Selasa, 1 November 2011

Khutbah Aidil Adha 1432H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ Firman Allah dalam ayat 132 surah al-Baqarah : وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ Ertinya : Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu,maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam" Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Antara cara untuk kita buktikan tanda syukur ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban ini yang merupakan antara hari yang paling lebih di sisi Allah maka marilah kita sama-sama memperbanyakkan laungan takbir, tahmid dan tasbih serta amalan soleh yang lain disamping menjauhi maksiat terhadap Allah. Nikmat hari raya ini bukan bertujuan untuk berseronok mengikut hawa nafsu sebaliknya disambut bawah suluhan wahyu sehingga kita lahir sebagai umat bertaqwa yang bahagia di dunia dan akhirat. Kita dididik tentang kehidupan dunia yang bakal hancur berkait rapat dengan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya. Oleh itu merupakan suatu yang amat malang jika kita menjadikan dunia sebagai matlamat hidup sehingga kita mengulangi kegagalan dan kehancuran umat sebelum ini. Akibat terpengaruh dengan suasana terlalu mengejar dan mengagongkan kebendaan menyebabkan agama diketepikan. Jadual kehidupan umat Islam sendiri seperti rancangan TV iaitu pada awal kelahiran didengarkan dengan laungan azan dan iqamat di telinga namun selepas itu hanyut dengan mengejar dunia sehingga tenggelam dalam najis maksiat sehingga bila tibanya saat kematian barulah dibacakan semula ayat-ayat al-Quran dan doa. Ramai yang terlalu bimbang tentang apa yang akan dimakan oleh anak selepas kematian ibubapa berbanding apa bekalan akhirat yang bakal di bawa. Ramai ibubapa yang terlalu bimbang dengan persiapan dan hasil peperiksaan anak di sekolah dan universiti tetapi tidak menghiraukan apa yang bakal dijawab dengan soalan mungkar nakir dalam kubur dan hitungan atas neraca timbangan Allah di akhirat yang lebih dahsyat. قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ : " مَالِي مَالِي ، قَالَ : وَهَلْ لَكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ ، فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ - رواه مسلم Maksudnya : Berkatalah anak Adam : Hartaku! Hartaku! Maka sabda nabi : Sedangkan engkau sebenarnya tidak memiliki daripada hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu menjadi najis isi jamban, apa yang engkau pakai maka ia menjadi lusuh lalu dibuang atau apa yang engkau sedekah hanya ia yang kekal menjadi bekalan Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam surah al-A’ala ayat 14-17 : قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧﴾ Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu ) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sempena berada pada hari raya korban ini juga marilah kita sama-sama merenungi dan menghayati beberapa ayat daripada surah al-A’ala di mana ia antara surah yang selalu dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat hari raya. Antaranya Allah membenci mereka yang menjadikan dunia sebagai tujuan, sebaliknya mencintai mereka yang mengambil dunia sekadar keperluan atau cara meraih keredhaan-Nya. Sesiapa yang menjadikan amal perbuatannya untuk meraih habuan dunia dan bukan mencari redha Allah dan kehidupan akhirat, maka dia akan mendapat apa yang dikehendakinya daripada sebahagian keuntungan di dunia tetapi tidak mendapat bahagian di akhirat. Dari kecil sehingga tua ramai manusia yang menjadikan fokus hidupnya adalah untuk meraih gelaran dan kesenangan dunia. Tidak sedikit dalam kalangan umat Islam sendiri yang hidupnya sibuk sehingga lupa untuk menuntut ilmu sebagai bekal memahami erti iman, Islam dan taqwa. Kerana terlalu ghairah mengejar masa depan dunia, terlupa pentingnya ilmu-ilmu aqidah untuk masa depan akhirat. Akibat terlalu sibuknya bekerja, sehingga terlupa untuk belajar tentang solat dan melaksanakannya. Kebanyakan daripada mereka hanya berhenti dari kesibukan tersebut setelah ajal yang amat ditakuti datang tanpa disedari. رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : " مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ " – رواه ابن ماجه Maksudnya : Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefaqiran berada di depan matanya dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya. Dan sesiapa yang akhirat menjadi harapannya nescaya Allah akan mempersatukan baginya urusan serta menjadikan rasa cukup di dalam hatinya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Pada hari ini umat Islam sanggup berhutang berhabis harta untuk mengejar kemewahan yang sementara. Dari saat di alam pengajian sehinggalah ke alam kerjaya, masyarakat Islam tidak sudah-sudah bermain dengan hutang. Hutang pengajian, hutang kenderaan, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang riba, hutang perniagaan, hutang barang kemas dan sebagainya. Kerana hutang itu akhirnya menjadikannya sibuk dan dilupakan dengan janji-janji akhirat. Kita dimaklumkan bagaimana seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi. Budaya berhutang bagaikan berjangkit daripada sikap pemimpin negara yang suka menimbun hutang dengan kehidupan mewah ketika rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ini boleh kita saksikan termasuk melalui Belanjawan 2012 yang baru dibentang yang menunjukkan bagaimana hutang dalam negara yang baru ditambah sebanyak RM 45.9 billion. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini. Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang pelan kukuh untuk menyelesaikannya. Ingatlah bagaimana nabi Muhammad s.a.w sentiasa berdoa agar dijauhi daripada bebanan dan bahaya amalan suka berhutang اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ - رواه البخاري Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari" Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru: مَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ Maksudnya : Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan bekalan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). Islam merupakan suatu system hidup yang lengkap dengan sentiasa menitikberatkan keadilan disamping mengharamkan sebarang bentuk kezaliman dan pencabulan terhadap hak orang lain. Antaranya Islam sentiasa memastikan harta kekayaan Negara disalurkan dengan penuh amanah dan tidak hanya dikaut oleh sesetengah golongan sahaja. Kita begitu marah dan kecewa apabila melihat bukan sahaja amalan berhutang untuk bermewah dalam menguruskan harta Negara malah berdasarkan Laporan Audit Negara 2010 menunjukkan bagaimana berlakunya begitu banyak penyelewengan, pecah amanah, pembaziran yang melibatkan ratusan juta duit rakyat. Ia bukan pertama kali berlaku malah berulang untuk sekian kalinya tapi akibat rakyat terus memberi mandat kepada golongan yang tidak amanah untuk mengurus Negara maka jadilah sebagaimana yang diberitahu oleh nabi iaitu harta kekayaan Negara dibahagikan seumpama harta rampasan perang yang berlegar sesama mereka sedangkan rakyat bawahan terus menanggung bebanan silih berganti. Negara kita bakal muflis bukan disebabkan subsidi yang diberi tetapi akibat penyelewengan dan pembaziran yang semakin tinggi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan orang Islam terpaksa meminta simpati gereja dan kuil untuk menyara hidup maka laporan audit membuktikan bagaimana peruntukan untuk miskin tegar tidak sampai kepada sasaran sebaliknya dinikmati oleh golongan yang sudah memiliki harta. Bila dunia menjadi matlamat hidup maka halal haram diketepi, dosa pahala tidak dihirau lagi, syurga neraka sudah tidak dipeduli. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات : فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar. Setiap kali berada pada hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan besar yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail berdasarkan kepada arahan Allah melalui mimpi. Kisah ini tidak memberi makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yang nyata iaitu al-Quran termasuk dalam melaksanakan hukum hudud yang pernah dilaksanakan di Negara kita sebelum kedatangan penjajah. Nabi Ibrahim a.s disuruh sembelih anak tersayang sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri ketika masalah ini semakin meruncing, bunuh orang murtad yang enggan bertaubat ketika isu ini semakin parah akibat fahaman sekulerisme yang disemai, sebat penzina ketika Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010 yang melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak di mana seramai 2,260 responden mengakui pernah berzina. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah. Setiap 3 daripada 6 remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan zina dan yang lebih mengecewakan ramai pelajar universiti yang turut terlibat sama dengan jenayah yang dahsyat ini. Alasan rakyat tidak faham sepatutnya disusuli dengan usaha memberi faham tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya termasuk Belanjawan 2012 tidak ditekan bantuan kepada pengajian agama dan program menangani masalah kerosakan akhlak. Apa yang lebih menyedihkan program hiburan yang merosakkan semakin subur termasuk lambakan filem seram yang menyuburkan amalan khurafat dan tahyul sedangkan ia merupakan antara perkara yang boleh merosakkan aqidah قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً -رواه مسلم Ertinya : Sesiapa yang mendatangi dukun yang meramal atau mendakwa tahu(sesuatu yang ghaib) maka tidak diterima solatnya selama 40 malam بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 24 سورة الأنفال : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Islam menanam kukuh dalam diri umatnya sikap suka berkorban dalam menghadapi sebarang perkara di mana tanpa pengorbanan maka sesuatu kejayaan tidak mampu diraih. Allah menjanjikan kehidupan bila semangat jihad dalam diri umat Islam terus membara sehingga menggerunkan musuh daripada terus menindas dan mencabul hak umat Islam sesuka hati. Sebaliknya bila umat Islam dihidapi penyakit terlalu cinta kepada dunia dan takut kepada kematian maka selagi itu kita akan dijajah dan dihina dalam negara kita sendiri. Musuh Islam sentiasa mengambil berat tentang pertukaran kepimpinan yang berlaku di Negara umat Islam agar ia bertepatan dengan citarasa mereka. Oleh itu menjadi kewajipan umat Islam menukar daripada system jahiliah kepada Islam, kegelapan kufur kepada terangnya iman. Sekiranya umat Islam tidak berani menukar system tersebut maka keadaan Negara hanya bertukar pemimpin yang akan meneruskan kezaliman dan penindasan. Kita doakan semoga pertukaran kepimpinan di Mesir, terbaru di Libya serta tidak ketinggalan kemenangan Parti Islam di Tunisia akan memberi sinar kepada Islam dan umatnya bukan meneruskan penderitaan seperti di Afghanistan dan Iraq sebelum ini Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Sempena berada pada hari raya korban juga kita mengambil iktibar daripada tindakan kerajaan Belanda yang mengharamkan sembelihan cara Islam dan Yahudi atas alasan menyakitkan binatang. Mereka seolah menutup mata tentang kajian sainstis barat sendiri bagaimana penyembelihan dalam Islam terbukti jelas mematikan haiwan dengan cara yang mengurangkan kesakitan. Kajian saintifik diketuai oleh Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah kejutan elektrik yang digunakan di beberapa negara Barat. Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado pula mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih. Dr Aisha El-Awady pula mengatakan pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya. Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Inilah keindahan Islam yang sentiasa menanamkan sifat ihsan termasuk ketika menyembelih binatang قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُل ِّ شَيءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِبْحَة وَلْيُحِد أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ ” (رواه مسلم( Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Aidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi antara sabdanya : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim) اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيد الأضحى 1432 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ..... فرمان الله دالم ايات ١٣٢ سورة البقرة: وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ارتيڽ : دان نبي إبراهيم ڤون بروصية دڠن اوݢام ايت کڤد أنق-أنقڽ , دان (ديميکين جوڬا) نبي يعقوب (بروصية کڤد أنق-أنقڽ) کاتاڽ: "واهاي أنق-أنقكو! سسوڠݢوهڽ الله تله مميليه اوݢام (إسلام) اين منجادي ايکوتن کامو,مك جاڠنله کامو ماتي ملأينکن کامو دالم کأدأن إسلام" سلامت مڽمبوت هاري راي عيدالأضحى دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. انتارا چارا اونتوق کيت بوقتيکن تندا شکور كفد الله أتس نعمة هاري راي قربان اين يڠ مروڤاکن انتارا هاري يڠ ڤاليڠ لبيه دسيسي الله مك ماريله کيت سام٢ ممڤرباڽقکن لأوڠن تکبير, تحميد دان تسبيح سرتا عملن صالح يڠ لأين دسمڤيڠ منجأوهي معصية ترهادڤ الله. نعمة هاري راي اين بوکن برتوجوان اونتوق برسرونوق مڠيکوت هوى نفسو سباليقڽ دسمبوت باوه سولوهن وحي سهيڠݢ کيت لاهير سباݢاي اومة برتقوى يڠ بهاݢيا ددنيا دان اخيرة. کيت دديديق تنتڠ کهيدوڤن دنيا يڠ باکل هنچور برکاءيت راڤت دڠن کهيدوڤن اخيرة يڠ ککل سلاما-لاماڽ . أوليه ايت مروڤاکن سواتو يڠ امت مالڠ جک کيت منجاديکن دنيا سباݢاي متلامت هيدوڤ سهيڠݢ کيت مڠولڠي کݢاݢلن دان کهنچورن اومت سبلوم اين. عاقبة ترڤڠاروه دڠن سواسان ترلالو مڠجر دان مڠاڬوڠکن کبندأن مڽببکن اݢام دکتڤيکن. جدوال کهيدوڤن اومة إسلام سنديري سڤرتي رنچاڠن TV إيأيت ڤد أول کلاهيرن ددڠارکن دڠن لأوڠن أذان دان إقامة دتليڠا نامون سلڤس ايت هاڽوت دڠن مڠجر دنيا سهيڠݢ تڠݢلم دالم نجيس معصية سهيڠݢ بيلا تيباڽ ساعة کماتين باروله دباچاکن سمولا أية القرءان دان دعاء. رامي يڠ ترلالو بيمبڠ تنتڠ اڤ يڠ اکن دماکن اوليه انق سلڤس کماتين ايبوباڤ ننتي بربنديڠ اڤ بکلن اخيرة يڠ باکل دباوا. رامي ايبوباڤ يڠ ترلالو بيمبڠ دڠن ڤرسياڤن دان حاصيل ڤڤريقسأن أنق دسکوله دان يونيبرسيتي تتاڤي تيدق مڠهيراوکن اڤ يڠ باکل دجواب دڠن سوءالن منکر نکير دالم قبور دان هيتوڠن اتس نراچ تيمبڠن الله داخيرة يڠ لبيه دهشت. قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ : " مَالِي مَالِي ، قَالَ : وَهَلْ لَكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ ، فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ - رواه مسلم مقصودڽ : برکاتله أنق ادم : هرتاکو! هرتاکو! مك سبدا نبي : سداڠکن اڠکو سبنرڽ تيدق مميليقكي درڤد هارتامو کچوالي اڤ يڠ تله اڠکو ماکن لالو منجادي نجيس ايسي جمبن, اڤ يڠ اڠکو ڤاکاي مك إي منجادي لوسوه لالو دبواڠ اتاو اڤ يڠ اڠکاو صدقه هاڽ إي يڠ ککل منجادي بکلن مسلمين دان مسلمات يغ درحمتي الله , فرمان الله دالم سورة الأعلى اية 14-17 : قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧﴾ ماکسودڽا : سسوڠݢوهڽ برجايله اورڠ يڠ (ستله منريما ڤرايڠتن ايت ) براوسها ممڤرسيهکن ديريڽ (دڠن طاعة دان عمل صالح) . دان مڽبوت-ڽبوت دڠن ليده دان هاتيڽ اکن نام توهنڽ سرتا مڠرجاکن سمبهيڠ (دڠن خشوع) . (تتاڤي کباڽقكن کامو تيدق ملاکوکن يڠ ديميکين) , بهکن کامو اوتاماکن کهيدوڤن دنيا; ڤدحال کهيدوڤن اخيرة لبيه باءيك دان لبيه ککل. سمڤنا براد ڤد هاري راي قربان اين جوݢ ماريله کيت سام٢ مرنوڠي دان مڠحياتي ببراڤ اية درڤد سورة الأعلى دمان إي انتارا سورة يڠ سلالو دباچ اوليه نبي محمد دالم صلاة هاري راي. انتاراڽ الله ممبنچي مريك يڠ منجاديکن دنيا سباݢاي توجوان أوتام سباليقڽ منچينتأي مريك يڠ مڠمبيل دنيا سقدر کڤرلوان أتاو چارا أنتوق مندافت كريضأنڽ . سسياڤا يڠ منجاديکن عمل ڤربواتنڽ اونتوق مندافت هابوان دنيا دان بوکن منچاري رضى الله دان کهيدوڤن اخيرة, مك دي اکن منداڤت اڤ يڠ دکهندقکيڽ درڤد سبهاݢين کأونتوڠن ددنيا تتاڤي تيدق منداڤت بهاݢين داخيرة. دري کچيل سهيڠݢ توا رامي ماءنسي يڠ منجاديکن تومفوان هيدوڤڽ اداله اونتوق مندافت ݢلاران دان کسناڠن دنيا. تيدق سديکيت دالم کالڠن اومة إسلام سنديري يڠ هيدوڤڽ سيبوق سهيڠݢ لوڤا اونتوق منونتوت علمو سباݢاي بکل ممهمي ارتي ايمان, إسلام دان تقوى . کران ترلالو ‌طمع مڠجر ماس دڤن دنيا, ترلوڤا ڤنتيڠڽ علمو-علمو عقيده اونتوق ماس دڤن اخيرة. عاقبة ترلالو سيبوقڽ بکرجا, سهيڠݢ ترلوڤا اونتوق بلاجر تنتڠ صلاة دان ملقساناکنڽ . کباڽقكن درڤد مريك هاڽ برهنتي دري کسيبوقن ترسبوت ستله أجل يڠ امت دتاکوتي داتڠ تنڤا دسداري. رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : " مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ " – رواه ابن ماجه مقصودڽ : سسياڤا يڠ منجاديکن دنيا سباݢاي هاراڤنڽ , نسچاي الله اکن منچراي-برايکن اوروسنڽ دان منجاديکن کفقيران براد ددڤن ماتاڽ دان دنيا تيدق اکن داتڠ کڤدڽ ملأينکن سقدر اڤ يڠ تله دتتقکن باڬيڽ . دان سسياڤا يڠ اخيرة منجادي هاراڤنڽ نسچاي الله اکن ممڤرساتوکن باڬيڽ اوروسن سرتا منجاديکن راس چوکوڤ ددالم هاتيڽ دان دنيا اکن داتڠ کڤدڽ دالم کأداءن ڤاتوه دان هينا.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ ڤد هاري اين اومة إسلام سڠݢوڤ برهوتڠ برهابيس هرتا اونتوق مڠجر کميواهن يڠ سمنتارا. دري ساعت دعالم ڤڠاجين سهيڠڬله کعالم کرجاي, مشارکة إسلام تيدق سوده٢ برمأين دڠن هوتڠ. هوتڠ ڤڠاجين, هوتڠ کندراءن, هوتڠ رومه, هوتڠ کاد کريديت, هوتڠ ربا, هوتڠ ڤرنياݢأن, هوتڠ بارڠ کمس دان سباڬايڽ . کران هوتڠ ايت اخيرڽ منجاديکنڽ سيبوق دان دلوڤاکن دڠن جنجي-جنجي اخيرة. کيت دمعلومکن باݢايمان سراماي 38,357 ايديۏيدو براوسيا 25 هيڠݢ 41 تاهون, دإشتيهارکن مفليس دسلوروه نݢارا دالم تيمڤوه 65 بولن سهيڠݢ مي لڤس يڠ برڤونچا درڤد کݢاݢلن مڽلسايکن ڤينجمن سيوا بلي کندراءن, تيدق داڤت مڠاول ڤڠݢونأن کاد کريديت سرتا ڤينجمن ڤريبادي. بودايا برهوتڠ باݢايکن برجڠکيت درڤد سيکڤ ڤميمڤين نݢارا يڠ سوك منمبه هوتڠ دڠن کهيدوڤن ميوه کتيك رعيت سماکين ترسڤيت دڠن کنأيقكن هرݢ بارڠ دان کوس سارا هيدوڤ يڠ سماکين تيڠݢي. اين بوليه کيت سقسيکن ترماسوق ملالوي بلنجاون 2012 يڠ بارو دبنتڠ يڠ منونجوقکن باݢايمان هوتڠ دالم نݢارا يڠ بارو دتمبه سباڽق RM 45.9 billion. منوروت لاڤورن بنك نݢارا مليسيا يڠ ترکيني برتاريخ 30 سيڤتيمبير 2011 , برداسرکن اڠك هوتڠ نݢارا ستاکت سوکو کدوا 2011 منونجوقکن جملة هوتڠ نݢارا تله ڤون منچچه RM437 bilion دان منيڠکت 11.9 ڤراتوس کڤد RM455.75 billion باݢي هوجوڠ تاهون اين. برهوتڠ ايت بوکنله ڤرکارا يڠ صيحة اونتوق دتروسکن تنڤا سبارڠ ڤلن کوکوه اونتوق مڽليسيکنڽ . ايڠتله باݢايمان نبي محمد سنتياس بردعاء اݢر دجأوهي درڤد ببانن دان بهاي عملن سوك برهوتڠ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ - رواه البخاري مقصودڽ : يا الله, اکو برليندوڠ کڤدمو دري دوسا دان هوتڠ, لالو بݢيندا دتاڽ : مڠاڤ اڠکو سريڠ ممينتا ڤرليندوڠن دري هوتڠ, واهاي رسول الله ؟ بݢيندا منجواب : " جك سسأورڠ برهوتڠ, بيلا بربيچارا دي بردوستا, بيلا برجنجي دي ميڠيڠکاري " مسلمين دان مسلمات يڠ دبرکتي الله, فرمان الله دالم أية 7 سورة الحشر: مَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ مقصودڽ : اڤ يڠ الله کورنياکن کڤد رسولڽ (محمد) دري هرتا ڤندودوق نݢري, بندار اتاو ديسا دڠن تيدق برڤراڠ, مك اداله إي ترتنتو باݢي الله, دان باݢي رسول الله, دان باݢي قوم قرابة (رسول الله) , دان أنق٢ يتيم, دان اورڠ٢ مسکين, سرتا اورڠ٢ مسافير (يڠ کڤوتوسن بکالن) . (کتتاڤان يڠ ديميکين) سوڤاي هرتا ايت تيدق هاڽ برايدر دانتارا اورڠ٢ کاي دري کالاڠن کامو. دان اڤ جوا ڤرينته يڠ دباوا اوليه رسول الله کڤد کامو مك تريماله سرتا عملکن , دان اڤ جوا يڠ دلارڠڽ کامو ملاکوکنڽ مك ڤاتوهيله لاراڠنڽ . دان برتقواله کامو کڤد الله سسوڠݢوهڽ الله امتله برات عذاب سيقساڽ (باڬي اورڠ٢ يڠ ملڠݢر ڤرينتهڽ) إسلام مروڤاکن سواتو سيستيم هيدوڤ يڠ لڠکڤ دڠن سنتياس مڠمبيل برات کعاديلن دسمڤيڠ مڠحرامکن سبارڠ بنتوق کظاليمن دان ڤنچابولن ترهادڤ هق اورڠ لاءين. انتاراڽ إسلام سنتياس مماستيکن هرتا ککايأن نݢارا دسالورکن دڠن ڤنوه أمانة دان تيدق هاڽ دكأوت اوليه سستڠه ݢولوڠن سهاج. کيت بݢيتو ماره دان کچيوا اڤابيلا مليهت بوکن سهاج عملن برهوتڠ اونتوق برميواه دالم مڠوروسکن هرتا نݢارا ماله برداسرکن لاڤورن Audit نݢارا 2010 منونجوقکن باݢايمان برلاکوڽ بݢيتو باڽق ڤڽليويڠن, ڤچه أمانة, ڤمبذيرن يڠ مليبتکن راتوسن جوتا دويت رعية. إبوکن ڤرتام کالي برلاکو ماله براولڠ اونتوق سکين کاليڽ تاڤي عاقبة رعية تروس ممبري مندات کڤد ݢولوڠن يڠ تيدق أمانة اونتوق مڠوروس نݢارا مك جاديله سباݢايمان يڠ دبريتاهو اوليه نبي إيأيت هرتا ککيأن نݢارا دبهاݢيکن سأومڤام هرتا رمڤسن ڤرڠ يڠ برليݢر سسام مريك سداڠکن رعية باواهن تروس منڠݢوڠ ببانن سيليه برݢنتي. نݢارا کيت باکل مفليس بوکن دسببکن سوبسيدي يڠ دبري تتاڤي عاقبة ڤڽليويڠن دان ڤمبذيرن يڠ سماکين تيڠݢي. جك سبلوم اين کيت دکجوتکن دڠن اورڠ إسلام ترڤقسا ممينتا سيمڤاتي ݢريجا دان کويل اونتوق مڽارا هيدوڤ مك لاڤورن Audit نݢارا ممبوقتيکن باݢايمان ڤراونتوقكن اونتوق مسکين تݢر تيدق سمڤاي کڤد ساسران سباليقڽ دنعمتي اوليه ݢولوڠن يڠ سوده مميليقكي هرتا. بيلا دنيا منجادي متلامت هيدوڤ مك حلال حرام دکتڤي , دوسا ڤهالا تيدق دهيراو لاݢي, شرݢ نراك سوده تيدق دڤدولي . اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله تعالى دالم أية 103-107 سورة الصافات : فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ مقصودڽ : ستله کدواڽ برسره بولت٢ ( منجونجوڠ ڤرينته الله) دان نبي إبراهيم مربهکن انقڽ دڠن ملتقکن ايريڠن موكاڽ أتس تومڤوق تانه ( اونتوق دسمبليه) سرتا کامي مڽروڽ :”واهاي نبي إبراهيم! سسوڠݢوهڽ کامو تله ممبنرکن ميمڤي ايت” . سسوڠݢوهڽ اين بنر٢ سواتو اوجين يڠ ڽات. دان کامي تبوسکن أنق ايت دڠن سمبليهن يڠ بسر. ستياڤ کالي براد ڤد هاري راي قربان مك کيت سنتياس دڤرإيڠتکن تنتڠ ڤڠوربانن بسر يڠ دلاکوکن اوليه نبي إبراهيم دان نبي إسماعيل برداسرکن کڤد أراهن الله ملالوي ميمڤي. قيصة اين تيدق ممبري معنى سکيراڽ کيت ݢاݢل ملقساناکن ڤرينته وحى الله يڠ ڽات إيأيت القرءان ترماسوق دالم ملقساناکن حکوم حدود يڠ ڤرنه دلقساناکن دنݢارا کيت سبلوم کداتڠن ڤنجاجه. نبي إبراهيم دسوروه سمبليه انق ترسايڠ سباليقڽ کيت دسوروه مڠرات تاڠن ڤنچوري کتيك مسئلة اين سماکين مرونچيڠ, بونوه اورڠ مرتد يڠ اڠݢن برتوبة کتيك ايسو اين سماکين ڤاره عاقبة فهمن سيکوليريسمي يڠ دتانم, سبت ڤنزينا کتيك کاجين ايسو ڤمبواڠن بايي اوليه اينستيتوت ڤڽليديقكن ڤمباڠونن بليا مليسيا (IPPBM) ڤد سيڤتيمبير هيڠݢ نۏيمبير 2010 يڠ مليبتکن سراماي 5,016 responden يڠ دڤيليه سچارا راوق دمان سراماي 2,260 responden مڠاکوي ڤرنه برزنا. ماناکالا 1,922 درڤد مريك مڠتاهوي راکن مريك ممڤوڽأي سجاره هيتم مڠندوڠ انق لوار نکاح. ستياڤ 3 درڤد 6 رماج برعمور انتارا 15 هيڠݢ 28 تاهون د نݢارا اين ممڤوڽأي ريکود هوبوڠن زنا دان يڠ لبيه مڠچيواکن رامي ڤلاجر يونيۏرسيتي يڠ توروت ترليبت سام دڠن جناية يڠ دهشة اين. ألسن رعية تيدق فهم سڤاتوتڽ دسوسولي دڠن أوسها ممبري فهم تتاڤي اڤ يڠ برلاکو اداله سباليقڽ ترماسوق بلنجاون 2012 تيدق دتکن بنتوان کڤد ڤڠاجين اݢام دان ڤروݢريم مناڠني مسئلة کروسقكن اخلاق. اڤ يڠ لبيه مڽديهکن ڤروݢرم هيبورن يڠ مروسقکن سماکين سوبور ترماسوق لمبقكن فيلم سرام يڠ مڽوبورکن عملن خرافة دان تحيول سداڠکن إي مروڤاکن انتارا ڤرکارا يڠ بوليه مروسقکن عقيدة قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً -رواه مسلم مقصودڽ : سسياڤا يڠ منداتڠي دوکون يڠ مرامل اتاو مندعوا تاهو(سسوات يڠ غائب) مك تيدق دتريما صلاتڽ سلاما ٤٠ مالم بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 24 سورة الأنفال : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ مقصودڽ : واهاي اورڠ٢ يڠ برايمان, ساهوت دان سمبوتله سروان الله دان سروان رسولڽ اڤبيلا اي مڽرو کامو کڤد ڤرکارا-ڤرکارا يڠ منجاديکن کامو هيدوڤ سمڤورنا; دان کتهويله بهاوا سسوڠݢوهڽ الله برکواس مڠوبه اتاو مڽکت دانتارا سسأورڠ ايت دڠن (ڤکرجأن) هاتيڽ , دان سسوڠݢوهڽ کڤدڽاله کامو اکن دهيمڤونکن. مسلمين/ مسلمات يڠ درحمتي الله, إسلام منانم کوکوه دالم ديري اوماتڽ سيکڤ سوك برقربان دالم مڠهادڤي سبارڠ ڤرکارا د مان تنڤا ڤڠوربانن مك سسوات کجايأن تيدق ممڤو دچافي. الله منجنجيکن کهيدوڤن بيلا سماڠت جهاد دالم ديري اومة إسلام تروس ممبارا سهيڠݢ مڠݢرونکن موسوه درڤد تروس منيندس دان منچابول حق اومة إسلام سسوك هاتي. سباليقڽ بيلا اومة إسلام دهيداڤي ڤڽاکيت ترلالو چينتا کڤد دنيا دان تاکوت کڤد کماتين مك سلاݢي ايت کيت اکن دجاجه دان دهينا دالم نݢارا کيت سنديري. موسوه إسلام سنتياس مڠمبيل برات تنتڠ ڤرتوکران کڤيمڤينن يڠ برلاکو د نݢارا اومة إسلام اݢر اي برتڤتن دڠن چيتاراسا موسوه إسلام. اوليه ايت منجادي کواجيڤن اومت إسلام منوکر درڤد سيستيم جاهلية کڤد إسلام, کݢلاڤن کفور کڤد تراڠڽ ايمان. سکيراڽ اومت إسلام تيدق براني منوکر سيستيم ترسبوت مك کأدأن نݢارا هاڽ برتوکر ڤميمڤين يڠ اکن منروسکن کظاليمن دان ڤنينداسن. کيت دعاءکن سموݢ ڤرتوکرن کڤيمڤينن دمصر, تربارو دليبيا سرتا تيدق کتيڠݢلن کمناڠن ڤارتي إسلام د تونيسيا اکن ممڤري سينر کڤد إسلام دان أومتڽ بوکن منروسکن ڤندريتأن سڤرتي د أفغانستان دان عراق سبلوم اين مسلمين/ مسلمات يڠ درحمتي الله, سمڤنا براد ڤد هاري راي قربان جوݢ کيت مڠمبيل اعتبار درڤد تيندقكن کراجأن بلندا يڠ مڠحرامکن سمبليهن چارا إسلام دان يهودي اتس السن مڽاکيتکن بيناتڠ. مريك سفرت منوتوڤ مات تنتڠ کاجين ساينستيس بارت سنديري باݢايمان ڤڽمبليهن دالم إسلام تربوقتي جلس مماتيکن حيوان دڠن چارا يڠ مڠوراڠکن کساکيتن. کاجين saintifik دکتوأي أوليهProfesor Wilhelm Schulze دري جرمان منداڤتي قاعدة سمبليهن دالم إسلام تربأيك کران حيوان تيدق مڠالمي کساکيتن سوقتو دسمبليه بربنديڠ قاعدة کجوتن ايليکتريك يڠ دݢوناکن د ببراڤ نݢارا بارت. حاصيل ڤمرهاتين Profesor Temple Grandin دري Universiti Negeri Colorado ڤولا منداڤتي حيوان يڠ دسمبليه مڠݢوناکن ڤيسو يڠ تاجم دڠن قاعدة بتول ممبريکن تيندق بالس يغ تنڠ دان براد دالم کأدأن تيدق سدار کتيك سداڠ دسمبليه. Dr Aisha El-Awady ڤولا مڠاتاکن ڤرݢرقكن دان ککجاڠن يڠ برلاکو سلڤس حيوان ايت دسمبليه, بوکن عاقبة کساکيتن تتاڤي عاقبة دڽوتن دإيکوتي کأدأن تنڠ. ڤروسيس ايت مڽببکن داره دکلوارکن دري بادن سڤنوهڽ. قاعدة إسلام جوڬ مماستيکن سالورن أودارا, کروڠکوڠ دان دوا أورت ليهير دڤوتوڠ تنڤا منججسکن سارف تونجڠ. قاعدة اين ممبوليهکن داره کلوار ممبواق-بواق دري بادن حيوان دان مڠحاصيلکن داݢيڠ يڠ برسيه. اينيله کإينداهن إسلام يڠ سنتياس منانمکن صفة احسان ترماسوق کتيك مڽمبليه بيناتڠ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُل ِّ شَيءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِبْحَة وَلْيُحِد أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ ” (رواه مسلم) مقصودڽ : رسول الله برسبدا: سسوڠݢوهڽ الله مواجبکن بربوات احسان کأتس تياڤ٢ سسواتو دان اڤابيلا کامو مڽمبليه, سمبليهله دڠن چارا ڤاليڠ سمڤورنا, تاجمکن ڤيساو کامو سوڤاي حيوان ايت چڤت دان موده ماتي اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلام عيد الأضحى دأوچڤکن کڤد سلوروه مسلمين دان مسلمات. باݢي يڠ برکممڤوان دسارنکن اݢر مڠهيدوڤکن سمبوتن عيد الأضحى إين دڠن عبادة قربان سباݢايمان يڠ دݢالقکن اوليه نبي انتارا سبداڽ : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ . وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا . وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ . فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً مقصودڽ : “تيدق أدا عملن يڠ دلاکوکن اوليه مأنسي ڤد هاري راي قربان يڠ لبيه دسوکأي الله دري مڠاليرکن داره (يعني مڽمبليه قربان) . سسوڠݢوهڽ إاکن داتڠ ڤد هاري قيامة ننتي دڠن تندوق-تندوقڽ , کوکو-کوکو دان بولو-بولوڽ (دان دلتقکن دأتس تيمباڠن) . دان سسوڠݢوهڽ داره بيناتڠ قربان ايت منداڤت کدودوقكن دسيسي الله دسواتو تمڤت يڠ تيڠݢي سبلوم إي جاتوه دأتس بومي.اوليه ايت, إخلاصكنله هاتي کامو کتيك برقربان ايت” . (رواية امام ترمذي , ابن ماجه دان الحاكم) اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Ahad, 28 Ogos 2011

Khutbah Aidil Fitri 1432H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 7 dan 10 surah as-Syamsi : وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴿٨﴾قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا Maksudnya : Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Antara ciri hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud ialah sentiasa mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya termasuk ketika menyambut hari raya. Tanda taat marilah kita penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Ciri hamba Allah yang taqwa juga sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Buktikan diri kita sebagai hamba Allah bukannya hamba Ramadhan iaitu jangan pada bulan Ramadhan sahaja kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan. Ciri hamba Allah yang bertaqwa seterusnya ialah sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Ia umpama kita menyertai majlis jemputan orang tetapi melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah. Sempena menyambut hari raya juga marilah kita sama-sama berdoa agar dapat meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan baru lalu iaitu rahmat, keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Renungilah suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim : قال الرسول : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ Maksudnya : Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kita termasuk menyambut hari raya yang merupakan hari gembira. Nikmat hari raya ini mesti digunakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama kita. Hubungan ini semakin renggang walau pun kemudahan perhubungan dan system maklumat semakin canggih. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing sehingga suasana kasih sayang terabai yang memberi kesan bukan sahaja dalam keluarga malah melarat kepada masyarakat sekitar. Kes perceraian yang semakin meningkat ketika masyarakat semakin terpelajar disebabkan suami atau isteri gagal menjalankan tanggungjawab rumahtangga, harapan untuk hidup mewah tidak tercapai, akhlak pasangan yang tidak baik, mengutamakan kawan lebih daripada pasangan disamping campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut termasuk ahli keluarga terdekat dan faktor lain. Begitu juga penderaan terhadap anak-anak ditambah dengan masalah penderhakaan terhadap kedua ibubapa yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu jadikanlah hari raya di dalam menyuburkan kembali kasih sayang supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang memutuskan silaturrahim apatah lagi menjadi golongan yang dijauhkan daripada rahmat Allah sebagaimana yang pernah diperingatkan oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu anak yang sempat hidup bersama kedua ibubapa atau salah seorang daripada keduanya namun tidak berusaha berbuat baik kepada ibubapa dengan pelbagai alasan. Betapa ramai ibubapa yang sanggup mati demi memastikan anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibubapanya lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam meletakkan ibubapa di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa. Sekiranya ibubapa kita telah meninggal dunia jangan lupa untuk kita doakan kesejahteraan mereka ketika berada di alam barzakh dan akhirat nanti. Jangan hanya tahu makan harta pusaka jerih penat lelah ibubapa sedangkan sepotong doakan pun susah dipanjatkan ke hadrat Allah buat ibubapa. Laksanakanlah perintah Allah sebagaimana tersebut dalam ayat 24 surah al-Isra’ : وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا Maksdunya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, Tarbiah Ramadhan yang bukan sahaja menahan perut daripada lapar dahaga malah daripada sumber haram disamping mengawal seluruh pancaindera iaitu tangan, kaki, mata, telinga, lidah, kemaluan termasuk hati daripada melakukan maksiat kepada Allah di mana tarbiah ini sekiranya dihayati betul-betul dalam kehidupan sudah pasti lahir lebih ramai pemimpin sebaik Sayyidina Abu Bakar yang sentiasa mengeluh bimbang sekiranya masih ada walau pun seekor kambing yang tersepit di hujung negara akibat beliau tidak sempat membantunya. Pasti lahir pemimpin sehebat Sayyidina Umar al-Khottab yang pernah mengungkap sekiranya rakyat lapar maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasai lapar itu dan sekiranya rakyat telah kenyang biarlah aku orang terakhir yang merasainya. Semakin ramai lahir pemimpin seadil Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa menekankan sekiranya pemimpin hidup dalam kemewahan maka rakyat terus menderita dalam kemiskinan sebaliknya sekiranya pemimpin sanggup membuang segala kekayaan maka rakyat pasti merasai nikmat kekayaan. Kita tidak mahu terus mendengar seruan agar rakyat berjimat cermat termasuk arahan terbaru agar suhu alat pendingin udara di semua bangunan kerajaan akan ditetapkan tidak kurang daripada 24 darjah celsius sedangkan kediaman rasmi 2 pemimpin utama Negara mencecah RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air untuk 5 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2010 di mana jika jumlah itu dibahagikan mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air sebulan. Betapa tingginya kos wang negara dihabiskan begitu sahaja ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan tarif elektrik. Itu belum dikira lagi dengan projek mega untuk menunjuk-nunjuk bukan untuk kepentingan awam disamping pecah amanah dan rasuah yang melibatkan berbilion-bilion harta rakyat. Akhirnya yang papa makin papa, yang kaya makin kaya. Kita jangan menjadi orang yang menyebabkan semakin jelas timbulnya tanda qiamat antaranya tidak mengambil berat tentang pemilihan pemimpin sebagaimana amaran nabi Muhammad s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari : فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَة فَانْتَظِرِ السَّاعَة قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ Maksudnya: Maka apabila telah jelas penyelewengan terhadap amanah maka tunggulah kebinasaan. Tanya sahabat : Bagaimanakah berlakunya penyelewengan. Sabdanya : Apabila diserahkan urusan memikul amanah kepada bukan orang yang berkelayakan maka tunggulah saat kehancuran اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 32 surah Faatir : ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ Maksudnya: Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, ada yang bersederhana dan ada yang berlumba-lumba berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar Berlalunya Ramadhan bukan bererti berpisahnya kita daripada hidup bersama al-Quran bukan sahaja dari sudut pembacaan malah meliputi pemahaman seterusnya pelaksanaan system al-Quran dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Ayat 32 surah Faatir contohnya menggambarkan 3 kelompok manusia yang berbeza pendirian terhadap al-Quran iaitu [1] Golongan yang menganiayai diri sendiri iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan. Sebabnya, mereka tidak membaca al-Quran, memahami apatah lagi beramal dengan perintah Allah di dalamnya. Akibat jahil tentang agama sendiri maka mereka mudah terikut dengan cara hidup barat yang negatif termasuk masalah lelaki berpakaian dan bersikap seperti perempuan yang dinamakan pondan atau perempuan berpakaian dan berperangai seperti lelaki yang dinamakan tomboy semakin bertambah. Kadang-kadang sikap masyarakat yang suka menggunakan khidmat pondan dalam menghias pengantin perempuan sedangkan ia adalah haram menyebabkan penyakit ini semakin merebak. Apa yang lebih teruk bila masalah penukaran jantina melalui pembedahan alat kelamin sudah berleluasa sehingga ada tuntutan mahkamah untuk mengiktiraf penukaran jantina di kalangan umat Islam sendiri. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Ibnu Abbas katanya لَعَنَ النَّبِيُّ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ Maksudnya: Nabi telah melaknat para pondan dari kalangan lelaki dan para perempuan yang menyerupai lelaki iaitu dari segi pemakaian dan tutur kata [2] Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia melaksanakan isi kandungannya yang terdiri daripada hukum hakam Allah. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi yang bermaksud : Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, orang yang membaca al-Quran tetapi al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke dalam hati [3] Golongan yang berlumba-lumba berbuat kebaikan. Mereka amat banyak melakukan kebaikan dan jarang membuat kesalahan. Mereka adalah golongan yang bersedia melaksanakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian. Inilah golongan yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat Muslimit dan muslimat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran: قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam" Kita menyambut hari raya tahun ini dalam suasana sambutan kemerdekaan negara kali ke-54 namun hubungan antara kaum dan agama bagaikan terus dilanda masalah besar terutama isu kaum dan agama dijadikan modal politik demi kepentingan diri bukannya mahu diselesaikan sebagaimana yang diajar oleh Islam. Api perkauman dan perbalahan agama dihangat melalui tv, radio, akhbar, internet agar rakyat menjadi risau dan mencari jalan singkat untuk terus mengekalkan kezaliman pemimpin. Masalah murtad yang kembali hangat dibicara tahun ini bermula dengan jawapan menteri dalam parlimen bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 di mana 168 diluluskan walau pun selepas itu pelbagai alasan diberikan samada yang diluluskan bukan murtad tetapi disahkan tidak Islam sejak awal lagi dan alasan kesilapan nama seperti nama orang Islam sehingga ditulis beragama Islam tetapi apabila dirujuk semula maka ditukar status kepada bukan Islam. Adanya umat Islam yang terpaksa menerima bantuan gereja dan kuil atas alasan payah mendapat bantuan kebajikan dan zakat di mana ia dibimbangi dimurtadkan dengan cara halus. Begitu juga dakwaan ada guru tuisyen mengajar muridnya beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa. Sebuah pusat tuisyen dan sekolah yang telah mengajar murid-murid Islam Tahun 1 tentang perkara-perkara yang membabitkan agama Kristian. Dilaporkan juga, murid yang belajar secara percuma daripada sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu, telah diajar menyanyikan lagu memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan, mampu bercerita kisah Nabi Isa, termasuk Nabi Isa disalib dan diterapkan ajaran Kristian secara halus ketika belajar. Berita-berita ini semua wajib diberi perhatian dengan beberapa tindakan segera iaitu [1] undang-undang murtad wajib digubal segera dan penguatkuasaan undang-undang menyekat orang bukan Islam daripada memurtadkan umat Islam [2] apa yang lebih penting ialah ilmu agar umat Islam bukan sahaja tidak mudah diperdaya malah mampu memberi penjelasan Islam terhadap bukan Islam [3] dari segi kebajikan umat Islam mesti diambil tahu oleh semua pihak terutama pemimpin agar mereka tidak menagih simpati daripada bukan Islam [4] Pemerkasaan dakwah Islam kerana kita sepatutnya berasa malu dengan keadaan perkembangan Islam di Eropah di mana mengikut suatu kajian dalam setiap 4 warga barat seorang daripadanya adalah Muslim dan peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam. Paderi melahirkan kebimbangan apabila gereja seluruh dunia semakin lengang dan banyak yang bertukar menjadi masjid. [5] Perlu diperbanyakkan lagi dialog antara ulama’ Islam dengan orang bukan Islam agar api perbalahan antara agama dapat diredakan. Isu agama mesti diselesaikan cara agama bukan melalui hawa nafsu kerana ia boleh membawa kerugian dan kerosakan. Perundangan, ilmu dan dakwah mesti bergerak selari agar dakwah Islam kembali berkembang pesat dan permusuhan terhadap Islam dapat ditangani dengan penuh bijaksana. Kita tahu bahawa yahudi dan Kristian sentiasa memusuhi kita tetapi dengan kebijaksanaan kita berdepan dengan jarum dan senjata mereka sepastinya akan terserlah bahawa Islam itu agama yang tertinggi tiada agama dan sistem lain yang dapat menandingi Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du : وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ Maksudnya : Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Muslimin/mat yang dirahmati Allah Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan. Tidak ketinggalan krisis kebuluran dan perang saudara di Somalia yang memerlukan perhatian dan bantuan yang sewajarnya daripada kita semua. Beberapa Negara umat Islam yang lain sedang menghadapi perang saudara kerana mahu menggantikan pemimpin yang zalim seperti di Syria setelah musuh Islam memainkan peranan besar melalui NATO dalam menggulingkan Gaddafi di Libya. Tumbangnya pemimpin diktator satu demi satu terutama di bumi Arab dan Afrika bermula di Tunisia diikuti Mesir merebak ke Yaman menyedarkan semua pihak bahawa tiada kerajaan yang mampu kekal terutama jika diperintah secara zalim. Kita doakan semoga pertukaran pemimpin baru lebih menguntungkan Islam dan umatnya bukannya meneruskan lagi kezaliman dan jahiliah pemimpin sebelum ini. Pemimpin Negara kita sewajarnya belajar daripada apa yang berlaku agar tidak terus kemaruk untuk mempertahan kuasa dengan cara yang bercanggah dengan sistem demokrasi apatah lagi Islam. Ketika mahu meruntuhkan penguasaan Yahudi terhadap dunia juga maka kita wajib menyokong usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang sedang berusaha memperkasakan semula penggunaan dinar emas dan dirham perak termasuk mulai tahun ini melancar pembayaran zakat dengan dinar dan dirham. Oleh itu marilah kita sama-sama memiliki dinar dan dirham yang sememangnya lebih stabil berbanding wang kertas yang terbuka kepada penipuan dan kerugian yang ketara. Nilai wang kertas yang hanya bersandar kepada kepercayaan pengguna semata-mata sepastinya suatu hari nanti nilainya tidak lebih daripada kertas buruk. Kita hari ini ditipu dengan istilah infilasi yang menyebabkan harga barang naik sedangkan yang sebenarnya harga barang tidak naik sebaliknya nilai wang kertas yang jatuh merudum. Sama-sama kita berfikir bagaimana Amerika Syarikat yang dikuasai oleh yahudi yang memiliki jumlah hutang paling tinggi di dunia tapi mampu menguasai kita. Sistem yahudi meletakkan orang berhutang lebih kaya daripada orang berharta melalui penipuan yang dicipta. Tanyalah diri kita samada yahudi yang hebat atau kita yang bodoh kerana terus menjadi hamba kepada system yahudi. Yahudi akan terus berada di atas jika kita terus rela diperbodohkan selama-lamanya untuk berada di bawah اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيد الفطري 1432

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 2 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ ..... فرمان الله دالم ايات 7 دان 10 سورة الشمس : وَنَفْسٍ وَمَاسَوَّاهَا﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴿٨﴾قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا مقصودڽ : دمي ديري مأنسي دان يڠ مڽمڤورناکن کجادينڽ ﴿دڠن کلڠکاڤن يڠ سسواي دڠن کادأنڽ﴾; سرتا مڠإلهمکنڽ ﴿اونتوق مڠنل﴾ جالن يڠ ممباواڽ کڤد کجاهتن، دان يڠ ممباواڽ کڤد برتقوى; سسوڠݢوهڽ برجاياله اورڠ يڠ منجاديکن ديريڽ - يڠ سديا برسيه - برتمبه-تمبه برسيه ﴿دڠن ايمان دان عمل کباجيقکن﴾، دان سسوڠݢوهڽ همڤاله اورڠ يڠ منجاديکن ديريڽ - يڠ سديا برسيه - ايت سوسوت دان تربنم کبرسيهنڽ ﴿دڠن سبب ککوتورن معصية﴾. مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. کيت بارو سهاج ملالوءي تربية رمضان يڠ مروڤاکن سواتو ڤروسيس دالم ملاهيرکن همبا الله يڠ برتقوى. انتارا چيري همبا الله يڠ برتقوى سباݢايمان يڠ دسبوت اوليه ابن مسعود اياله سنتياس منطاعتي الله دان تيدق مڠيڠکاري ڤرينتهڽ ترماسوق کتيك مڽمبوت هاري راي. تندا طاعة ماريله کيت ڤنوهي هاري راي کيت دڠن عمل عبادة دسمڤيڠ منجأوهي لارڠن الله سڤرتي ممبوك عورة، ڤرݢاولن بيبس انتارا للاکي دان ڤرمڤوان، هيبورن ملمڤاو دان سباݢايڽ. چيري همبا الله يڠ تقوى جوݢ سنتياس مڠيڠاتي الله دان تيدق ملوڤأيڽ. بوقتيکن ديري کيت سباݢاي همبا الله بوکنڽ همبا رمضان ايأيت جاڠن ڤد بولن رمضان سهاج کيت ملاوان هوى نفسو سداڠکن بيلا مڽمبوت هاري راي مك کيت منجادي همبا کڤد نفسو يڠ مڽوروه کڤد کجاهتن. چيري همبا الله يڠ برتقوى ستروسڽ اياله سنتياس برشکور کڤد الله دان تيدق مڠکوفوري نعمتڽ. تيدقکه کيت براس مالو مڽمبوت هاري راي دڠن عمالن معصية سداڠکن هاري راي اداله انوݢره الله. إي عبارة کيت مڽرتاي مجليس جمڤوتن اورڠ تتاڤي ملاکوکن ڤرکارا يڠ تيدق دسوکأي اوليه توان رومه. سمڤنا مڽمبوت هاري راي جوݢ ماريله کيت سام-سام بردعاء اݢر داڤت منچاڤي تاورن الله يڠ دجنجيکن سڤنجڠ رمضان بارو لالو ايأيت رحمة، کأمڤونن دوسا دان دجأوهکن درڤد عذاب نراك. کيت تيدق ماهو ترماسوق دالم ݢولوڠن يڠ جأوه درڤد رحمة الله سباݢايمان يڠ دبريتاهو اوليه نبي محمد  ايأيت ݢولوڠن يڠ کلوار درڤد رمضان دالم کادأن دوساڽ بلوم لاݢي دأمڤوني اوليه الله. ايڠتله بهاوا کيت بوکن ماهو مڽمبوت هاري راي ددنيا سهاج سباليقڽ أڤ يڠ لبيه کيت إيغينکن اياله مڽمبوت هاري راي دالم شرݢ الله د اخيرة ننتي. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ رنوڠيله سواتو حديث يڠ دروايتکن اوليه امام بخاري دان مسلم : قال الرسول  : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ مقصودڽ : سسياڤا يڠ ماهو دلواسکن رزقيڽ دان دڤنجڠکن عمورڽ مك هندقله دي مڠهوبوڠکن صلة الرحم ݢما تکبير ممبسرکن الله دان تحميد مموجي الله يڠ برکومنداڠ ستياڤ کالي تيباڽ هاري راي مستيله مرسڤ کدالم هاتي سانوباري بوکن ستاکت دسبوت دمولوت سهاج. ڤاستيکن لأوڠن هاري راي ايت دجاديکن إقرار طاعة ستيا کڤد الله دالم ستياڤ تيندق تندوق کيت ترماسوق مڽمبوت هاري راي يڠ مروڤاکن هاري ݢمبيرا. نعمة هاري راي اين مستي دݢوناکن اونتوق مراڤتکن لاݢي هوبوڠن ککلوارݢأن دان صلة الرحم سسام کيت. هوبوڠن اين سماکين رڠݢڠ والاو ڤون کموداهن ڤرهوبوڠن دان سيستيم معلومت سماکين چڠݢيه. ماسيڠ-ماسيڠ سيبوق دڠن اوروسن سهيڠݢ سواسان کاسيه سايڠ تراباي يڠ ممبري کسن بوکن سهاج دالم کلوارݢ ماله ملارت کڤد مشارکة سکيتر. کيس ڤرچراين يڠ سماکين منيڠکت کتيك مشارکة سماکين ترڤلاجر دسببکن سوامي اتاو استري ݢاݢل منجالنکن تڠݢوڠجواب رومهتڠݢ، هارڤن اونتوق هيدوڤ ميواه تيدق ترچاڤاي، اخلاق ڤاسڠن يڠ تيدق باءيك، مڠوتاماکن کاون لبيه درڤد ڤاسڠن دسمڤيڠ چمڤور تاڠن ڤيهق کتيݢ سباݢاي ڤڠهاسوت ترماسوق اهلي کلوارݢ تردکت دان فکتور لاين. بݢيتو جوݢ ڤندرأن ترهادڤ أنق-أنق دتمبه دڠن مسئلة ڤندرهاکأن ترهادڤ کدوا ايبوباڤ يڠ سماکين منجادي-جادي. اوليه ايت ݢوناكنله ڤلواڠ هاري راي إين ددالم مڽوبورکن کمبالي کاسيه سايڠ سوڤاي کيت تيدق ترماسوق دالم ݢولوڠن يڠ مموتوسکن صلة الرحيم اڤاته لاݢي منجادي ݢولوڠن يڠ دجأوهکن درڤد رحمة الله سباݢايمان يڠ ڤرنه دڤرايڠتکن اوليه نبي محمد  ايأيت انق يڠ سمڤت هيدوڤ برسام کدوا ايبوباڤ اتاو ساله سأورڠ درڤد کدواڽ نامون تيدق بروسها بربوات باءيك کڤد ايبوباڤ دڠن ڤلباݢاي ألسن. بتاڤ راماي ايبوباڤ يڠ سڠݢوڤ ماتي دمي مماستيکن انقڽ تروس هيدوڤ سداڠکن بتاڤ راماي انق يڠ مڠيڠينکن ايبوباڤاڽ لکس ماتي سوڤاي تيدق لاݢي منجادي ببانن هيدوڤڽ. ايڠتله اسلام ملتقکن ايبوباڤ دتمڤت يڠ مليا. کريضأن الله ترلتق کڤد کريضأن ايبوباڤ، کمورکأن الله ترلتق کڤد کمورکأن ايبوباڤ. سکيراڽ ايبوباڤ کيت تله منيڠݢل دنيا جاڠن لوڤا اونتوق کيت دعاءکن کسجهترأن مريك کتيك برادا د عالم برزخ دان اخيرة ننتي. جاڠن هاڽ تاهو ماکن هرتا ڤوساك جريه ڤنت لتيه ايبوباڤ سداڠکن سڤوتوڠ دعاءکن ڤون سوسه أنتوق دڤنجتکن کحضرة الله بوات ايبوباڤ. لقسانکنله ڤرينته الله سباݢايمان ترسبوت دالم ايات 24 سوره الإسراء : وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا مقصودڽ : دان هندقله اڠکاو مرنداه ديري کڤد کدواڽ کران بلس کاسيهن دان کاسيه سايڠمو، دان دعاءکنله (اونتوق مريك، دڠن برکات): واهاي توهنکو! چوچوريله رحمة کڤد مريك بردوا سباݢايمان مريك تله منچورهکن کاسيه سايڠڽ ممليهارا دان منديديقکو سمنجق کچيل لاݢي. مسلمين دان مسلمات يڠ دحرمتي سکالين، تربية رمضان يڠ بوکن سهاج مناهن ڤروت درڤد لاڤر داهݢ ماله درڤد سومبر حرام دسمڤيڠ مڠاول سلوروه ڤنچاإيندرا إيايت تاڠن، کاکي، مات، تليڠا، ليده، کمالوان ترماسوق هاتي درڤد ملاکوکن معصية کڤد الله دمان تربية اين سکيراڽ دحياتي بتول-بتول دالم کهيدوڤن سوده ڤاستي لاهير لبيه راماي ڤميمڤين سبايك سيدنا ابو بکر يڠ سنتياس مڠلوه بيمبڠ سکيراڽ ماسيه أدا والاو ڤون سإيکور کمبيڠ يڠ ترسڤيت د هوجوڠ نݢارا عقيبة بلياو تيدق سمڤت ممبنتوڽ. ڤاستي لاهير رامي ڤميمڤين سيهيبت سيدنا عمر الخطاب يڠ ڤرنه مڠوڠکڤ كات-كات سکيراڽ رعيت لاڤر مك اکو ايڠين منجادي اورڠ ڤرتام يڠ مراسأي لاڤر ايت دان سکيراڽ رعيت تله کڽڠ بيارله اکو اورڠ تراخير يڠ مراسأيڽ. سماکين راماي لاهير ڤميمڤين سعادل عمر بن عبدالعزيز يڠ سنتياس منکنکن سکيراڽ ڤميمڤين هيدوڤ دالم کميواهن مك رعيت تروس مندريتا دالم کميسکينن سباليقڽ سکيراڽ ڤميمڤين سڠݢوڤ ممبواڠ سݢالا ککايأن مك رعيت ڤاستي مراسأي نعمة ککايأن. کيت تيدق ماهو تروس مندڠر سروان اݢر رعيت برجيمت چرمت ترماسوق اراهن تربارو اݢر سوهو ألة ڤنديڠين اودارا د سموا باڠونن کراجأن اکن دتتڤکن تيدق کورڠ درڤد 24 درجه celsius سداڠکن کديامان راسمي 2 ڤميمڤين اوتام نݢارا منچچه RM10.2 جوتا باݢي بيل ايليکتريك دان RM1.9 جوتا اونتوق بيل اير اونتوق 5 تاهون إيأيت دري تاهون 2006 هيڠݢ 2010 د مان جك جملة ايت دبهاݢيکن مڠيکوت بولن، کراجأن ممبلنجاکن RM160,000 اونتوق بيل ايليکتريك دان RM33,000 اونتوق بيل اير سبولن. بتاڤ تيڠݢيڽ کوس واڠ نݢارا دهابيسکن بݢيتو سهاج کتيك رعيت دببنکن دڠن کنأيقكن هرݢ بارڠ دان تاريف ايليکتريك. ايت بلوم دکيرا لاݢي دڠن ڤروجيق ميݢا اونتوق منونجوق-نونجوق بوکن اونتوق کڤنتيڠن عوام دسمڤيڠ ڤچه أمانه دان رشوة يڠ مليبتکن berbilion-bilion هرتا رعية. اخيرڽ يڠ ڤاڤا ماکين ڤاڤا، يڠ کاي ماکين کاي. کيت جاڠن منجادي اورڠ يڠ مڽببکن سماکين جلس تيمبولڽ تندا قيامة انتاراڽ تيدق مڠمبيل برات تنتڠ ڤميليهن ڤميمڤين سباݢايمان اماران نبي محمد  دالم سواتو حديث يڠ دروايتکن اوليه امام بخاري : فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَة فَانْتَظِرِ السَّاعَة قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ مقصودڽ: مك اڤابيلا تله جلس ڤڽليويڠن ترهادڤ أمانة مك توڠݢوله کبيناسأن. تاڽ صحابة : باݢايماناکه برلاکوڽ ڤڽليويڠن. سبداڽ : اڤابيلا دسرهکن اوروسن مميکول أمانة کڤد بوکن اورڠ يڠ برکلايقکن مك توڠݢوله ساعة کهنچورن اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم ايات 32 سورة فاطر : ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ مقصودڽ: کمودين کتاب ايت کامي واريثکن کڤد اورڠ-اورڠ يڠ کامي ڤيليه د انتارا همبا-همبا کامي، لالو د انتارا مريك ادا يڠ مڠانيايا ديري سنديري، اد يڠ برسدرهان دان اد يڠ برلومبا-لومبا بربوات کبأيقکن دڠن إذن الله، يڠ دمکين ايت اداله کورنيأن يڠ امت بسر برلالوڽ رمضان بوکن برارتي برڤيسهڽ کيت درڤد هيدوڤ برسام القرءان بوکن سهاج دري سودوت ڤمباچأن ماله مليڤوتي ڤماهمن ستروسڽ ڤلقسانأن سيستيم القرءان دالم ستياڤ اسڤيق کهيدوڤن ترماسوق عبادة خصوص، ايکونومي، ڤوليتيق، سوسيال دان سباݢايڽ. ايات 32 سورة فاطر چونتوهڽ مڠݢمبرکن 3 کلومڤوق مأنسي يڠ بربيذا ڤنديرين ترهادڤ القرءان ايأيت [1] ݢولوڠن يڠ مڠانيايأي ديري سنديري ايأيت ݢولوڠن يڠ کسالهن دوسا مريك لبيه باڽق درڤد ڤاهلا کبايقکن. سببڽ، مريك تيدق ممباچ القرءان، ممهمي اڤاته لاݢي برعمل دڠن ڤرينته الله ددالمڽ. عقيبة جاهل تنتڠ اݢام سنديري مك مريك موده تريکوت دڠن چارا هيدوڤ بارت يڠ بوروق ترماسوق مسئلة للاکي برڤاکاين دان برسيکڤ سڤرتي ڤرمڤوان يڠ دناماکن ڤوندان اتاو ڤرمڤوان برڤاکاين دان برڤراڠاي سڤرتي للاکي يڠ ديناماکن tomboy سماکين برتمبه. کادڠ-کادڠ سيکڤ مشارکة يڠ سوك مڠݢوناکن خدمة ڤوندان دالم مڠهياس ڤڠنتين ڤرمڤوان سداڠکن اي اداله حرام مڽببکن ڤڽاکيت اين سماکين مريبق. اڤ يڠ لبيه تروق بيلا مسئلة ڤنوکران جنتينا ملالوءي ڤمبداهن الة کلامين سوده برللواسا سهيڠݢ ادا تونتوتن محکمة اونتوق مڠإعتراف ڤنوکران جنتينا د کالڠن اومة اسلام سنديري. ايڠتله اماران نبي  ملالوءي سواتو حديث يڠ دروايتکن اوليه امام بخاري درڤد ابن عباس کاتڽ : لَعَنَ النَّبِيُّ  الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ مقصودڽ: نبي  تله ملعنة ڤارا ڤوندان دري کالاڠن للاکي دان ڤارا ڤرمڤوان يڠ مڽروڤأي للاکي ايأيت دري سݢي ڤماکاين دان توتور کات [2] ݢولوڠن يڠ برسدرهان ايايت ݢولوڠن د مان کسالهن دوسا مريك سام باڽق دڠن ڤاهلا. مريك اداله ݢولوڠن يڠ ممباچ القرءان تتاڤي بلوم برسديا ملقساناکن ايسي کندوڠنڽ يڠ ترديري درڤد حکوم حکام الله. ايڠتله کيت کڤد سواتو اماران نبي يڠ برمقصود : اکن ظاهير د کالڠن اومتکو د اخير زمان، اورڠ يڠ ممباچ القرءان تتاڤي القرءان هاڽ سمڤأي کحلقومڽ سهاج تتاڤي تيدق سمڤي کدالم هاتي [3] ݢولوڠن يڠ برلومبا-لومبا بربوات کبأيقکن. مريك امت باڽق ملاکوکن کبأيقکن دان جارڠ ممبوات کسالهن. مريك اداله ݢولوڠن يڠ برسديا ملقساناکن حکوم القرءان دالم کهيدوڤن سهارين. اينله ݢولوڠن يڠ منداڤت کجايأن ددنيا دان اخيرة مسلمين دان مسلمات يڠ دبرکتي الله، فرمان الله دالم ايات 64 سورة آل عمران: قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ مقصودڽ : کاتاکنله ﴿واهاي محمد﴾: "واهاي اهلي کتاب، ماريله کڤد ساتو کلمة يڠ برسمأن انتارا کامي دڠن کامو، ايأيت کيت سموا تيدق مڽمبه ملأينکن الله، دان کيت تيدق سکوتوکن دڠنڽ سسواتو جوا ڤون; دان جاڠن ڤولا سباهاݢين دري کيت مڠمبيل اکن سباهاݢين يڠ لاين اونتوق دجاديکن اورڠ-اورڠ يڠ دڤوجا دان دديوا-ديواکن سلاين دري الله". کمودين جك مريك ﴿اهلي کتاب ايت﴾ برڤاليڠ ﴿اڠݢن منريما﴾ مك کاتاکنله کڤد مريك: "سقسيکنله کامو بهاوا سسوڠݢوهڽ کامي اداله اورڠ-اورڠ اسلام" کيت مڽمبوت هاري راي تاهون اين دالم سواسان سمبوتن کمرديکأن نݢارا کالي ك-54 نامون هوبوڠن انتارا قوم دان اݢام باݢايکن تروس دلندا مسئلة بسر تراوتما ايسو قوم دان اݢام دجاديکن مودال ڤوليتيق دمي کڤنتيڠن ديري بوکنڽ ماهو دسلسايکن سباݢايمان يڠ دأجر اوليه اسلام. اڤي ڤرقومن دان ڤربالهن اݢام دهاڠت ملالوءي tv، راديو، اخبار، اينترنيت اݢر رعية منجادي ريساو دان منچاري جالن سيڠکت اونتوق تروس مڠکلکن کظاليمن ڤميمڤين. مسئلة مرتد يڠ کمبالي هاڠت دبيچارا تاهون اين برمولا دڠن جواڤن منتري دالم ڤرليمين بهاوا محکمة شرعية منريما 863 کيس ڤرموهونن اونتوق منوکر ستاتوس اݢام اسلام دري تاهون 2000 هيڠݢ 2010 دمان 168 دلولوسکن والاو ڤون سلڤس ايت ڤلباݢاي ألسن دبريکن سمأدا يڠ دلولوسکن بوکن مرتد تتاڤي دصحکن تيدق اسلام سجق اول لاݢي دان السن کسيلاڤن نام فموهون سڤرتي نام اورڠ اسلام سهيڠݢ دتوليس براݢام اسلام تتاڤي اڤابيلا درجوع سمولا مك دتوکر ستاتوس کڤد بوکن اسلام. اداڽ اومة اسلام يڠ ترڤقسا منريما بنتوان ݢريجا دان کويل اتس السن ڤايه منداڤت بنتوان کباجيقکن دان زکاة د مان إي دبيمباڠي دمرتدکن دڠن چارا هالوس. بݢيتو جوݢ دعوأن اد ݢورو tuisyen مڠاجر موريدڽ براݢام اسلام مڽاڽيکن لاݢو مموجي کبسرن نبي عيسى. سبواه ڤوسة tuisyen دان سکوله يڠ تله مڠاجر موريد-موريد اسلام تاهون 1 تنتڠ ڤرکارا-ڤرکارا يڠ ممبابيتکن اݢام کريستيان. دلاڤورکن جوݢ، موريد يڠ بلاجر سچارا ڤرچوما درڤد سکومڤولن ڤمودا-ڤمودا بوکن بربڠسا ملايو تله دأجر مڽاڽيکن لاݢو مموجي نبي عيسى سمبيل منونجوقکن إشارة تاڠن سيمبول صليب. سلأين ايت، موريد-موريد ايت جوݢ دکاتاکن، ممڤو برچريتا قيصه نبي عيسى، ترماسوق نبي عيسى دصليب دان دتراڤکن اجارن کريستيان سچارا هالوس کتيك بلاجر. بريتا-بريتا اين سموا واجب دبري ڤرهاتين دڠن ببراڤ تيندقكن سݢرا ايأيت [1] اوندڠ-اوندڠ مرتد واجب دݢوبل سݢرا دسمڤيڠ ڤڠواتکواسان اوندڠ-اوندڠ مڽکت اورڠ بوکن اسلام درڤد ممرتدکن اومت اسلام [2] اڤ يڠ لبيه ڤنتيڠ اياله علمو اݢر اومت اسلام بوکن سهاج تيدق موده دڤرداي ماله ممڤو ممبري ڤنجلسن اسلام ترهادڤ بوکن اسلام [3] دري سݢي کباجيقکن اومة اسلام مستي دأمبيل تاهو اوليه سموا ڤيهق تراوتما ڤميمڤين اݢر مريك تيدق مناݢيه سيمڤاتي درڤد بوکن اسلام [4] ڤمرکاسأن دعوة اسلام کران کيت سڤاتوتڽ براس مالو دڠن کادأن ڤرکمبڠن اسلام د ايروڤه د مان مڠيکوت سواتو کاجين دالم ستياڤ 4 ورݢ بارت سأورڠ درڤدڽ اداله مسلم دان ڤنليتي بارت مڠڠݢرکن دالم 50 تاهون کهادڤن ايروڤه اکن منجادي ساله ساتو ڤوست اوتام ڤرکمبڠن اسلام. ڤادري ملاهيرکن کبيمبڠن اڤابيلا ݢريجا سلوروه دنيا سماکين لڠڠ دان باڽق يڠ برتوکر منجادي مسجد. [5] ڤرلو دڤرباڽقکن لاݢي dialog انتارا علماء اسلام دڠن اورڠ بوکن اسلام اݢر اڤي ڤربالهن انتارا اݢام داڤت دڤادمكن. ايسو اݢام مستي دسلسايکن چارا اݢام بوکن ملالوي هوى نفسو کران اي بوليه ممباوا کروݢين دان کروسقکن. ڤرونداڠن، علمو دان دعوة مستي برݢرق سلاري اݢر دعوة اسلام کمبالي برکمبڠ ڤست دان ڤرموسوهن ترهادڤ اسلام داڤت دتاڠني دڠن ڤنوه بيجقسان. کيت تاهو بهاوا يهودي دان کريستيان سنتياس مموسوهي اسلام تتاڤي دڠن کبيجقسنأن کيت بردڤن دڠن جاروم دان سنجات مريك سڤاستيڽ اکن ترسرله بهاوا اسلام ايت اݢام يڠ ترتيڠݢي تياد اݢام دان سيستيم لاين يڠ داڤت مننديڠي اسلام. اسلامله نسچاي کيت سلامت دنيا اخيرة. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله دالم ايات 22 سوره الرعد : وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ مقصودڽ : دان اورڠ-اورڠ يڠ صبر کران مڠهارڤکن کريضأن توهن مريك سمات-مات، دان منديريکن سمبهيڠ، سرتا مندرماکن دري اڤ يڠ کامي کورنياکن کڤد مريك، سچارا برسمبوڽي اتاو سچارا تربوك; دان مريك ڤولا منولق کجاهتن دڠن چارا يڠ باءيك; مريك ايت سمواڽ اداله دسدياکن باݢيڽ بالسن يڠ سبايك-بأيكڽ ڤد هاري اخيرة; مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله تکبير کمناڠن يڠ دلأوڠکن اداله تندا کجايأن دالم تربية رمضان يڠ تله کيت سام-سام لالوي اونتوق لاهير سباݢاي اومت يڠ بݢيتو يقين دڠن سيستيم القرءان دسمڤيڠ تربية ملالوي عبادة ڤواسا دان زکاة فطرة مڽوبورکن لاݢي ڤراسأن مڠمبيل برت تنتڠ ڤندريتأن سودارا سأݢام يڠ لأين تراوتما د فلسطين، عراق، أفغانستان، سلاتن تايلاند يڠ دلندا ڤڤراڠن. تيدق کتيڠݢالن کريسيس کبولورن دان ڤراڠ سودارا د صوماليا يڠ ممرلوکن ڤرهاتين دان بنتوان يڠ سواجرڽ درڤد کيت سموا. ببراڤ نݢارا اومة اسلام يڠ لأين سداڠ مڠهادڤي ڤراڠ سودارا کران ماهو مڠݢنتيکن ڤميمڤين يڠ ظاليم سڤرتي د شريا ستله موسوه اسلام ممأينکن ڤرانن بسر ملالوي NATO دالم مڠݢوليڠکن غضافي د ليبيا. تومبڠڽ ڤميمڤين diktator ساتو دمي ساتو تراوتما دبومي عرب دان افريکا برمولا د تونيسيا دايکوتي مصر مربق کيمن مڽدارکن سموا ڤيهق بهاوا تياد کراجأن يڠ ممڤو ککل تراوتما جك دڤرينته سچارا ظاليم. کيت دعاءکن سموݢ ڤرتوکران ڤميمڤين بارو لبيه مڠونتوڠکن اسلام دان اومتڽ بوکنڽ منروسکن لاݢي کظاليمن دان جاهلية ڤميمڤين سبلوم اين. ڤميمڤين نݢارا کيت سواجرڽ بلاجر درڤد اڤ يڠ برلاکو اݢر تيدق تروس کماروق اونتوق ممڤرتاهن کواس دڠن چارا يڠ برچڠݢه دڠن سيستم demokrasi اڤاته لاݢي اسلام. کتيك ماهو مرونتوهکن ڤڠواسأن يهودي ترهادڤ دنيا جوݢ مك کيت واجب مڽوکوڠ اوسها مورني کراجأن نݢري کلنتن يڠ سداڠ بروسها ممڤرکاسکن سمولا ڤڠݢونأن دينار امس دان درهم ڤيراق ترماسوق مولأي تاهون اين ملنچر ڤمبايرن زکاة دڠن دينار دان درهم. اوليه ايت ماريله کيت سام-سام مميليقي دان مڠݢونا دينار دان درهم يڠ سميمڠڽ لبيه ستابيل بربنديڠ واڠ کرتس يڠ تربوك کڤد ڤنيڤوان دان کروݢين يڠ کتارا. نيلاي واڠ کرتس يڠ هاڽ برسندار کڤد کڤرچايأن ڤڠݢونا سمات-مات سڤاستيڽ سواتو هاري ننتي نيلايڽ تيدق لبيه درڤد کرتس بوروق سهاج. کيت هاري اين دتيڤو دڠن اصطلاح infilasi يڠ مڽببکن هرݢ بارڠ نأيك سداڠکن يڠ سبنرڽ هرݢ بارڠ تيدق نأيك سباليقڽ نيلاي واڠ کرتس يڠ جاتوه مرودوم. سام-سام کيت برفيکير باݢايمانا اميريکا شريکة يڠ دکواسأي اوليه يهودي يڠ مميليقكي جملة هوتڠ ڤاليڠ تيڠݢي ددنيا تتاڤي ممڤو مڠواسأي کيت. سيستيم يهودي ملتقکن اورڠ برهوتڠ لبيه کاي درڤد اورڠ برهرتا ملالوي ڤنيڤوان يڠ دچيڤتا. تاڽله ديري کيت سمأدا يهودي يڠ هيبت اتاو کيت يڠ بودوه کران تروس منجادي همبا کڤد سيستيم يهودي. يهودي اکن تروس برادا دأتس جك کيت تروس ريلا دڤربودوهکن سلاما-لاماڽ اونتوق برادا د باوه اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلامت هاري راي عيد الفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقكن برصدقه اڬر مريك يڠ ممرلوكن بنتوان توروت برڬمبيرا دان زيارهيله سانق سودارا ڤد هاري يڠ مليا اين باڬي مراڤتكن لاڬي تالي ڤرسودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهكن ساهم اخيرة دڠن برڤواس انم هاري دبولن شوال باڬي مڽاهوت سبدا نبي : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ﴿ رواه مسلم ﴾ مقصودڽ : سسياڤ يڠ تله برڤواس فرض رمضان كمودين دايكوتي ڤولا دڠن برڤواس انم هاري د بولن شوال مك اداله ڤهلاڽ سڤرتي دي برڤواس سڤنجڠ تاهون. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ