Khamis, 5 Jun 2025

KHUTBAH EIDIL ADHA 1446H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ….فرمان الله تعالى دالم سورةالكوثر : إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ‎﴿١﴾‏ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ‎﴿٢﴾‏ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ‎﴿٣﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Ketika menyambut hari raya korban ini juga marilah kita yang berkemampuan untuk melakukan ibadat korban pada hari ini sehingga berakhirnya hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti bagi mendapat kelebihan dunia dan akhirat. [1] Ibadah korban merupakan bukti sikap ketundukan dan keredaan terhadap perintah Allah . Redha bermakna bertindak dengan melakukan apa sahaja bertujuan mendapat keredhaan Allah dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah [2] Ibadah korban menerapkan dalam jiwa yang luhur agar jangan sesekali terpedaya dan tertipu dengan bisikan syaitan. Jarum halus syaitan terus memperdaya manusia dengan jalan supaya sayang kepada harta benda. Bisikan-bisikan jahat ini menjadikan kita cinta dan bimbang untuk melepaskan harta dunia. Akibatnya, ia menjadikan kita bertangguh dan enggan melaksanakan ibadah korban. Malah, jauh sekali merasa sedih tidak dapat melakukan ibadah korban pada tahun itu walaupun berkemampuan [3] Ibadah korban menjadikan kita sebahagian daripada individu yang cakna dan peduli tentang keberadaan masyarakat sekeliling yang kurang berkemampuan. Ibadah korban dapat membina aura dan impak positif dalam diri dan kehidupan kerana kita dapat meringankan bebanan saudara-saudara kita yang memerlukan قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.- رواه البخاري Maksudnya : Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya disakiti. Barang siapa yang membantu kebutuhan saudaranya maka Allah akan membantu kebutuhannya. Barang siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Barang siapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan menutupi (aibnya) pada hari kiamat. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 27 : ۞ وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱبْنَىْ ءَادَمَ بِٱلْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًۭا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ ٱلْـَٔاخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ ٢٧ Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; Sempena berada pada hari raya korban maka kita sentiasa ingat tentang kisah 2 orang anak nabi Adam a.s iaitu Habil seorang penternak yang menternak kambing, sedangkan Qabil pula seorang petani yang memiliki tanaman pertanian. Masing-masing melakukan korban dengan mengeluarkan harta yang dimiliki. Habil memilih seekor kambing yang paling baik untuk dijadikan korban, sedangkan Qabil memilih gandum yang terburuk dari hasil pertaniannya untuk berkorban. Akhirnya Allah menerima korban Habil yang melakukan korban dengan Ikhlas. Ikhlas merupakan Syarat sesuatu ibadah diterima, Orang yang memiliki hati ikhlas akan mengerjakan sepenuh hati tanpa ada rasa malas atau bosan ketika melakukan sesuatu amalan. Bahkan dia tidak akan merasa terlalu gembira apabila dipuji atau benci apabila dikeji manusia kerana dia hanya ingin dipandang oleh Allah Sahaja. Manakala orang riya’ atau menunjuk-nunjuk memiliki 3 ciri: malas ketika sendirian, rajin di tengah orang ramai, serta amalnya meningkat kala dipuji dan menurun kala dicaci. Ibn al-Mubarak berkata: “Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar (pahalanya) kerana niat. Dan betapa banyak amalan yang besar menjadi kecil (pahalanya) kerana niat.” Orang yang Ikhlas akan selamat daripada tipu daya syaitan sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Hijr ayat 39-40 : قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ Maksudnya : “Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim. Sambutan hari raya haji atau korban tidak lengkap sekiranya tidak menyoroti perjuangan nabi Ibrahim a.s yang begitu getir dan hebat dalam mempertahan seterusnya mengembangkan Islam maka ia wajib dijadikan contoh teladan dalam mengembalikan izzah kemuliaan umat Islam dan mendaulatkan kembali seluruh sistem Islam meliputi ibadat, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Perjuangan dalam menegakkan Islam bukan melalui jalan senang tetapi penuh halangan dan cabaran. Kita menzahirkan kebimbangan dan membantah keras terhadap suatu dokumen yang dikemukakan oleh gabungan Civil Society Organizations (CSO) ASEAN, yang mengandungi cadangan-cadangan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan nilai-nilai Islam. Antara kandungan yang sangat membimbangkan ialah Dalam Seksyen 3.2 dokumen tersebut, CSO ASEAN mencadangkan: “Memastikan pemisahan agama dan negara…” Ini merupakan satu cadangan yang jelas bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Ini adalah usaha terselindung dan terancang yang mahu menukar identiti negara ke arah menjadi sebuah negara sekular yang menafikan peranan Islam dalam pentadbiran kerajaan dan urusan kenegaraan. Seksyen 3.13 pula menyarankan pelaksanaan undang-undang antidiskriminasi untuk LGBTQIA+. Ini bertentangan secara jelas dengan hukum dan undang-undang Islam serta norma masyarakat Malaysia. Undang-undang syariah di negeri-negeri telah mengharamkan perlakuan liwat dan transgender. قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “‌لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.” .- رواه أحمد وابن حبان Maksudnya : “Demi sesungguhnya akan berlaku, dirungkai (dirombak) ikatan ajaran Islam (yang teguh) satu demi satu. Maka, apabila setiap satunya dirombak menjadikan para penganut Islam berpegang dengan simpulan berikutnya (yang masih ada). Simpulan pertama yang dirombak ialah (pelaksanaan) hukum Islam dan simpulan terakhir yang dirombak ialah (pelaksanaan) solat.” Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah as-Sooffat ayat 100 : رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" Kisah nabi Ibrahim a.s turut mengajar kita peri pentingnya membina keluarga Sakinah yang bukan sahaja untuk dirasai oleh satu keluarga Sahaja malah ke arah membentuk Masyarakat seterusnya negara yang Sejahtera. Ada beberapa panduan yang boleh membentuk keluarga yang bahagia, [1] dengan menjadikan keluarga yang ahli sujud, keluarga yang ahli taat, keluarga yang menghiasi rumah dengan zikrullah, dan keluarga yang selalu rindu untuk meraih kemuliaan hidup di dunia, dan akhirat. [2] Jadikan rumah sebagai pusat ilmu. Memiliki harta tetapi kurang ilmu akan menjadikan kita hamba harta. Jadikan agar keluarga bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu tentang hidup di dunia apatah lagi akhirat. Bekalkan anak-anak sejak kecil dengan ilmu dan jadilah orang tua yang sentiasa menjadi sumber ilmu bagi anak-anaknya. [3] Jadikan rumah tangga sebagai pusat nasihat. Manusia memerlukan orang lain agar boleh melengkapi kekurangan dalam memperbaiki kesalahan yang ada. Bersama kita membina keluarga Sakinah yang Bahagia dunia akhirat قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا رواه أحمد Maksudnya : “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 7 سورة الفتح: وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَ اتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمًا Maksudnya : “Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Allah swt memiliki bala tentera yang sangat banyak di langit dan di bumi, yang dengan mereka Allah swt menolong hamba-hambaNya dan juga menyeksa orang-orang yang derhaka. Menurut Imam ar-Razi rahimahullah: “Tentera Allah boleh menjadi “tentera rahmat” dan “tentera azab” kepada manusia. Ketika datang membantu orang beriman ia menjadi pengawal peribadi atau perisai rahmat, manakala ketika datang menerjah musuh Allah ia menjadi pembunuh ganas atau senjata tajam. Ingatlah bahawa kerajaan langit dan bumi serta semua tentera yang ada pada keduanya adalah milik Allah swt. Allahlah yang memberi pertolongan dan yang memberi kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ketahuilah bahawa tentera Allah sentiasa beroleh pertolonganNya. Sehebat dan sekuat mana pun manusia, tetap tidak mampu menandingi kuasa Allah swt dan tentera-tenteraNya. Ikutilah segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan jangan sesekali angkuh mencabar kekuasaan Allah. Banyakkan amal ibadat, jauhi dosa dan maksiat agar kita selamat daripada kebinasaan dan bahagia dunia akhirat. Kebakaran besar dikuti rebut pasir dan banjir yang melanda tanah-tanah yang dirampas oleh Zionis Israel baru-baru ini adalah satu peringatan Allah yang tidak boleh kita abaikan. Ketika mereka berdiri megah di sebalik tembok-tembok tinggi yang mereka banggakan, Ketika mereka merasa aman di bawah perlindungan Iron Dome yang diagung-agungkan, Ketika mereka bermegah dengan sokongan kuasa besar dunia dan veto PBB yang sentiasa melindungi mereka, Mereka terlupa satu hakikat paling agung, Kekuatan Allah SWT tidak tertanding oleh sebarang kekuasaan manusia. Teruskan perjuangan menyokong dan membantu saudara seagama yang terus berjihad memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Ketika saudara seagama kita bermandi darah dan kehilangan harta benda maka kita tidak sepatutnya berehat sambil bergelak ketawa. Ketika saudara kita yang tidak penat dalam berjuang memerdekakan Palestin maka jangan pula kita penat untuk membantu dan berdoa kepada mereka. Ketika anak kecil Palestin menjadi mangsa senjata musuh maka jangan biarkan anak kita leka dengan hiburan yang dihidang oleh musuh. Pastikan kita ada saham dalam membantu saudara agama. Bukan hanya berpeluk tubuh apatah lagi memberi saham kepada musuh dalam membunuh saudara seagama Teruskan berdoa dan nyatakan kebersamaan kita bersama rakyat dan mujahidin di Palestin. Teruskan boikot barangan dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel dan perkasakan pembelian barangan dan syarikat umat Islam. Pemimpin negara umat Islam mesti lebih berani dan tegas dalam menghentikan kerakusan dan keganasan zionis yahudi dan sekutu penjenayahnya. Kita dimuliakan kerana memperjuangkan Islam. Kita dihina kerana meninggalkan perjuangan Islam Firman Allah dalam ayat 173 Surah as-Saaffat وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ Maksudnya : “Dan bahawasanya tentera Kami, merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيدالأضحى 1446 هـ

خطبة فرتام اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله تعالى دالم سورةالكوثر : إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ‎﴿١﴾‏ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ‎﴿٢﴾‏ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ‎﴿٣﴾ مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ كامي تله مڠورنياكن كڤدمو ﴿واهاي محمد﴾ كبأيقكن يڠ باڽق ﴿د دنيا دان د اخيرة﴾. اوليه ايت، كرجاكنله سمبهيڠ كران توهنمو سمات-مات، دان سمبليهله قربان ﴿سباڬاي برشكور﴾. سسوڠڬوهڽ اورڠ يڠ بنچيكن اڠكاو، ديا له يڠ ترڤوتوس ﴿دري منداڤت سبارڠ ڤركارا يڠ دايڠينيڽ﴾. سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجاكن عبادة حاج دكوتامكة دبريكن كصيحتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ. كتيك مڽمبوت هاري راي قربان اين جوڬ ماريله كيت يڠ بركممڤوان اونتوق ملاكوكن عبادة قربان ڤد هاري راي اين سهيڠڬ براخيرڽ هاري تشريق إيأيت 13 ذوالحجة ننتي [1] عبادة قربان مروڤاكن بوقتي سيكڤ كتوندوقكن دان كريضأن ترهادڤ ڤرينته الله . ريضا برمعنى برتيندق دڠن ملاكوكن اڤ سهاج برتوجوان منداڤت كريضأن الله دان منيڠڬلكن سموا ڤركارا يڠ دلارڠ اوليه الله [2] عبادة قربان منراڤكن دالم جيوا يڠ لوهور اڬر جاڠن سسكالي ترڤدايا دان ترتيڤو دڠن بيسيقكن شيطان. جاروم هالوس شيطان تروس ممڤرداي مأنسي دڠن جالن سوڤاي سايڠ كڤد هرتا بندا. بيسيقكن-بيسيقكن جاهت اين منجاديكن كيت چينتا دان بيمبڠ اونتوق ملڤسكن هرتا دنيا. عقيبتڽ، اي منجاديكن كيت برتڠڬوه دان اڠڬن ملقساناكن عبادة قربان. ماله، جأوه سكالي مراسا سديه تيدق داڤت ملاكوكن عبادة قربان ڤد تاهون ايت والاوڤون بركممڤوان [3] عبادة قربان منجاديكن كيت سباهاڬين درڤد اينديۏيدو يڠ چقنا دان ڤدولي تنتڠ كبرادأن مشاركة سكليليڠ يڠ كورڠ بركممڤوان. عبادة قربان داڤت ممبينا كسن ڤوسيتيف دالم ديري دان كهيدوڤن كران كيت داڤت مريڠنكن ببنان سودارا-سودارا كيت يڠ ممرلوكن قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.- رواه البخاري مقصودڽ : سأورڠ مسلم اداله ساودارا باڬي مسلم لأينڽ، دي تيدق منظاليميڽ دان تيدق ممبياركنڽ دساكيتي. بارڠ سياڤا يڠ ممبنتو كفرلوان سوداراڽ مك الله اكن ممبنتو كفرلوانڽ. بارڠ سياڤا يڠ مڠهيلڠكن ساتو كسوسهن سأورڠ مسلم، مك الله مڠهيلڠكن ساتو كسوسهن باڬيڽ دري كسوسهن-كسوسهن هاري قيامة. بارڠ سياڤا يڠ منوتوڤي ﴿عيب﴾ سأورڠ مسلم مك الله اكن منوتوڤي ﴿عيبڽ﴾ ڤد هاري قيامة. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سوره المائدة اية 27 : ۞ وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱبْنَىْ ءَادَمَ بِٱلْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًۭا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ ٱلْـَٔاخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ ٢٧ مقصودڽ : دان باچكنله ﴿واهاي محمد﴾ كڤد مريك قصة ﴿مڠنأي﴾ دوا اورڠ انق آدم ﴿حابيل دان قابيل﴾ يڠ برلاكو دڠن سبنرڽ، ايأيت كتيك مريك بردوا ممڤرسمبهكن ساتو ڤرسمباهن قربان ﴿اونتوق مندمڤيڠكن ديري كڤد الله﴾. لالو دتريما قربان ساله سأورڠ د انتاراڽ ﴿حابيل﴾، دان تيدق دتريما ﴿ قربان ﴾ دري يڠ لاين ﴿قابيل﴾. بركات ﴿قابيل﴾:" سسوڠڬوهڽ اكو اكن ممبونوهمو!". ﴿حابيل﴾ منجواب: "هاڽ ساڽ الله منريما ﴿ قربان ﴾ دري اورڠ-اورڠ يڠ برتقوى; سمڤنا برادا ڤد هاري راي كوربن مك كيت سنتياس ايڠت تنتڠ قصة 2 اورڠ انق نبي آدم عليه السلام ايأيت حابيل سأورڠ ڤنترنق يڠ منترنق كمبيڠ، سداڠكن قابيل ڤولا سأورڠ ڤتاني يڠ مميليكي تانمن ڤرتانين. ماسيڠ-ماسيڠ ملاكوكن قربان دڠن مڠلواركن هرتا يڠ دميليكي. حابيل مميليه سأيكور كمبيڠ يڠ ڤاليڠ بأيك اونتوق دجاديكن قربان ، سداڠكن قابيل مميليه ڬندوم يڠ تربوروق دري حاصيل ڤرتانينڽ اونتوق بر قربان. اخيرڽ الله منريما قربان حابيل يڠ ملاكوكن قربان دڠن إخلاص. إخلاص مروڤاكن شرط سسواتو عبادة دتريما، اورڠ يڠ مميليكي هاتي إخلاص اكن مڠرجكن سڤنوه هاتي تنڤا أدا راس مالس اتاو بوسن كتيك ملاكوكن سسواتو عمالن. بهكن دي تيدق اكن مراسا ترلالو ڬمبيرا اڤابيلا دڤوجي اتاو بنچي اڤابيلا دكجي مأنسي كران دي هاڽ ايڠين دڤندڠ اوليه الله سهاج. مانكالا اورڠ رياء اتاو منونجوق-نونجوق مميليكي 3 چيري: مالس كتيك سنديرين، راجين د تڠه اورڠ راماي، سرتا عملڽ منيڠكت كالا دڤوجي دان منورون كالا دچاچي. ابن المُبَارَك بركات: “بتاڤ باڽق عمالن يڠ كچيل منجادي بسر ﴿ڤاهلاڽ﴾ كران نية. دان بتاڤ باڽق عمالن يڠ بسر منجادي كچيل ﴿ڤاهلاڽ﴾ كران نية.“ اورڠ يڠ إخلاص اكن سلامت درڤد تيڤو داي شيطان سباڬايمان فرمان الله دالم سورة الحجر اية39-40 : قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ مقصودڽ : “ابليس بركات: “ واهاي توهنكو! كران اڠكاو تله منجاديكن داكو سست، ﴿مك﴾ دمي سسوڠڬوهڽ اكو اكن ممڤريلوقكن سڬالا جنيس معصية كڤد آدم دان ذوريتڽ د دنيا اين، دان اكو اكن مڽستكن مريك سمواڽ، كچوالي د انتارا ذورية-ذورية آدم ايت همبا-همبامو يڠ دبرسيهكن دري سبارڠ شرك.“ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سورة البقرة اية 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ مقصودڽ : دان ﴿ايڠتله﴾، كتيك نبي إبراهيم داوجي اوليه توهنڽ دڠن ببراڤ كلمة ﴿سوروهن دان لارڠن﴾، مك نبي إبراهيم ڤون مڽمڤورناكنڽ. ﴿ستله ايت﴾ الله برفرمان: "سسوڠڬوهڽ اكو ملنتيقمو منجادي امام ﴿ڤميمڤين ايكوتن﴾ باڬي اومة مأنسي". نبي إبراهيم ڤون مموهون دڠن بركات: "﴿يا توهنكو!﴾ جاديكنله جوڬ ﴿اڤاله جوا كيراڽ﴾ دري كتوروننكو ﴿ڤميمڤين-ڤميمڤين ايكوتن﴾". الله برفرمان: "﴿ڤرموهوننمو دتريما، تتاڤي﴾ جنجيكو اين تيدق اكن دداڤتي اوليه اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم. سمبوتن هاري راي حاج اتاو قربان تيدق لڠكڤ سكيراڽ تيدق مڽوروتي ڤرجواڠن نبي إبراهيم عليه السلام يڠ بڬيتو ڬيتير دان هيبت دالم ممڤرتاهن ستروسڽ مڠمبڠكن اسلام مك اي واجب دجاديكن چونتوه تلادان دالم مڠمباليكن عزةكموليأن اومة اسلام دان مندولتكن كمبالي سلوروه سيستم اسلام مليڤوتي عبادة، سوسيال، ڤوليتيق، ايكونومي دان سباڬايڽ. ڤرجواڠن دالم منڬقكن اسلام بوكن ملالوي جالن سنڠ تتاڤي ڤنوه هالاڠن دان چابرن. كيت منظاهيركن كبيمبڠن دان ممبنته كراس ترهادڤ سواتو دوكومن يڠ دكموكاكن اوليه ڬابوڠن Civil Society Organizations (CSO) ASEAN ، يڠ مڠندوڠي چادڠن-چادڠن يڠ برتنتاڠن دڠن ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان مليسيا دان نيلاي-نيلاي اسلام. انتارا كندوڠن يڠ ساڠت ممبيمبڠكن اياله دالم سيكشن 3.2 دوكومين ترسبوت، چسو أسيان منچادڠكن: “مماستيكن ڤميسهن اڬام دان نڬارا…“ اين مروڤاكن ساتو چادڠن يڠ جلس برتنتاڠن دڠن ڤركارا 3﴿1﴾ ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ منتڤكن اسلام سباڬاي اڬام باڬي ڤرسكوتوان. اين اداله اوسها ترسليندوڠ دان ترانچڠ يڠ ماهو منوكر ايدينتيتي نڬارا كأره منجادي سبواه نڬارا سكولر يڠ منافيكن ڤرانن اسلام دالم ڤنتدبيران كراجأن دان اوروسن كنڬارأن. سيكشن 3.13 ڤولا مڽارنكن ڤلقسانأن اوندڠ-اوندڠ antidiskriminasi اونتوق LGBTQIA+. اين برتنتاڠن سچارا جلس دڠن حكوم دان اوندڠ-اوندڠ اسلام سرتا نورما مشاركة مليسيا. اوندڠ-اوندڠ شريعة د نڬري-نڬري تله مڠحرامكن ڤرلاكوان لواط دان transgender. قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “‌لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.“ .- رواه أحمد وابن حبان مقصودڽ : “دمي سسوڠڬوهڽ اكن برلاكو، دروڠكاي ﴿درومبق﴾ ايكاتن اجارن اسلام ﴿يڠ تڬوه﴾ ساتو دمي ساتو. مك، اڤابيلا ستياڤ ساتوڽ درومبق منجاديكن ڤارا ڤڠانوت اسلام برڤڬڠ دڠن سيمڤولن برايكوتڽ ﴿يڠ ماسيه ادا﴾. سيمڤولن ڤرتام يڠ درومبق اياله ﴿ڤلقسانأن﴾ حكوم اسلام دان سيمڤولن تراخير يڠ درومبق اياله ﴿ڤلقسانأن﴾ صلاة.“ مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم سورة الصافات اية 100 : رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ مقصودڽ : " واهاي توهنكو! كورنياكنله كڤداكو انق يڠ ترهيتوڠ دري اورڠ-اورڠ يڠ صالح!" قصة نبي إبراهيم عليه السلام توروت مڠاجر كيت ڤري ڤنتيڠڽ ممبينا كلوارڬ سكينة يڠ بوكن سهاج اونتوق دراسا اوليه ساتو كلوارڬ سهاج ماله كأره ممبنتوق مشاركة ستروسڽ نڬارا يڠ سجهترا. اد ببراڤ ڤندوان يڠ بوليه ممبنتوق كلوارڬ يڠ بهاڬيا، [1] دڠن منجاديكن كلوارڬ يڠ اهلي سجود، كلوارڬ يڠ اهلي طاعة، كلوارڬ يڠ مڠهياسي رومه دڠن ذكرالله، دان كلوارڬ يڠ سلالو ريندو اونتوق مرأيه كموليأن هيدوڤ د دنيا، دان اخيرة. [2] جاديكن رومه سباڬاي ڤوسة علمو. مميليكي هرتا تتاڤي كورڠ علمو اكن منجاديكن كيت همبا هرتا. بكلكن انق-انق سجق كچيل دڠن علمو دان جاديله اورڠ توا يڠ سنتياس منجادي سومبر علمو باڬي انق-انقڽ. [3] جاديكن رومه تڠڬ سباڬاي ڤوسة نصيحة. مأنسي ممرلوكن اورڠ لأين اڬر بوليه ملڠكڤي ككوراڠن دالم ممڤربأيقكي كسالهن يڠ أدا. برسام كيت ممبينا كلوارڬ سكينة يڠ بهاڬيا دنيا اخيرة يڠ ممڤو ملاهيركن جنراسي صالح يڠ بربقتي كڤد ايبوباڤ سماس دنيا دان تروس داڤت منيتيڤكن دعاء سلڤس كماتين كيت ننتي قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا رواه أحمد مقصودڽ : “اڤ يڠ كامو فهم تنتڠ مندول؟ صحابة لالو منجواب: مندول اداله مريك يڠ تيدق مميليكي انق. لالو رسول الله برسبدا: مندول يڠ سبنر اداله مريك يڠ مميليكي انق، تتاڤي انقڽ تيدق ممبري منفعة بواتڽ.“ بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 7 سورة الفتح: وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَ اتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمًا مقصودڽ : “دان الله مڠواسأي تنترا لاڠيت دان بومي ﴿اونتوق مڽيقسا اورڠ-اورڠ يڠ درهاك﴾; دان الله اداله مها كواس، لاڬي مها بيجقسان“ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، الله سبحانه وتعالى مميليكي بالا تنترا يڠ ساڠت باڽق د لاڠيت دان د بومي، يڠ دڠن مريك الله سبحانه وتعالى منولوڠ همبا-همباڽ دان جوڬ مڽيقسا اورڠ-اورڠ يڠ درهاك. منوروت امام الرازي رحمه الله: “تنترا الله بوليه منجادي “تنترا رحمة“ دان “تنترا عذاب“ كڤد مأنسي. كتيك داتڠ ممبنتو اورڠ برايمان اي منجادي ڤڠاول ڤريبادي اتاو ڤريساي رحمة، مانكالا كتيك داتڠ منرجه موسوه الله اي منجادي ڤمبونوه ڬانس اتاو سنجات تاجم. ايڠتله بهاوا كراجأن لاڠيت دان بومي سرتا سموا تنترا يڠ اد ڤد كدواڽ اداله ميليك الله سبحانه وتعالى. الله له يڠ ممبري ڤرتولوڠن دان يڠ ممبري كهينأن كڤد سسياڤا يڠ دكهندقكيڽ. كتاهويله بهاوا تنترا الله سنتياس بروليه ڤرتولوڠنڽ. سيهيبت دان سقوة مان ڤون مأنسي، تتڤ تيدق ممڤو مننديڠي كواس الله سبحانه وتعالى دان تنترا-تنتراڽ. ايكوتيله سڬالا اڤ يڠ تله دتتڤكن اوليه الله دان جاڠن سسكالي اڠكوه منچابر ككواسأن الله. باڽقكن عمل عبادة، جأوهي دوسا دان معصية اڬر كيت سلامت درڤد كبينسأن دان بهاڬيا دنيا اخيرة. كباكرن بسر دإيكوتي ريبوت ڤاسير دان بنجير يڠ ملندا تانه-تانه يڠ درمڤاس اوليه Zinonis Yahudi بارو-بارو اين اداله ساتو ڤريڠاتن الله يڠ تيدق بوليه كيت ابايكن. كتيك مريك برديري مڬه د سباليق تمبوق-تمبوق تيڠڬي يڠ مريك بڠڬاكن، كتيك مريك مراسا امان د باوه ڤرليندوڠن Iron Dome يڠ دأڬوڠ-اڬوڠكن، كتيك مريك برمڬه دڠن سوكوڠن كواس بسر دنيا دان veto PBB يڠ سنتياس مليندوڠي مريك، مريك ترلوڤا ساتو حقيقة ڤاليڠ اڬوڠ، كقواتن الله سبحانه وتعالى تيدق ترتنديڠ اوليه سبارڠ ككواسأن مأنسي. تروسكن ڤرجواڠن مڽوكوڠ دان ممبنتو سودارا ساڬام يڠ تروس برجهاد ممرديكاكن بومي فلسطين دان مسجد اقصى. كتيك سودارا ساڬام كيت برمندي داره دان كهيلڠن هرتا بندا مك كيت تيدق سڤاتوتڽ بريحت سمبيل برڬلق كتاوا. كتيك سودارا كيت يڠ تيدق ڤنت دالم برجواڠ ممرديكاكن فلسطين بومي وقف ميلك سلوروه أومة إسلام مك جاڠن ڤولا كيت ڤنت اونتوق ممبنتو دان بردعاء كڤد مريك. كتيك انق كچيل فلسطين منجادي مڠسا سنجات موسوه مك جاڠن بياركن انق كيت ليكا دڠن هيبورن يڠ دهيداڠ اوليه موسوه. ڤاستيكن كيت ادا ساهم دالم ممبنتو سودارا اڬام. بوكن هاڽ برڤلوق توبوه اڤاته لاڬي ممبري ساهم كڤد موسوه دالم ممبونوه سودارا ساڬام تروسكن بردعاء دان ڽاتكن كبرسمأن كيت برسام رعية دان مجاهدين د فلسطين. تروسكن بويكوت بارڠن دان شريكة يڠ اد كڤنتيڠن دڠن إسرائيل دان ڤركاسكن ڤمبلين بارڠن دان شريكة اومة اسلام. ڤميمڤين نڬارا اومة اسلام مستي لبيه براني دان تڬس دالم مڠهنتيكن كراكوسن دان كڬانسن Zinonis Yahudi دان سكوتو ڤنجنايهڽ. كيت دمولياكن كران ممڤرجواڠكن اسلام. كيت دهينا كران منيڠڬلكن ڤرجواڠن اسلام فرمان الله دالم اية 173 سورة الصافات : وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ مقصودڽ : “دان بهاواسڽ تنترا كامي، مريكله اورڠ-اورڠ يڠ مڠالهكن ﴿ڬولوڠن يڠ مننتڠ كبنرن﴾“ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ برمولا هاري اين هيڠڬ براخيرڽ هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة اين مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارنكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي كممڤوان سداڠكن دي تيدق ملاكوكن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندكتي تمڤت صلاة كامي اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ،اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، يا الله، كامي لتقكن كامو د باتڠ ليهير موسوه-موسوه كامي دان كامي برليندوڠ دڠنمو دري كجاهتن مريك،يا الله هنچوركن كومڤولن مريك،يا الله ڤچهكن ڤاكتن مريك،يا الله لبوركن ڤنديرين مريك،يا الله موسنهكن لڠكه مريك،چڠكمكن انجيڠ-انجيڠمو كڤد مريك،يا الله يڠ مها ممقسا،يا الله يڠ مها ڤركاس،يا الله يڠ مها ممبالس،يا الله، يا الله، يا الله،يڠ منورونكن كتاب،يڠ مغڬرقكن اوان،يڠ تيواسكن تنترا أحزاب،كالهكن مريك، كالهكن مريك، كالهكن مريك دان بريله كمناڠن اونتوق كامي. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 28 Mac 2025

KHUTBAH AIDIL FITRI 1446H/2025M

KHUTBAH AIDIL FITRI 1446H/2025M KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 82-83 surah Shood : قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ‎﴿٨٢﴾‏ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ Maksudnya : Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,. " Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan " اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya selepas berjaya menjalani tarbiah puasa Ramadhan. Sebagaimana di bulan Ramadhan kita diminta mengawal diri daripada menurut hawa nafsu dan syaitan maka begitulah juga ketika menyambut hari raya mestilah mengikut panduan syarak agar raya kita berpahala bukan menjadi hari melonggok najis dosa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالحَقِّ ، وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالحَقِّ ، فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنَ اللهِ فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ، ثُمَّ قَرَأَ {الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالفَحْشَاءِ} الآيَةَ. Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan memiliki bisikan pada manusia, dan malaikat juga memiliki bisikan. Bisikan syaitan menjanjikan keburukan dan mendustakan kebenaran. Sedangkan bisikan malaikat menjanjikan kebaikan dan mempercayai kebenaran. Barangsiapa mendapatkannya, maka ketahuilah bahawa itu daripada Allah SWT, justeru hendaklah dia memuji Allah. Dan barangsiapa mendapatkan yang lain, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan yang dilaknat.” Kemudian Nabi SAW membaca ayat 258 Surah al-Baqarah: الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ Maksudnya: Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut) Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, Ketika menyambut hari kemenangan ini marilah kita sama-sama bertanya diri masing-masing tentang sambutan kemenangan ini adakah kerana dosa kita telah terampun bersama berlalunya Ramadhan. Adakah tarbiah Ramadhan yang baru berlalu telah mengukuhkan lagi sikap istiqamah dalam mengekalkan amalan soleh antaranya solat berjemaah, membaca al-Quran, bersedekah serta benci kepada maksiat seperti mendedah aurat, menghabiskan masa pada perkara sia-sia. Adakah kita telah menang dalam mengawal seluruh pancaindera kita iaitu mata, telinga, lidah, kaki, tangan daripada mengikut hawa nafsu dan syaitan. Adakah kita telah berjaya memiliki sifat taqwa dengan mengekal kebersihan diri dari kotoran maksiat sehingga gerun dari maksiat yang merupakan perkara ketagih di mana sekali melakukannya menyebabkan sukar untuk meninggalkannya. Maksiat juga ada racun di mana walaupun dosa kecil tetapi berbisa dan merbahaya yang akan mematikan hati kita sehingga hilang rasa takut kepada Allah serta menghilang rasa lazat dalam beribadat Khalifah Umar bin ‘Abdul ‘Aziz rahimahullah berkata, لَيْسَ تَقْوَى اللهِ بِصِيَامِ النَّهَارِ ، وَلاَ بِقِيَامِ اللَّيْلِ ، وَالتَّخْلِيْطِ فِيْمَا بَيْنَ ذَلِكَ ، وَلَكِنْ تَقْوَى اللهِ تَرْكُ مَا حَرَّمَ اللهُ ، وَأَدَاءُ مَا افْتَرَضَ اللهُ ،فَمَنْ رُزِقَ بَعْدَ ذَلِكَ خَيْراً ، فَهُوَ خَيْرٌ إِلَى خَيْرٍ- رواه البيهقي Maksudnya : “Takwa bukanlah hanya dengan puasa di siang hari atau mendirikan salat malam atau melakukan kedua-duanya. Namun, takwa adalah meninggalkan yang Allah haramkan dan menunaikan yang Allah wajibkan. Siapa saja yang setelah itu dianugerahkan kebaikan, maka itu adalah kebaikan pada kebaikan.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Falaq : قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ‎﴿١﴾‏ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ‎﴿٢﴾‏ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ‎﴿٣﴾‏ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ‎﴿٤﴾‏ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ‎﴿٥﴾‏ Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". Ketika bergembira menyambut hari raya terutama dalam berkongsi kegembiraan melalui media sosial samada facebook, tiktok dan sebagainya maka kita mesti berhati-hati agar tidak diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga berlakunya buli siber dan jenayah. Ramai yang berkongsi kemewahan rumah dan wang sehingga membuka ruang kepada perompak untuk merompaknya. Apa yang membimbangkan sekiranya ada yang dengki melihat kegembiraan kita dengan bertindak jahat melalui sihir. Begitu juga dengan penyakit ‘ain iaitu penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.” “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا -رواه مسلم Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah. Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda: أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ -رواه النسائي وأبو دأود وابن ماجه والترمذي Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 57 sura al-Ahzab: إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا ‎﴿٥٧﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. Islam begitu menitikberatkan ilmu termasuk dalam menyambut raya agar ikut panduan wahyu bukan ikut nafsu. Apatah lagi dalam membicarakan perihal Nabi SAW misalnya, ada garisan merah yang perlu diperhati. Antaranya ialah kewajipan meyakini kemaksuman baginda SAW yang bersih dari dosa kecil apatah lagi dosa besar. Maka, sebarang dakwaan yang cuba merobek kemaksuman tersebut boleh dikira sebagai satu penghinaan. Justeru, berhati-hatilah menggunakan akal dalam berfikir perihal yang membabitkan Nabi SAW Tuduhan jahat mendakwa Nabi mengamalkan nepotisme dan kronisme yang membawa konotasi negatif dan membayangkan ketidakadilan. Lebih dahsyat lagi, Nabi pula dibandingkan dengan sistem demokrasi barat seolah-olah kepimpinan Nabi itu lebih teruk dari mereka. Nepotisme ialah memilih keluarga bermaksud melebihkan atau mengutamakan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan, bukannya penilaian secara objektif keupayaan seseorang yang hendak dipilih. Manakala kronisme pula bermaksud amalan yang mengutamakan atau mementingkan teman rapat atau kawan-kawan rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya untuk keuntungan pihak mereka. Pada hakikatnya Rasulullah sangat membenci kronisme dan nepotisme dengan ancaman dari Baginda Nabi. Sabda Rasulullah: مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا مِنْ عِصَابَةٍ وَفِي تِلْكَ الْعِصَابَةِ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وخانَ رَسُولَهُ وخانَ الْمُؤْمِنِينَ - رواه الحاكم Maksudnya : “Sesiapa yang melantik lelaki dari kaumya sedangkan ada yang lebih diredhai Allah (yang lebih layak dari lelaki tadi), maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin. Malah prinsip menolak nepotisme ini sangat difahami oleh para sahabat sehingga Saidina Umar menegaskan: “Sesiapa yang melantik seorang lelaki menjadi pemimpin disebabkan kerana dia suka kepada lelaki tersebut atau kerana lelaki tersebut adalah ahli kerabatnya, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah: لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾ Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui Islam adalah agama yang sangat menjunjung tinggi keadilan. Keadilan bagi siapa sahaja, iaitu menempatkan sesuatu sesuai tempatnya dan memberikan hak sesuai dengan haknya. Begitu juga dengan toleransi dalam beragama. Islam melarang keras berbuat zalim dengan agama selain Islam dengan merampas hak-hak mereka. Namun toleransi ada batasnya terutama dalam menjaga 2 perkara utama iaitu: [1] Tidak melampaui batas aqidah sehingga terjerumus dalam kekufuran, seperti ikut ritual agama lain dengan tujuan mensyi'arkan kekufuran. [2] Tidak melampaui batas syariat sehingga terjerumus dalam keharaman, seperti memakai simbol-simbol yang melambang identiti bagi agama lain dengan tujuan meraikan upacara keagamaan Umat Islam wajib memiliki izzah kemuliaan jati diri yang tinggi dengan kukuh aqidahnya, baik akhlaknya serta menjaga hukum agama. Kita wajib menjaga agama dari dihina dan dijadikan mainan samada oleh orang Islam sendiri atau orang kafir. Kita yakin tiada agama yang benar kecuali Islam. Jangan biarkan diri kita terkena virus penyakit Wahnu iaitu terlalu cinta dunia dan benci pada mati sehingga hilang rasa sensitif kepada agama dengan menganggap penghinaan agama adalah hak kebebasan bersuara. Kita juga jangan terpedaya dengan ajaran sesat yang melaungkan agama adalah hak individu contohnya seseorang itu mahu solat atau tidak adalah pilihannya di mana orang lain tidak boleh masuk campur apatah lagi undang-undang untuk menghukumnya dianggap menyekat kebebasan hak asasi manusia. Mulianya kita dengan mengamalkan Islam dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Hinanya kita bila kita mengenepikan cara hidup berlandaskan Islam dalam kehidupan. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 21 surah Ali Imran: إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ‎﴿٢١﴾‏ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Sempena berada di bulan Syawal ini juga marilah kita sama-sama terus membantu saudara kita di Palestin dalam berdepan dengan kekejaman zionis Yahudi dan sekutu pengganasnya dalam membunuh rakyat yang tidak berdosa yang kini hampir 50 ribu terkorban dari kalangan kanak-kanak dan orang awam. Kaum Yahudi Zionis berpegang kepada kepercayaan sesat bahawa bangsa Yahudi adalah manusia paling mulia bersumberkan kitab Taurat yang telah diselewengkan. Adapun bangsa lain ialah binatang berwajah manusia yang boleh diperhambakan dan halal darahnya. Mereka berjuang bagi menegakkan Negara Agung Israel di bumi Palestin, tanah suci para anbiya’ yang pernah dipimpin oleh Nabi Daud AS sebagai khalifah dan Nabi Sulaiman AS sebagai raja yang menegakkan petunjuk Allah. Negara yang diizinkan kepada para rasul dan orang-orang yang beriman sahaja. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Zionis Yahudi menguasai ekonomi dunia dengan kekayaan yang melampau secara haram melalui penjajahan, penindasan dan penipuan. Dengan pengaruh wang, mereka menguasai kepimpinan negara-negara besar, khususnya terkini Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Sehingga turut mempengaruhi negara Islam dan Arab, serta pertubuhan antarabangsa, media dan perdagangan. Presiden Amerika Syarikat yang baru sahaja memenangi pilihan raya dengan sokongan mereka telah membuat kenyataan terbuka untuk membantu Zionis melalui pembekalan segala bentuk persenjataan. Ini termasuklah senjata yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa kerana kesan pemusnahannya yang melampau. Pihak Zionis dan sekutunya melancarkan serangan, termasuklah terhadap sasaran awam sehingga membunuh semua penduduk, bukan sahaja sasaran tentera. Mereka juga melancarkan serangan ganas yang melampau tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar atas nama keamanan. Sedangkan, ia merupakan bahasa bohong yang nyata tanpa moral kemanusiaan Teruskan berdoa keselamatan dan kemenangan buat umat Islam dan kehancuran buat pengganas. Jadikah ruh Ramadhan dan Syawal sebagai semangat dalam mencapai kemenangan. Tiada erti kekalahan dalam memperjuangkan Islam. Kemenangan atau syahid menunggu perjuangan mulia ini اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Tidak lupa untuk berpuasa sunat 6 hari dibulan Syawal مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti .اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ