما فيه رضاك وادفع عنا شر الطاغين والظالمين والمعتدين من بلدنا هذا خاصة ومن بلدان عامة يا رب العالمين . وأدخلنا وإياكم الجنة مع الفائزين . ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

Langgan:
Ulasan (Atom)